STR Fasa 1 Dah Masuk: Semak Status Permohonan & Bayaran Terkini

- Penulis

Wednesday, 22 January 2025 - 00:34

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy

STR Fasa 1 Dah Masuk

Kerajaan akan menyalurkan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1 mulai esok, 22 Januari 2025 secara berperingkat.

Melalui Belanjawan 2025, Kerajaan membelanjakan sebanyak RM2.3 bilion kepada 8.3 juta penerima yang layak.

Bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah, anda perlulah tahu jadual STR bagi memudahkan anda melakukan perancangan perbelanjaan anda menggunakan wang bantuan yang dimasukkan ke dalam akaun anda. Pemberian bantuan kewangan ini selari dengan hasrat kerajaan untuk mengutamakan dan memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.

Channel WhatsApp Bantuan Kerajaan 2025  : https://whatsapp.com/channel/STR

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bantuan ini untuk makluman bersama.

jadual str 2025

TERKINI – STR Fasa 1

Tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah 2025 bagi Fasa 1 adalah pada 22 JANUARI 2025.

Berikut dikongsikan SIARAN MEDIA MOF BERKENAAN PEMBAYARAN FASA 1 UNTUK PENERIMA STR 2025 YANG DISALURKAN MULAI 22 JANUARI 2025.

jadual str 2025

 

Bukti Pembayaran, Perkongsian dari Facebook

 

Kaedah Bayaran STR

Wang bantuan STR akan diberikan kepada penerima yang layak melalui salah satu kaedah berikut mengikut tarikh jadual bayaran STR yang telah diumumkan secara rasmi:

  • Pengkreditan ke akaun bank Pemohon / Pasangan
  • Penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)
Baca Juga :  eMadani Shopee – Cara Tebus & Senarai Kedai Fizikal ShopeePay

Pastikan anda telah membuat semakan status kelayakan melalui laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (https://bantuantunai.hasil.gov.my) sebelum datang ke kaunter untuk tujuan penunaian.

Tarikh Bayaran STR Fasa 1

TERKINI : Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 tahun 2025 akan dibayar mulai 22 Januari 2025 (Rabu) secara berperingkat, seperti berikut:

Jenis Penerima Tarikh Pembayaran Kaedah Pembayaran
Mempunyai akaun bank 22-28 Januari 2025 Dikreditkan terus ke dalam akaun bank
Tiada akaun bank (termasuk di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan) Mulai 22 Januari 2025 Pembayaran secara tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)

Jumlah Bayaran STR Fasa 1

Berikut dikongsikan jadual STR 2025 untuk pembayaran mengikut setiap kategori:

Isi Rumah Pendapatan RM2500 dan Kebawah

Bilangan Anak Kadar Bayaran STR 2025
5 orang anak dan lebih RM2,500
3 hingga 4 orang anak RM2,000
1 hingga 2 orang anak RM1,500
Tiada anak RM1,000

Isi Rumah Pendapatan RM2501 – RM5000

Bilangan Anak Kadar Bayaran STR 2025
5 orang anak dan lebih RM1,250
3 hingga 4 orang anak RM1,000
1 hingga 2 orang anak RM750
Tiada anak RM500

Cara Semakan STR Fasa 1

Untuk membuat semakan status STR Fasa 1, anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut melalui pautan rasmi:
👉 https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Baca Juga :  Semakan Bantuan MyKasih 2025: RM100 dan RM50 Sebulan untuk Rakyat Malaysia

Langkah-langkah semakan:

  1. Klik “Log Masuk MySTR”:
    • Buka laman web dan cari butang Log Masuk MySTR.
  2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon:
    • Masukkan nombor MyKad anda di ruangan yang disediakan.
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan:
    • Pastikan kata kunci keselamatan yang dipaparkan adalah betul untuk keselamatan akaun anda.
  4. Maklumat yang Dipaparkan:
    Setelah berjaya log masuk, anda akan melihat maklumat berikut:

    • Nama pemohon
    • Nombor MyKad pemohon
    • Status permohonan (lulus atau tidak)
    • Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
  5. Klik Menu “Semakan Pembayaran Fasa 1”:
    • Untuk maklumat lanjut mengenai bayaran, pilih menu ini.
  6. Masukkan Kata Laluan:
    • Pastikan anda memasukkan kata laluan dengan betul untuk mendapatkan akses penuh.

Jika anda layak, maklumat pembayaran akan dipaparkan, termasuk jumlah bayaran dan tarikh pengkreditan. Pastikan semua langkah dilakukan dengan teliti untuk mengelakkan kesilapan semasa log masuk.

Sumber: Facebook rasmi Malaysia MADANI

Semakan STR Fasa 1 boleh dilakukan atas talian di portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Tarikh Jadual STR Bayaran Fasa 1, 2, 3 dan 4

Tarikh jadual STR 2025 bayaran bagi Fasa 1, 2, 3 dan 4 bagi tahun 2025 adalah :

  • Fasa 1 : 22 Januari 2025
  • Fasa 2 : April 2025
  • Fasa 3 : Ogos 2025
  • Fasa 4 : November 2025

Maklumat lanjut

Anda boleh menyemak status permohonan, mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan STR melalui saluran berikut:

  • Portal Rasmi STR, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
  • Hubungi Hotline BKK: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Hubungi Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Hubungi Talian Pejabat LHDNM (Rujuk Portal Rasmi STR); atau
  • Hadir sendiri ke Pejabat LHDNM / PS / UTC.

SOALAN LAZIM : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_PERMOHONAN_STR_2025.pdf

Orang awam dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan pautan yang tidak sahih oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi merujuk informasi mengenai program STR.

Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Bantuan Khas Kewangan 2025
BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia
STR Fasa 2 2025: Semakan Status & Jumlah Bayaran Terkini
Bantuan MyKasih 2025: Fasa 1 & Tarikh Bayaran
STR 2025 Tidak Lulus? Ini Kod Alasan dan Cara Rayuan
Bantuan Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2025: Panduan dan Cara Mohon
Bantuan RM300 Sebulan: Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah
Lupa Kata Laluan STR 2025, Ini Cara Dapatkan Semula Password
Berita ini 337 kali dibaca

Berita Terkait

Wednesday, 5 February 2025 - 11:51

Bantuan Khas Kewangan 2025

Tuesday, 4 February 2025 - 10:15

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Sunday, 2 February 2025 - 11:54

STR Fasa 2 2025: Semakan Status & Jumlah Bayaran Terkini

Saturday, 1 February 2025 - 09:58

Bantuan MyKasih 2025: Fasa 1 & Tarikh Bayaran

Wednesday, 29 January 2025 - 00:03

STR 2025 Tidak Lulus? Ini Kod Alasan dan Cara Rayuan

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15