Baru habis pantang, ibu & bayi berusia dua bulan maut dalam kemalangan

- Penulis

Wednesday, 26 July 2023 - 03:15

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Malang tidak berbau, seorang ibu yang baru sahaja lepas berpantang bersama bayi lelakinya berusia dua bulan serta ibunya maut dalam sebuah kemalangan di Kilometer 375.8 Lebuh Raya Pantai Timur 2 berhampiran Bukit Besi, Dungun, semalam.
Memetik laporan Kosmo! Online, kemalangan tersebut berlaku pada jam 6.30 petang telah mengorbankan bayi lelaki, Nik Muhammad Zayyan Irfan Zulhilmi Ismail, dua bulan, dan neneknya, Noreha Mohamed, 53, akibat kecederaan pada bahagian badan dan kepala.


Sementara itu, ibu bayi tersebut, Raja Nurhanani Nabila Raja Hussin,23, pula meninggal dunia sewaktu sedang menerima rawatan di Hospital Hulu Terengganu.






Menurut Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah, kemalangan itu juga telah menyebabkan dua adik mangsa iaitu Raja Haikal Najmi, 20, dan Raja Nurhumairaa Nadzirah, 13, masing-masing mengalami patah kaki kanan dan patah bahu kiri.
Baharudin Abdullah berkata, keluarga tersebut dalam perjalanan pulang ke kampung di Kampung Semat, Wakaf Bharu, Kelantan dari rumah Raja Nurhanani Nabila yang terletak di Kem Tentera Darat Batu 10, Kuantan, Pahang.
Namun, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, kereta Proton Wira yang dipandu adik mangsa, Raja Haikal Najmi dikatakan hilang kawalan secara tiba-tiba lalu terbabas melanggar kotak pembetung yang berada di tepi lebuh raya sebelum terbalik.
“Kesemua yang tersepit dalam kereta yang remuk teruk telah dikeluarkan oleh anggota bomba,”ujarnya.


Sumber: FB Serah Mayat, Kosmo! Online (Nik Nur Izzatul Hazwani Nik Adnan), Ohmymedia.cc
Baca Juga :  Bapaku kreatif! Lelaki ini lega bayinya percaya ‘susu ibu olok-olok’ rekaannya, kalau anak nangis terus pakai baju khas
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

[VIDEO] ‘Mencari Ketenangan & Kebahagiaan Adalah Dengan Solat’ – Tular Semula Video Kisah Penghijrahan Jojo One Nation Emcees
Suami isteri meninggal dalam kemalangan, keluarga mohon doa buat 2 anak mangsa cedera
Pengunjung tersekat di tengah gelongsor kaca, netizen seram lihat staf meniti beri bantuan
Wanita Gemar ‘Membawang’? Nora Danish Pesan Banyakkan Bersedekah & Bertaubat – ‘Nabi Pesan Supaya Tak Muflis Akhirat’
Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor
“Tak Sangka Seumur Hidup Dapat Pakai Kereta Baru”, Ayah Sebak, Anak Hadiahkan Proton X50
Main skuter di persimpangan, budak tiga tahun maut dirempuh pacuan empat roda
‘Uncle’ Cina amalkan surah Yasin, rahsia masih sihat pada usia 71 tahun
Berita ini 1 kali dibaca

Berita Terkait

Sunday, 2 February 2025 - 18:01

[VIDEO] ‘Mencari Ketenangan & Kebahagiaan Adalah Dengan Solat’ – Tular Semula Video Kisah Penghijrahan Jojo One Nation Emcees

Sunday, 2 February 2025 - 13:15

Suami isteri meninggal dalam kemalangan, keluarga mohon doa buat 2 anak mangsa cedera

Saturday, 1 February 2025 - 11:07

Pengunjung tersekat di tengah gelongsor kaca, netizen seram lihat staf meniti beri bantuan

Friday, 31 January 2025 - 10:22

Wanita Gemar ‘Membawang’? Nora Danish Pesan Banyakkan Bersedekah & Bertaubat – ‘Nabi Pesan Supaya Tak Muflis Akhirat’

Thursday, 7 December 2023 - 10:27

Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15