Moist Raisin Butter Cake beserta tips raisin x jatuh ke bawah time baking.
Seperti yang di janjikan, kali ni kak Sue share cara buat butter cake yang moist & Sangat Sedap menjadi pilihan kami sekeluarga.😋
.
Cake ini padat dan moist namun tetap lembut. Paling sedap di makan bila keluar peti sejuk. 🤤
.
Kak sue ada sertakan sekali tips supaya kismis tu x jatuh ke bawah bila.baking so pastikan tengok sampai habis ya.😉
.
Oklah enjoy the recipes!😘
Bahan Bahan :
250gr Pure Butter Salted ( sy guna Golden churn )
* kalau guna unsalted tambahkan 1 tsp garam
230gr tepung kek/ superfine
1 tsp baking powder
200gr gula pasir
5 biji telur gred A
60ml susu full cream
1/2 tsp esen vanila
50gr kismis atau secukupnya
Cara Bakar dalam oven (penting)
1. Panaskan Oven 200°C api atasa sahaja.
2. Bakar dalam oven teknik Waterbath ( maaf x tershoot dalam video) 200°C selama 5- 10 minit ( bergantung ovem masing2) Api atas sahaja. ( nak bagi keras bahagian atas dahulu supaya kismis x jatuh)
2. Kemudian, tukar suhu ke 170 °C bakar selama 30 minit ( masih waterbath)
3. Keluarkan loyang waterbath dan biarkan loyang kek saja di dalam. Bakar lagi 20 minit @ sampai masak. Cucuk lidi test kalau dah masak.
Total waktu memasak : 1 jam
Oklah gais selamat mencuba!😘
Sumber : ApaKauRasa
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow