‘Ada yang sudi tak? Saya pun teringin’ – Info Malaysia

- Penulis

Tuesday, 11 July 2023 - 06:32

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



MOHD Faizareza Mansor mencari rezeki sebagai penternak lembu. FOTO ihsan Mohamad Aqmal Azhari
Batu Pahat: “Ada tak yang sudi dengan saya? Saya pun teringin nak pasangan tapi tak dapat…kalau saya normal mungkin saya dah kahwin,” luah Mohd Faizareza Mansor yang juga orang kurang upaya (OKU) kerdil.
Video luahan perasaan Mohd Faizareza, 39, dimuat naik rakannya, Mohamad Aqmal Azhari, 29, di TikTok sekali gus mendapat perhatian netizen dengan ramai mendoakannya bertemu jodoh dengan wanita yang menerima dirinya seadanya.
Berkongsi kisahnya, Mohd Faizareza dari Kampung Parit Separap di sini, berkata, dia mencari rezeki dengan menternak lembu dan turut mengambil upah memotong rumput.
Anak keempat daripada lima beradik itu mengakui ada keinginan untuk berumah tangga namun belum bertemu jodoh jadi kini hanya fokus dengan kerja hakikinya.
“Saya pernah berkawan dengan wanita, namun setakat itu saja. Mungkin tiada jodoh untuk ke fasa lebih serius dan berkahwin,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Menurut Mohd Faizareza, dia belum menerima kiriman mesej daripada mana-mana wanita yang serius berkenalan dengannya.
Bagaimanapun, dia tidak bersedih kerana gembira menikmati hidupnya kini bersama 60 ekor lembu peliharaannya.
“Saya malas nak fikir sangat (soal jodoh). Jika ada, saya terima…jika tidak pun okay saja.
“Walaupun tiada pasangan, saya bersyukur kerana Allah SWT kurniakan rezeki yang banyak.
“Tawaran kerja potong rumput juga tak putus jadi dapatlah bayar pekerja.
“Kalau ditakdirkan dapat pasangan nanti pun biarlah yang ikhlas terima saya, bukan nak duit saja tapi tak nak pun orangnya,” katanya yang menceburi bidang ternakan lembu sejak 2014 kerana minat.
Sementara itu, rakannya, Mohamad Aqmal berkata, dia muat naik video di TikTok kerana mahu membantu Mohd Faizareza.
“Dia (Mohd Faizareza) nak kahwin tetapi tiada jodoh. Dia malu itu yang saya tolong carikan untuknya dan tak sangka video berkenaan boleh tular,” katanya.
Sumber : Harian Metro
Baca Juga :  "Saya Memerlukan Doa Kawan-Kawan, Peminat Nad Mendoakan yang Baik-Baik," - Bapa"
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

[VIDEO] ‘Mencari Ketenangan & Kebahagiaan Adalah Dengan Solat’ – Tular Semula Video Kisah Penghijrahan Jojo One Nation Emcees
Suami isteri meninggal dalam kemalangan, keluarga mohon doa buat 2 anak mangsa cedera
Pengunjung tersekat di tengah gelongsor kaca, netizen seram lihat staf meniti beri bantuan
Wanita Gemar ‘Membawang’? Nora Danish Pesan Banyakkan Bersedekah & Bertaubat – ‘Nabi Pesan Supaya Tak Muflis Akhirat’
Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor
“Tak Sangka Seumur Hidup Dapat Pakai Kereta Baru”, Ayah Sebak, Anak Hadiahkan Proton X50
Main skuter di persimpangan, budak tiga tahun maut dirempuh pacuan empat roda
‘Uncle’ Cina amalkan surah Yasin, rahsia masih sihat pada usia 71 tahun
Berita ini 1 kali dibaca

Berita Terkait

Sunday, 2 February 2025 - 18:01

[VIDEO] ‘Mencari Ketenangan & Kebahagiaan Adalah Dengan Solat’ – Tular Semula Video Kisah Penghijrahan Jojo One Nation Emcees

Sunday, 2 February 2025 - 13:15

Suami isteri meninggal dalam kemalangan, keluarga mohon doa buat 2 anak mangsa cedera

Saturday, 1 February 2025 - 11:07

Pengunjung tersekat di tengah gelongsor kaca, netizen seram lihat staf meniti beri bantuan

Friday, 31 January 2025 - 10:22

Wanita Gemar ‘Membawang’? Nora Danish Pesan Banyakkan Bersedekah & Bertaubat – ‘Nabi Pesan Supaya Tak Muflis Akhirat’

Thursday, 7 December 2023 - 10:27

Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15