Isteri bergurau hadiah kek batu nisan, 10 hari kemudian suami meninggal… Menyesal tak sudah! – “Kan dah betul-betul dekat kubur”

- Penulis

Monday, 2 January 2023 - 02:58

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



SETIAP kali beralih memasuki tahun baharu, ia bagaikan satu trend bagi rata-rata individu berkongsi ucapan atau highlight yang berlaku kepada mereka sepanjang tahun.
Ada yang berkongsi kisah suka dan duka, kejayaan, kehilangan serta azam ingin cuba dicapai bagi tahun baharu.
Wanita ini tidak terkecuali berkongsi kisah yang terus segar dalam ingatannya apabila kehilangan suami pada 13 Januari 2022.
Menurutnya, dia tidak menyangka bahawa gurauan pada hiasan kek sempena menyambut ulang tahun kelahiran suaminya itu menjadi realiti.


Hasil imbasan ultrasound beserta dialog pasangan ini.
Siapa suruh letak kubur (hiasan) atas kek. Kan dah betul-betul dekat kubur (meninggal dunia) tulisnya pada video dimuat naik.
Jika diteliti pada gambar yang dikongsikan di TikTok, kek yang diberikan kepada suaminya pada 3 Januari tahun lalu dihiasi replika sekotak rokok serta dua buah batu nisan.
Walaupun ia hanya satu kebetulan, namun sudah pasti rasa bersalah membelenggu wanita ini kerana menurutnya dekorasi kek kubur itu hanyalah sebagai peringatan supaya suaminya berhenti merokok.
Maafkan sayang. Niat hanya nak suruh berhenti merokok, jelasnya pada ruangan kapsyen.
Selain itu pada perkongsian sama wanita ini turut berkongsi tentang kehamilan anak pertama mereka pada Januari lalu setelah usia perkahwinan sembilan bulan.
Jelas wanita itu lagi yang memiliki masalah cyst, suaminya merupakan insan paling gembira ketika mendapat tahu mengenai berita kehamilan itu.
Lebih memilukan apabila suaminya, seolah-olah mengetahui bahawa dia bakal pergi meninggalkan isteri dan anak yang bakal dilahirkan dengan menitipkan pesanan.


Menurutnya, si suami meminta agar dia membuka buku (rekod kesihatan ibu) di klinik swasta ketika mereka membuat imbasan ultrasound di Klinik Primer Lembah Sireh Dr Siti Sabariah Ismail, Kota Bharu, Kelantan.
Detik hitam dalam hidupnya bermula apabila suaminya terpaksa ditidurkan pada 8 Januari disebabkan demam berpanjangan dengan suhu sekitar 40 darjah celsius selama dua minggu.
Dalam perkongsian sama, dia juga menunjukkan foto anak perempuannya yang selamat dilahirkan 8 Ogos.


Amirah melahirkan anak mereka tanpa suami di sisi.
Majlis aqiqah dibuat oleh keluarga arwah bagi menyambut kehadiran insan baharu ini pada Disember baru-batru ini.
Famili ayah (merujuk kepada suaminya) buatkan aqiqah untuk anak kita. Tunaikan janji ayah.
Tapi ayah janji nak bersanding dengan mummy dan baby masa aqiqah. Tapi ayah tipu, luahnya yang sedih dengan kehilangan suami.
Perkongsian wanita ini di TikTok berakhir dengan foto anaknya dipegang salah seorang ahli keluarga ketika melawat kubur arwah.
Sebagaimana dikongsikan, kubur tersebut baru sahaja dibaik pulih setelah mengalami kerosakan berikutan banjir berlaku baru-baru ini.
Sumber : Mstar Online
Baca Juga :  Beza usia 32 tahun, netizen kagum lihat pasangan ini hidup bahagia bersama
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

[VIDEO] ‘Mencari Ketenangan & Kebahagiaan Adalah Dengan Solat’ – Tular Semula Video Kisah Penghijrahan Jojo One Nation Emcees
Suami isteri meninggal dalam kemalangan, keluarga mohon doa buat 2 anak mangsa cedera
Pengunjung tersekat di tengah gelongsor kaca, netizen seram lihat staf meniti beri bantuan
Wanita Gemar ‘Membawang’? Nora Danish Pesan Banyakkan Bersedekah & Bertaubat – ‘Nabi Pesan Supaya Tak Muflis Akhirat’
Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor
“Tak Sangka Seumur Hidup Dapat Pakai Kereta Baru”, Ayah Sebak, Anak Hadiahkan Proton X50
Main skuter di persimpangan, budak tiga tahun maut dirempuh pacuan empat roda
‘Uncle’ Cina amalkan surah Yasin, rahsia masih sihat pada usia 71 tahun
Berita ini 1 kali dibaca

Berita Terkait

Sunday, 2 February 2025 - 18:01

[VIDEO] ‘Mencari Ketenangan & Kebahagiaan Adalah Dengan Solat’ – Tular Semula Video Kisah Penghijrahan Jojo One Nation Emcees

Sunday, 2 February 2025 - 13:15

Suami isteri meninggal dalam kemalangan, keluarga mohon doa buat 2 anak mangsa cedera

Saturday, 1 February 2025 - 11:07

Pengunjung tersekat di tengah gelongsor kaca, netizen seram lihat staf meniti beri bantuan

Friday, 31 January 2025 - 10:22

Wanita Gemar ‘Membawang’? Nora Danish Pesan Banyakkan Bersedekah & Bertaubat – ‘Nabi Pesan Supaya Tak Muflis Akhirat’

Thursday, 7 December 2023 - 10:27

Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15