“Saya Memerlukan Doa Kawan-Kawan, Peminat Nad Mendoakan yang Baik-Baik,” – Bapa”

- Penulis

Friday, 25 November 2022 - 09:49

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



“Saya memerlukan doa kawan-kawan… semua orang mendoakan yang baik-baik.”
Demikian kata bapa kepada Nad Zainal, Zainal Abidin, 63, selepas pelakon itu dimasukkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di KPJ Ampang Puteri, sejak Isnin susulan masalah paru-paru berdarah.
Zainal berkata, dia berterima kasih kepada semua apabila ramai pihak yang ikhlas menitipkan doa buat anak tunggalnya itu.
“Saya percaya Nad juga memerlukan doa daripada kawan-kawan. Mereka (penggiat seni) semua datang berikan semangat kepadanya.
“Saya juga mengharapkan agar peminat dapat mendoakan
yang baik-baik dan kesembuhan kepada anak saya.
“Terima kasih juga kepada peminat yang mengirimkan doa serta kata-kata yang baik. Malah saya dapat tahu ada juga kawan-kawannya yang mengadakan sesi bacaan Yasin hari ini, alhamdulillah,” katanya kepada MH ketika ditemui pada Rabu.
@mediahiburanofficial Keadaan terkini Nad Zainal setakat awal malam tadi seperti yang dimaklumkan bapanya, Zainal Abidin. Syafakillah Nanad #MHnews #MediaHiburan #fyp ♬ original sound – Media Hiburan

Terdahulu, industri hiburan dikejutkan dengan perkongsian Ungku Ismail yang memaklumkan Nad berada dalam kritikal.

Baca Juga :  Miliki wajah seiras, Shuib mahu jumpa ‘abang askar’ – “Ada yang kenal ke?”

Pelakon drama Cina Buta itu terpaksa ditidurkan selepas dimasukkan ke ICU susulan mengalami paru-paru berdarah.

Baca Juga :  Baru habis pantang, ibu & bayi berusia dua bulan maut dalam kemalangan

Difahamkan, Nad, 32, pernah dijangkiti Covid 19 pada Mac lalu l, namun tidak mengalami sebarang gejala teruk.

Awal petang Rabu rakan baik Nad yang juga pelakon Ungku Ismail memaklumkan Nad disyaki mengalami penyakit autoimun dan perlu diberikan pemantauan rapi sebagaimana dimaklumkan doktor.

Bagaimanapun pada Khamis, bekas suami kepada Nad, Faliq Amiruddin, 34, memaklumkan keadaan aktres ini kini semakin baik berbanding sebelumnya.

Menerusi laporan Harian Metro itu, Faliq menjelaskan dia tidak mahu terlalu selesa dengan situasi tersebut dan meminta semua piham terus mendoakan kesembuhan bekas isterinya itu.

Sumber: Media Hiburan 

Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

[VIDEO] ‘Mencari Ketenangan & Kebahagiaan Adalah Dengan Solat’ – Tular Semula Video Kisah Penghijrahan Jojo One Nation Emcees
Suami isteri meninggal dalam kemalangan, keluarga mohon doa buat 2 anak mangsa cedera
Pengunjung tersekat di tengah gelongsor kaca, netizen seram lihat staf meniti beri bantuan
Wanita Gemar ‘Membawang’? Nora Danish Pesan Banyakkan Bersedekah & Bertaubat – ‘Nabi Pesan Supaya Tak Muflis Akhirat’
Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor
“Tak Sangka Seumur Hidup Dapat Pakai Kereta Baru”, Ayah Sebak, Anak Hadiahkan Proton X50
Main skuter di persimpangan, budak tiga tahun maut dirempuh pacuan empat roda
‘Uncle’ Cina amalkan surah Yasin, rahsia masih sihat pada usia 71 tahun
Berita ini 1 kali dibaca

Berita Terkait

Sunday, 2 February 2025 - 18:01

[VIDEO] ‘Mencari Ketenangan & Kebahagiaan Adalah Dengan Solat’ – Tular Semula Video Kisah Penghijrahan Jojo One Nation Emcees

Sunday, 2 February 2025 - 13:15

Suami isteri meninggal dalam kemalangan, keluarga mohon doa buat 2 anak mangsa cedera

Saturday, 1 February 2025 - 11:07

Pengunjung tersekat di tengah gelongsor kaca, netizen seram lihat staf meniti beri bantuan

Friday, 31 January 2025 - 10:22

Wanita Gemar ‘Membawang’? Nora Danish Pesan Banyakkan Bersedekah & Bertaubat – ‘Nabi Pesan Supaya Tak Muflis Akhirat’

Thursday, 7 December 2023 - 10:27

Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15