Hashim Mustapha kritikal, terpaksa ditidurkan

- Penulis

Saturday, 26 November 2022 - 06:48

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Sumber Gambar: Berita Harian
KOTA BHARU: Bekas pemain bola sepak kebangsaan dan Kelantan era 90-an, Mohd Hashim Mustapha, dimasukkan ke hospital dan kini dilaporkan dalam keadaan kritikal.
Hashim yang kini berada di zon merah Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM), Kubang Kerian terpaksa ditidurkan berikutan keadaan jantung yang semakin tidak stabil.
Isterinya, Zaheran Hussien, 52, berkata, suaminya dimasukkan ke hospital tengah hari semalam kerana keadaannya yang lemah disebabkan demam sejak beberapa hari lalu serta tiada selera makan.
“Sebelum itu kami sudah membuat pemeriksaan tekanan darah di rumah dan bacaannya sangat rendah dan kami bergegas membawanya ke hospital.
“Suami dirawat di Zon Merah dan jam 5 pagi tadi. Dia terpaksa ditidurkan kerana tekanan darah semakin rendah dan jantungnya juga menjadi laju. Malah ubat yang diberikan juga tidak berupaya menjadikan keadaannya stabil,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Zaheran berkata, dia tidak menolak kemungkinan keadaan itu disebabkan jangkitan kuman daripada luka kaki kanannya yang cedera disebabkan insiden jatuh motor sebelum bulan lalu.
Hashim yang juga menghidap penyakit kencing manis sudah menjalani pembedahan memotong kaki kiri pada 27 Oktober lalu.
Zaheran berkata, buat masa ini, doktor memberitahu pihaknya sudah melakukan yang terbaik dan meminta agar semua yang mengenali suaminya mendoakan yang terbaik.
“Keadaannya semakin lemah dan saya harap semua yang mengenali suami, doakan yang terbaik dan semoga ada keajaiban buatnya,” katanya.
Untuk rekod, Hashim pernah dinobatkan penjaring terbanyak dan memenangi anugerah kasut emas pada era 90-an dalam saingan Liga Malaysia selain turut mewakili negara pada era itu.
Penyerang kelahiran Kota Bharu itu, pernah dilantik sebagai penolong jurulatih pasukan Kelantan pada 2010 sehingga 2012. Beliau kali terakhir menjadi ketua jurulatih pasukan Tok Janggut Warriors FC yang beraksi dalam Liga M3.
Sumber: Berita Harian
Baca Juga :  Akhirnya bertemu adik Miza, netizen sebak Shuib sebut ‘ibu’
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

[VIDEO] ‘Mencari Ketenangan & Kebahagiaan Adalah Dengan Solat’ – Tular Semula Video Kisah Penghijrahan Jojo One Nation Emcees
Suami isteri meninggal dalam kemalangan, keluarga mohon doa buat 2 anak mangsa cedera
Pengunjung tersekat di tengah gelongsor kaca, netizen seram lihat staf meniti beri bantuan
Wanita Gemar ‘Membawang’? Nora Danish Pesan Banyakkan Bersedekah & Bertaubat – ‘Nabi Pesan Supaya Tak Muflis Akhirat’
Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor
“Tak Sangka Seumur Hidup Dapat Pakai Kereta Baru”, Ayah Sebak, Anak Hadiahkan Proton X50
Main skuter di persimpangan, budak tiga tahun maut dirempuh pacuan empat roda
‘Uncle’ Cina amalkan surah Yasin, rahsia masih sihat pada usia 71 tahun
Berita ini 1 kali dibaca

Berita Terkait

Sunday, 2 February 2025 - 18:01

[VIDEO] ‘Mencari Ketenangan & Kebahagiaan Adalah Dengan Solat’ – Tular Semula Video Kisah Penghijrahan Jojo One Nation Emcees

Sunday, 2 February 2025 - 13:15

Suami isteri meninggal dalam kemalangan, keluarga mohon doa buat 2 anak mangsa cedera

Saturday, 1 February 2025 - 11:07

Pengunjung tersekat di tengah gelongsor kaca, netizen seram lihat staf meniti beri bantuan

Friday, 31 January 2025 - 10:22

Wanita Gemar ‘Membawang’? Nora Danish Pesan Banyakkan Bersedekah & Bertaubat – ‘Nabi Pesan Supaya Tak Muflis Akhirat’

Thursday, 7 December 2023 - 10:27

Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15