Remaja jantung berlubang gigih berniaga nasi lemak | Info Malaysia

- Penulis

Sunday, 11 June 2023 - 17:21

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Awaluddin memasak nasi lemak dan sambal tumis untuk jualannya setiapnya hari demi kelangsungan hidup. FOTO AHMAD AWALUDDIN
Kuala Kangsar: Jika remaja seusianya sibuk meluangkan masa bersama rakan dengan pelbagai aktiviti, Ahmad Awaluddin Idris pula sibuk di dapur memasak nasi lemak untuk dijual setiap pagi.
Ahmad Awaluddin, 18, yang juga anak yatim piatu diuji dengan penyakit jantung berlubang dan saluran pernafasan bocor serta terbalik.
Setiap hari dia akan memasak nasi lemak dan sambal tumis dengan bantuan ibu saudara, Surani Ariffin, 57, dan kakak sepupunya.
Remaja itu dijaga Surani sejak ibu kandungnya, Surana Ariffin meninggal dunia akibat paru-paru berair ketika Ahmad Awaluddin berusia 10 tahun.
Ahmad Awaluddin berkata, Surani atau nama panggilannya Mak Yang adalah insan yang sudi menjaganya yang tinggal sebatang kara.
Menurutnya, ibu saudaranya berstatus ibu tunggal dua anak menyara keluarga mereka dengan berniaga makanan di hadapan rumah dan dia membantu Surani berniaga sejak berusia 12 tahun.
“Ketika ini Mak Yang sudah tidak mampu berkerja seperti dahulu selepas dia terbabit kemalangan menyebabkan kakinya patah tahun lalu dan masih belum sembuh sepenuhnya.
“Demi kelangsungan hidup kami, saya ambil alih kerja memasak setiap pagi kerana saya juga masih perlu melakukan pemeriksaan berkala antara dua hingga enam bulan sekali di Hospital Pulau Pinang.
“Sebelum ini kami berniaga di hadapan rumah. Namun sejak beberapa hari lalu, saya mula berniaga nasi lemak bungkus di sebuah stesen minyak yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah,” katanya tinggal di Rumah Awam Fasa 1, Padang Rengas, di sini ketika dihubungi.
Menurut Ahmad Awaluddin, dia memperolehi keputusan lulus semua subjek dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini, namun memilih untuk terus berniaga berbanding menyambung pelajaran kerana desakan hidup.
Katanya, dia akan bangun tidur seawal jam 3 pagi untuk memasak 150 bungkus nasi lemak yang dijual RM1.20 bermula jam 7 pagi hampir setiap hari.
“Saya mahu meneruskan usaha Mak Yang. Lagipun saya memang minat berniaga.
“Saya juga sangat berterima kasih kepada Mak Yang yang sanggup menjaga saya. Oleh itu saya mahu membalas jasanya yang sanggup menjaga saya selama ini,” katanya.
Bagi yang mahu membantu Ahmad Awaluddin boleh menghubungi remaja itu di talian 017-5514851.
Sumber : Harian Metro
Baca Juga :  Pengunjung tersekat di tengah gelongsor kaca, netizen seram lihat staf meniti beri bantuan
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

[VIDEO] ‘Mencari Ketenangan & Kebahagiaan Adalah Dengan Solat’ – Tular Semula Video Kisah Penghijrahan Jojo One Nation Emcees
Suami isteri meninggal dalam kemalangan, keluarga mohon doa buat 2 anak mangsa cedera
Pengunjung tersekat di tengah gelongsor kaca, netizen seram lihat staf meniti beri bantuan
Wanita Gemar ‘Membawang’? Nora Danish Pesan Banyakkan Bersedekah & Bertaubat – ‘Nabi Pesan Supaya Tak Muflis Akhirat’
Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor
“Tak Sangka Seumur Hidup Dapat Pakai Kereta Baru”, Ayah Sebak, Anak Hadiahkan Proton X50
Main skuter di persimpangan, budak tiga tahun maut dirempuh pacuan empat roda
‘Uncle’ Cina amalkan surah Yasin, rahsia masih sihat pada usia 71 tahun
Berita ini 1 kali dibaca

Berita Terkait

Sunday, 2 February 2025 - 18:01

[VIDEO] ‘Mencari Ketenangan & Kebahagiaan Adalah Dengan Solat’ – Tular Semula Video Kisah Penghijrahan Jojo One Nation Emcees

Sunday, 2 February 2025 - 13:15

Suami isteri meninggal dalam kemalangan, keluarga mohon doa buat 2 anak mangsa cedera

Saturday, 1 February 2025 - 11:07

Pengunjung tersekat di tengah gelongsor kaca, netizen seram lihat staf meniti beri bantuan

Friday, 31 January 2025 - 10:22

Wanita Gemar ‘Membawang’? Nora Danish Pesan Banyakkan Bersedekah & Bertaubat – ‘Nabi Pesan Supaya Tak Muflis Akhirat’

Thursday, 7 December 2023 - 10:27

Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15