Meninggal ketika dirawat, kes Dea Maisarah sedang disiasat – Menteri Kesihatan

- Penulis

Saturday, 15 July 2023 - 03:36

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Kejadian seorang kanak-kanak perempuan, Dea Maisarah Bada yang meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, Selangor sedang dalam siasatan pihak berkuasa.
Menerusi satu kenyataan, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, beliau memohon kerjasama semua pihak untuk menghormati privasi keluarga kanak-kanak berusia 10 tahun itu.
Kejadian sedang dalam siasatan


“Mewakili kementerian, saya amat bersimpati dan menyampaikan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarhamah Dea Maisarah Bada.
“Bersama kita mendoakan agar roh Allahyarhamah aman dan berada dalam lindungan Yang Esa. Semoga keluarga Allahyarhamah tabah menghadapi ujian berat ini. Al-Fatihah,” katanya di laman Facebook malam tadi.
Pada khamis, HTAR memaklumkan pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung kematian seorang kanak-kanak berusia 10 tahun ketika mendapatkan rawatan di hospital tersebut baru-baru ini.
Pihak HTAR sedang siasat


Pengarahnya, Dr Zulkarnain Mohd Rawi berkata, pihaknya merujuk kepada video tular di aplikasi TikTok berhubung kematian kanak-kanak berkenaan.
“Pesakit (kanak-kanak itu) hadir ke Jabatan Kecemasan dan Trauma HTAR bersama bapanya pada 9 Julai lalu dalam keadaan lemah dan telah diberikan rawatan sewajarnya oleh pakar perubatan kecemasan.
“Namun, pesakit tidak dapat diselamatkan. Punca kematian masih dalam siasatan Jabatan Perubatan Forensik HTAR,” katanya dalam satu kenyataan.
Terdahulu, bapa kanak-kanak terbabit Bada Hussein mendakwa anaknya yang mengalami penyakit sesak nafas diikat ketika menerima rawatan lanjut di hospital tersebut.
Malah, dia juga mendakwa pihak hospital bertindak membuat laporan palsu mengatakan anaknya sudah meninggal dunia atau Brought In Dead (BID) sewaktu dibawa ke hospital.
Jenazah Dea Maisarah
Baca Juga :  Tak nak berjauhan, bapa bina rumah seorang satu untuk anak menantu
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

[VIDEO] ‘Mencari Ketenangan & Kebahagiaan Adalah Dengan Solat’ – Tular Semula Video Kisah Penghijrahan Jojo One Nation Emcees
Suami isteri meninggal dalam kemalangan, keluarga mohon doa buat 2 anak mangsa cedera
Pengunjung tersekat di tengah gelongsor kaca, netizen seram lihat staf meniti beri bantuan
Wanita Gemar ‘Membawang’? Nora Danish Pesan Banyakkan Bersedekah & Bertaubat – ‘Nabi Pesan Supaya Tak Muflis Akhirat’
Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor
“Tak Sangka Seumur Hidup Dapat Pakai Kereta Baru”, Ayah Sebak, Anak Hadiahkan Proton X50
Main skuter di persimpangan, budak tiga tahun maut dirempuh pacuan empat roda
‘Uncle’ Cina amalkan surah Yasin, rahsia masih sihat pada usia 71 tahun
Berita ini 1 kali dibaca

Berita Terkait

Sunday, 2 February 2025 - 18:01

[VIDEO] ‘Mencari Ketenangan & Kebahagiaan Adalah Dengan Solat’ – Tular Semula Video Kisah Penghijrahan Jojo One Nation Emcees

Sunday, 2 February 2025 - 13:15

Suami isteri meninggal dalam kemalangan, keluarga mohon doa buat 2 anak mangsa cedera

Saturday, 1 February 2025 - 11:07

Pengunjung tersekat di tengah gelongsor kaca, netizen seram lihat staf meniti beri bantuan

Friday, 31 January 2025 - 10:22

Wanita Gemar ‘Membawang’? Nora Danish Pesan Banyakkan Bersedekah & Bertaubat – ‘Nabi Pesan Supaya Tak Muflis Akhirat’

Thursday, 7 December 2023 - 10:27

Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15