Alhamdulillah… Dana RM9.28 juta untuk suntikan Zolgensma Naail sudah cukup | Info Malaysia

- Penulis

Thursday, 11 May 2023 - 08:27

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Wan Aslam Zakaria dan isterinya, Siti Norraihan Mohd Amin bersama anak mereka, Wan Muhammad Naail yang menghidap penyakit jarang jumpa, Spinal Muscular Athropy (SMA) Type 1.
Kuala Lumpur: “Sejujurnya saya tak terkata kerana awalnya rasa macam mustahil tetapi dengan izin Allah yang menggerakkan hati penderma, syukur semuanya dipermudahkan hingga sasaran kutipan dana akhirnya dapat dicapai semalam,” kata Wan Aslam Zakaria.
Wan Aslam, 30, adalah bapa kepada Wan Muhammad Naail berusia 10 bulan yang menghidap penyakit jarang jumpa, Spinal Muscular Athropy (SMA) Type 1 hingga mengakibatkan ototnya semakin melemah dan sukar bernafas.
Bapa tiga anak itu mengesahkan, dana bernilai RM9.28 juta bagi membiayai kos suntikan Gene Therapy Zolgensma bagi menghentikan proses kemerosotan fungsi otot bayinya itu, sudah mencukupi semalam hasil keprihatinan rakyat Malaysia termasuk selebriti, usahawan serta pempengaruh.
“Terima kasih kami ucapkan kepada semua rakyat Malaysia. Memang kami sekeluarga tidak mampu membalas jasa kalian, tetapi kami doakan semoga Allah membalas dengan kebaikan dunia dan akhirat.
“Kami juga terharu dan berterima kasih dengan Misi Rakyat terutama pengasasnya, Nur Ahmad Faiz Mohd Azmi yang bersusah payah menjalankan kempen ini.
“Walaupun tidak kenal, namun dia sanggup membantu kami menjalankan kempen ini tanpa mengenakan sebarang bayaran.
“Dengan berkat usaha dan sumbangan kalian, insya-Allah Naail semakin sembuh dan dapat membesar dengan baik seperti kanak-kanak lain seterusnya boleh menyumbang bakti kepada rakyat Malaysia suatu hari nanti,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Mengulas mengenai tarikh prosedur suntikan itu, Wan Aslam berkata, bayinya akan menjalani prosedur pertama iaitu pengambilan sampel darah di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Isnin depan.
“Sampel darah ini akan dihantar ke Amsterdam, Belanda untuk menentukan sama ada keadaan Naail sesuai atau bersedia untuk menerima suntikan berkenaan.
“Kami juga masih menunggu maklum balas sebut harga sebenar ubat berkenaan dari pengeluar ubat.
“Selepas semuanya selesai, insya-Allah Naail akan menjalani prosedur itu di PPUM pada masa ditetapkan nanti,” katanya.
Katanya, jika ada lebihan sumbangan, pihak Misi Rakyat akan mendermakan dana itu kepada penerima lain yang memerlukan.
.Sebelum ini Harian Metro melaporkan, Naail yang didiagnos penyakit itu sejak usianya empat bulan bergantung sepenuhnya dengan alat bantuan pernafasan dan minum susu dengan tiub yang dipasang melalui hidung ke perut.
Kempen kutipan dana dengan sasaran RM9.28 juta itu digerakkan Misi Rakyat sejak 14 April lalu.
Semakan Harian Metro setakat petang ini mendapati, jumlah kutipan untuk Naail yang dipaparkan di laman itu sudah mencecah lebih RM9.42 juta.
Semalam, ibu Naail, Siti Noraraihan Mohd Amin,30, di laman Instagram turut berkongsi tangkap layar nama penderma terakhir yang melengkapkan kutipan itu iaitu Hafiz Mahamad serta seorang usahawan terkemuka dikenali Ayuni dengan sumbangan masing-masing RM50,000.
Sumber : Harian Metro
Baca Juga :  [V] Pelajar berfesyen pakai tudung labuh ada ekor, cikgu terus potong... kemudian menangis terganggu emosi padahal langgar peraturan
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

[VIDEO] ‘Mencari Ketenangan & Kebahagiaan Adalah Dengan Solat’ – Tular Semula Video Kisah Penghijrahan Jojo One Nation Emcees
Suami isteri meninggal dalam kemalangan, keluarga mohon doa buat 2 anak mangsa cedera
Pengunjung tersekat di tengah gelongsor kaca, netizen seram lihat staf meniti beri bantuan
Wanita Gemar ‘Membawang’? Nora Danish Pesan Banyakkan Bersedekah & Bertaubat – ‘Nabi Pesan Supaya Tak Muflis Akhirat’
Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor
“Tak Sangka Seumur Hidup Dapat Pakai Kereta Baru”, Ayah Sebak, Anak Hadiahkan Proton X50
Main skuter di persimpangan, budak tiga tahun maut dirempuh pacuan empat roda
‘Uncle’ Cina amalkan surah Yasin, rahsia masih sihat pada usia 71 tahun
Berita ini 1 kali dibaca

Berita Terkait

Sunday, 2 February 2025 - 18:01

[VIDEO] ‘Mencari Ketenangan & Kebahagiaan Adalah Dengan Solat’ – Tular Semula Video Kisah Penghijrahan Jojo One Nation Emcees

Sunday, 2 February 2025 - 13:15

Suami isteri meninggal dalam kemalangan, keluarga mohon doa buat 2 anak mangsa cedera

Saturday, 1 February 2025 - 11:07

Pengunjung tersekat di tengah gelongsor kaca, netizen seram lihat staf meniti beri bantuan

Friday, 31 January 2025 - 10:22

Wanita Gemar ‘Membawang’? Nora Danish Pesan Banyakkan Bersedekah & Bertaubat – ‘Nabi Pesan Supaya Tak Muflis Akhirat’

Thursday, 7 December 2023 - 10:27

Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15