Suami isteri meninggal dalam kemalangan, keluarga mohon doa buat 2 anak mangsa cedera

- Penulis

Sunday, 2 February 2025 - 13:15

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy

Suami isteri meninggal dunia, manakala dua anak cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan treler di Kilometer (KM) 3 Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini, awal pagi tadi.

Menurut laporan BH Online, mangsa, Muhammad Syamie Farhan Adnan, 25, dan isteri, Nurul Syafika Anis Zulkifli, 26, maut di tempat kejadian kerana tersepit dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi.

Suami isteri meninggal

Sementara itu, dua anak mereka Nur Irdina Delisha berusia 10 bulan dan Muhammad Izz Danial, 5, dikejarkan ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, berkata kejadian membabitkan Perodua Myvi dan treler dipandu lelaki berusia 45 tahun.

Beliau berkata, mangsa bersama isteri dan dua anaknya dipercayai dalam perjalanan dari arah Kuala Krai menghala ke Gua Musang.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, mangsa yang mengambil selekoh ke kanan jalan hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan treler.
“Pertembungan terbabit menyebabkan treler terbabas dan terbalik sehingga melintang jalan, manakala kereta mangsa terbabas ke bahu kiri jalan.
“Mangsa bersama isteri yang juga penumpang hadapan tersepit dalam kenderaan dinaiki mereka dan berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba, manakala pemandu treler tidak cedera,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambahnya, mangsa yang tersepit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan dua lagi penumpang dikejarkan ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut.

Baca Juga :  Tabung Kecemasan Nad Zainal dilancarkan, bantu keluarga tampung kos rawatan hospital

Sepupu mohon doa

Terbaharu, tular di media sosial apabila seorang individu mendakwa dirinya ahli keluarga kepada Muhammad Syamie Farhan Adnan meminta orang ramai mendoakan anak-anak mangsa yang mengalami kecederaan parah dan sedang mendapatkan rawatan.

“Sangat tak kuat anak sedara dan isterinya meninggal dunia akibat kemalangan di Gua Musang, rempuh treler.
“Dua orang anak yang baby keluar usus, yang lima tahun hati cedera. 
“Mohon sahabat Kakyu doakan anak-anak arwah sepupu Kakyu,”katanya di platform TikTok, hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Baca Juga :  Pengantin Gelabah Kena ‘Test’ Dengan Kadi, Terus Peluk Ibu Untuk Tenangkan Hati

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan, dengan menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang di talian 099121222 atau Pegawai Penyiasat 013-3010408.

Sumber: TikTok @ayudina_87 , BH Online (Paya Linda Yahya) & Ohmymedia

Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

[VIDEO] ‘Mencari Ketenangan & Kebahagiaan Adalah Dengan Solat’ – Tular Semula Video Kisah Penghijrahan Jojo One Nation Emcees
Pengunjung tersekat di tengah gelongsor kaca, netizen seram lihat staf meniti beri bantuan
Wanita Gemar ‘Membawang’? Nora Danish Pesan Banyakkan Bersedekah & Bertaubat – ‘Nabi Pesan Supaya Tak Muflis Akhirat’
Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor
“Tak Sangka Seumur Hidup Dapat Pakai Kereta Baru”, Ayah Sebak, Anak Hadiahkan Proton X50
Main skuter di persimpangan, budak tiga tahun maut dirempuh pacuan empat roda
‘Uncle’ Cina amalkan surah Yasin, rahsia masih sihat pada usia 71 tahun
Chef Wan dedah hidap kanser limfoma, terima takdir dengan hati terbuka
Berita ini 69 kali dibaca

Berita Terkait

Sunday, 2 February 2025 - 18:01

[VIDEO] ‘Mencari Ketenangan & Kebahagiaan Adalah Dengan Solat’ – Tular Semula Video Kisah Penghijrahan Jojo One Nation Emcees

Sunday, 2 February 2025 - 13:15

Suami isteri meninggal dalam kemalangan, keluarga mohon doa buat 2 anak mangsa cedera

Saturday, 1 February 2025 - 11:07

Pengunjung tersekat di tengah gelongsor kaca, netizen seram lihat staf meniti beri bantuan

Friday, 31 January 2025 - 10:22

Wanita Gemar ‘Membawang’? Nora Danish Pesan Banyakkan Bersedekah & Bertaubat – ‘Nabi Pesan Supaya Tak Muflis Akhirat’

Thursday, 7 December 2023 - 10:27

Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15