5 Kali dlDipatuk Ular Tedung | Info Penuh

- Penulis

Sunday, 30 April 2023 - 02:40

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan
KEADAAN anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Muhammad Amin Fikri Azhar yang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan. FOTO FB
Kuantan: Lima kali dipatuk ular tedung dalam tempoh 12 tahun adalah pengalaman yang tidak akan dilupakan Muhammad Amin Fikri Azhar, 27.
Lebih-lebih lagi, dia hampir kehilangan nyawa pada 14 Mei tahun lalu selepas dipatuk reptilia terbabit.
Mengimbas kembali kejadian itu, dia dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal dan hanya mempunyai peluang kira-kira 20 peratus untuk hidup.
“Kejadian berlaku kira-kira 9 pagi, saya tersedar dan mendapati seekor ular berhampiran anak saya yang sedang tidur.
“Saya berjaya memegang kepala ular terbabit dan memanggil isteri untuk membawa anak perempuan kami keluar dari bilik tidur.
“Tetapi ular itu membenamkan taringnya pada pergelangan tangan kiri dan saya tidak mencabutnya kerana takut jika taring reptilia itu patah.
“Saya dapat merasakan bahang daripada racun itu mengalir ke dalam badan saya. Saya terpaksa menahan kesakitan sebelum berjaya melepaskan patukan ular terbabit,” katanya
“Saya kemudiannya meminta isteri menghubungi APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia) untuk menangkap ular itu sebelum saya rebah di dalam bilik tidur.
“Akibatnya, saya berada di wad Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, selama 19 hari termasuk tiga hari di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan menjalani dua pembedahan pada tangan kiri,” katanya.
Beliau yang juga anggota APM bersyukur kerana selamat daripada maut.
Katanya, kakitangan hospital memaklumkan kepadanya bahawa dia bertuah dan umurnya masih panjang walaupun kejadian itu hampir meragut nyawanya.
“Sebenarnya, kejadian kali pertama dipatuk ular ialah pada 2010 ketika berumur 14 tahun, diikuti 2014, 2019, 2021 dan 2022.
“Namun, bagi saya, semua kejadian itu bukan sahaja memberikan pengalaman, malah mematangkan saya dan memerlukan saya lebih berhati-hati ketika berdepan reptilia terbabit.
“Walaupun mengalami kesan sampingan akibat dipatuk ular terbabit, saya tetap meneruskan tugas yang diamanahkan jika APM menerima aduan berkaitan ular.
“Tapi ia membuatkan saya lebih berwaspada dan mengambil langkah sewajarnya untuk mengelakkan kejadian berulang,” katanya.
Sumber : Harian Metro
Baca Juga :  Filem dedah aurat masih tersiar, Lisa tak mampu kawal-“Harap akan hilang sendiri”
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

[VIDEO] ‘Mencari Ketenangan & Kebahagiaan Adalah Dengan Solat’ – Tular Semula Video Kisah Penghijrahan Jojo One Nation Emcees
Suami isteri meninggal dalam kemalangan, keluarga mohon doa buat 2 anak mangsa cedera
Pengunjung tersekat di tengah gelongsor kaca, netizen seram lihat staf meniti beri bantuan
Wanita Gemar ‘Membawang’? Nora Danish Pesan Banyakkan Bersedekah & Bertaubat – ‘Nabi Pesan Supaya Tak Muflis Akhirat’
Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor
“Tak Sangka Seumur Hidup Dapat Pakai Kereta Baru”, Ayah Sebak, Anak Hadiahkan Proton X50
Main skuter di persimpangan, budak tiga tahun maut dirempuh pacuan empat roda
‘Uncle’ Cina amalkan surah Yasin, rahsia masih sihat pada usia 71 tahun
Berita ini 1 kali dibaca

Berita Terkait

Sunday, 2 February 2025 - 18:01

[VIDEO] ‘Mencari Ketenangan & Kebahagiaan Adalah Dengan Solat’ – Tular Semula Video Kisah Penghijrahan Jojo One Nation Emcees

Sunday, 2 February 2025 - 13:15

Suami isteri meninggal dalam kemalangan, keluarga mohon doa buat 2 anak mangsa cedera

Saturday, 1 February 2025 - 11:07

Pengunjung tersekat di tengah gelongsor kaca, netizen seram lihat staf meniti beri bantuan

Friday, 31 January 2025 - 10:22

Wanita Gemar ‘Membawang’? Nora Danish Pesan Banyakkan Bersedekah & Bertaubat – ‘Nabi Pesan Supaya Tak Muflis Akhirat’

Thursday, 7 December 2023 - 10:27

Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15