DUNIA VIRAL

Sempat Jumpa Selepas Balik Dari Umrah, Pemuda Meraung Ayah Pergi Dalam Dakapan

Tidak dinafikan, kehilangan orang tua disaat kita masih perlu perhatian dan kasih sayang bukanlah perkara yang mudah. Apatah lagi apabila pemergian mereka itu disaksikan sendiri oleh anak-anak di hadapan mata. Tetapi itulah detik yang terpaksa dilalui oleh seorang pemuda bernama Izhar ini apabila Allahyarham bapa telah pergi menghadap Ilahi ketika dalam dakapannya.
Bapa baru pulang dari umrah 
Terdahulu, pemilik akaun @wakk sahaje telah mengongsi kan rakaman di laman TikTok mengenai keberangkatan orang tuanya pergi menunaikan umrah bersama beberapa jemaah yang lain. Namun begitu, difahamkan sebaik sahaja kembali ke tanah air bapanya telah dijangkiti Covid-19 dan melakukan kuarantin secara kendiri di rumah sambil dipantau oleh isteri dan anak-anak. Sebaik sahaja mengetahui keadaan orang tuanya, Izhar terus bergegas ke kampung halaman.
@wakk_sahaje

♬ bunyi asal – Izarr

Belum puas kasih sayang seorang ayah sayang tapi Allah lebih sayangkan dia

Akan tetapi, kegembiraan yang dirasai hanya sebentar sahaja apabila pada hari Jumaat sewaktu Subuh, si ayah telah menghembuskan nafas yang terakhir dalam dakapannya. Malah ketika mengimbas kembali detik sebelum pemergian orang tuanya, Izhar gagal mengawal rasa sebak yang terbuku dalam hati dan terus menangis. Menurutnya lagi, pada malam itu, Allahyarham juga kelihatan bersungguh-sungguh mahu pemuda berkenaan memakai kopiah serta jubah yang dibeli sebagai buah tangan. 

@wakk_sahaje

Mintak dipermudahkan semua urusan Amin Amin Amin Amin Amin.

♬ bunyi asal – Izarr

Salam takziah…Semoga Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang beriman

Melihat ke ruang komen, ramai berasa sebak sebaik sahaja mendengar cerita jejaka berkenaan. Dalam pada itu, masing-masing turut menitipkan doa semoga Allahyarham bapanya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. 

Sumber: Erin Sakura

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button