Home / Uncategorized

Rayuan BKM 2022 : Semakan Status & Jumlah Bayaran

- Penulis

Monday, 3 October 2022 - 03:01

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN RAYUAN BKM ONLINE (BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022) & TARIKH BAYARAN
Masih ada rakyat yang layak menerima BKM tetapi masih belum didaftarkan di dalam pangkalan data Kerajaan. Oleh itu, sukacita diingatkan bahawa tempoh rayuan bagi permohonan BKM telah dibuka mulai 2 Mei 2022 selama sebulan bagi membantu mereka yang tidak lulus dalam permohonan sebelum ini.
Pemohon boleh mengemukakan rayuan beserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
Proses rayuan ini juga bagi memastikan bantuan dapat disampaikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Rayuan BKM 2022 :


Siapakah yang layak membuat Permohonan Rayuan BKM 2022?
Pemohon yang layak membuat Permohonan Rayuan BKM 2022 adalah :
1) Pemohon yang berstatus Tidak Lulus BKM 2022; atau
2) Pemohon yang berstatus Lulus BKM 2022 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja.
Semakan Status Kelulusan Rayuan BKM & Tarikh Bayaran
Untuk makluman, permohonan yang diluluskan akan menerima BKM melalui bayaran Fasa 3 dan Fasa 4 yang dijadualkan pada bulan September 2022 dan Disember 2022.
Terkini, pengguna media sosial turut berkongsi status rayuan mereka. Ada yang lulus setelah membuat rayuan dan ada juga yang mendapat kelulusan dengan amaun tambahan setelah membuat kemaskini maklumat.
LULUS RAYUAN BKM


LULUS AMAUN TAMBAHAN SETELAH MENGEMASKINI MAKLUMAT RAYUAN


TIDAK LULUS RAYUAN


Berikut dikongsikan cara membuat semakan status rayuan mulai 20 September 2022:
1) Semakan status rayuan terkini boleh dibuat secara atas talian melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my/
2) Log masuk menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan.
Klik pada ikon Semakan Status.
3) Kemudian, lihat bahagian Maklumat Bayaran.
4) Maklumat permohonan dan status kelulusan rayuan anda akan dipaparkan.
Jumlah Bayaran Yang Akan Diterima
Jumlah pembayaran Rayuan Bantuan Keluarga Malaysia yang akan diterima bagi pemohon yang LULUS adalah berdasarkan kategori yang ditetapkan.
Sila rujuk jadual di bawah untuk perincian bayaran yang akan dikreditkan :




Kaedah Pembayaran
Pembayaran Rayuan BKM 2022 adalah seperti berikut :
i. Ada Akaun Bank – Pengkreditan terus ke akaun bank yang didaftarkan / dikemas kini mulai 20 September 2022 secara berperingkat. 
ii. Tiada Akaun Bank – Penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 20 September 2022.
Tarikh Permohonan Rayuan

Permohonan Rayuan BKM 2022 telah dibuka pada tarikh berikut:
– Secara dalam talian – mulai 02 Mei 2022 hingga 02 Jun 2022.
– Secara borang kertas – mulai 09 Mei 2022 hingga 02 Jun 2022.
Sekiranya Permohonan Rayuan tuan telah diproses dan TIDAK LULUS, rayuan semula dengan mengemukakan dokumen sokongan adalah tidak dibenarkan.
Ini kerana kelulusan Rayuan BKM 2022 adalah MUKTAMAD




Kaedah Permohonan Rayuan BKM


Kaedah Permohonan Rayuan BKM 2022 adalah seperti berikut:
1) Secara dalam talian di Portal Rasmi BKM LHDNM, https://bkm.hasil.gov.my ; atau
2) Penghantaran Borang Rayuan BKM 2022 di :
– Cawangan LHDNM
– Pejabat Satelit (PS)
– Pusat Khidmat Hasil (PKH)
– Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran
– *NOTA: Borang Rayuan akan dikeluarkan sebelum tempoh rayuan.
Anda digalakkan untuk membuat Permohonan Rayuan BKM 2022 secara dalam talian dengan mudah, cepat, dan selamat apabila tempoh rayuan dibuka.
Kod / Alasan Tidak Lulus BKM
Untuk makluman pemohon, alasan tidak lulus BKM akan dipaparkan pada Butang ‘Alasan’ seperti yang tertera di bawah :


Kod Tidak Lulus BKM 2022 adalah seperti di bawah.
Dokumen sokongan yang diperlukan semasa tempoh rayuan akan dikemas kini dari semasa ke semasa :






Dokumen Sokongan Yang Perlu Dilampirkan
Berikut adalah dokumen sokongan yang perlu anda lampirkan berdasarkan kod alasan tidak lulus yang dinyatakan pada status masing-masing.






Sumber: LHDNM
Penerangan Status Tidak Lulus bagi Kategori Bujang (Kod 06)
Ketika kelulusan BKM dimuatnaik di laman web BKM, agak ramai pemohon Kategori Bujang yang kecewa kerana tidak lulus dengan menerima Kod 06.
Apakah maksud Kod 06 dan bolehkah mereka memohon rayuan?


Mengikut FAQ_Rayuan_BKM yang dikeluarkan oleh LHDN, pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang sekiranya:
i. Berstatus pelajar pada tahun 2021/2022; atau
ii. Berumur 19 tahun – 20 tahun dan bukan berstatus Orang Kurang Upaya (OKU). 
Ini bermaksud, pelajar sepenuh masa Tidak Layak untuk membuat Permohonan BKM 2022.
Walau bagaimanapun maklumat anda boleh didaftarkan sebagai anak di permohonan ibu bapa.
Permohonan Rayuan BKM hanya dibenarkan sekiranya tamat pengajian sesi 2021/2022 atau sekiranya anda merupakan pelajar separuh masa.
Maklumat dokumen sokongan yang perlu
dikemukakan akan dimaklumkan kemudian.
PERMOHONAN RAYUAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022 (BKM 2022) YANG TIDAK DIBENARKAN SECARA DALAM TALIAN
Bagi Pemohon Tidak lulus BKM 2022 dengan Kod Tidak Lulus seperti di bawah perlu kemukakan Rayuan ke Cawangan LHDNM yang berdekatan bersama Borang Rayuan BKM 2022 yang lengkap dan dokumen sokongan (jika berkaitan) mulai 09 Mei 2022 sehingga 02 Jun 2022.
*Permohonan rayuan secara online tidak dibenarkan bagi kod TIDAK LULUS yang berikut:


Waktu Operasi Kaunter Rayuan BKM
JADUAL PERKHIDMATAN KAUNTER RAYUAN BKM DI CAWANGAN /
PEJABAT SATELIT / PUSAT KHIDMAT HASIL (PKH) LHDNM
DAN PERKHIDMATAN PANGGILAN TELEFON MULAI 2 MEI 2022 SEHINGGA 2 JUN 2022


NOTA:
Kaunter Rayuan BKM tidak beroperasi pada Cuti Hujung Minggu, Cuti Umum dan Cuti Negeri (bagi negeri yang terlibat) kecuali tarikh pada jadual di atas.
Bagi Cawangan / Pejabat Satelit / Pusat Khidmat Hasil (PKH) yang tidak beroperasi pada tarikh di atas, notis pemakluman kepada umum akan dipamerkan pada premis berkenaan.
Operasi perkhidmatan kaunter BKM di Urban Transformation Centre (UTC) adalah tertakluk kepada arahan Kerajaan Negeri.
Masa pembukaan kaunter adalah tertakluk kepada pindaan.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk FAQ Rayuan BKM di bawah:
BKM-2022-FAQ_-SemakanStatusPembayaranRayuanBKM2022Download
Bilakah tarikh rayuan BKM?
Permohonan Rayuan BKM 2022 boleh dibuat:
i. Secara dalam talian – mulai 02 Mei 2022 hingga 02 Jun 2022. ii. Secara borang kertas – mulai 09 Mei 2022 hingga 02 Jun 2022.
*tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa
Bagaimana cara membuat rayuan BKM?
2 Kaedah permohonan rayuan:
i. Dalam Talian – Mulai 2 Mei 2022 hingga 2 Jun 2022
(Permohonan boleh dibuat secara online melalui laman web https://bkm.hasil.gov.my/)
ii. Borang Manual – Mulai 9 Mei 2022 hingga 2 Jun 2022.
(Permohonan di Pejabat LHDN)
Permohonan BKM 2022 saya tidak lulus kerana pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang (Kod 06).
Apakah yang dimaksudkan dengan tidak melepasi syarat kelayakan berkenaan?
Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang sekiranya:
i. Berstatus pelajar pada tahun 2021/2022; atau
ii. Berumur 19 tahun – 20 tahun dan bukan berstatus Orang Kurang Upaya (OKU)
Saya masih belajar dan Permohonan BKM 2022 saya adalah berstatus Tidak Lulus bagi Kategori Bujang (Kod 06). Adakah saya boleh membuat Permohonan Rayuan BKM 2022?
Pelajar sepenuh masa Tidak Layak untuk membuat Permohonan BKM 2022.
Walau bagaimanapun maklumat anda boleh didaftarkan sebagai anak di permohonan ibu bapa. Permohonan Rayuan BKM hanya dibenarkan sekiranya tamat pengajian sesi 2021/2022 atau sekiranya anda merupakan
pelajar separuh masa.
Maklumat dokumen sokongan yang perlu dikemukakan akan dimaklumkan kemudian.
Siapakah yang layak membuat Permohonan Rayuan BKM 2022?
Pemohon yang layak membuat Permohonan Rayuan BKM 2022 adalah:
i. Pemohon yang berstatus Tidak Lulus BKM 2022; atau
ii. Pemohon yang berstatus Lulus BKM 2022 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja.
Siapakah yang layak menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)?
Pemohon layak menerima BKM sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:
i. Isi Rumah
a) Kahwin; atau
b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati
syarat; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
ii. Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai
anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
iii. Bujang
a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai
anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Saya ingin membuat semakan pada MyBKM dan bagaimanakah saya boleh mengetahui pembayaran Fasa 1 BKM 2022 dibayar kepada akaun bank saya atau pasangan?
Anda boleh membuat semakan status kelulusan mulai 28 Mac 2022 pada MyBKM > Semakan Status > Maklumat Pembayaran bagi Fasa 1.
Maklumat yang dipaparkan adalah seperti berikut:
i. Nombor Pengenalan Akaun dikredit
ii. Nama Penerima
iii. Fasa Pembayaran
iv. Jumlah dikredit
v. Status Kredit
vi. Nama Bank
vii. Nombor Akaun Bank
Saya adalah penerima Geran Khas Prihatin tetapi Permohonan BKM 2022 saya berstatus Tidak Lulus atas alasan memiliki 3 atau lebih perniagaan milikan tunggal / perkongsian.
Adakah saya layak menerima BKM 2022?
Semakan kelayakan BKM 2022 adalah berdasarkan syarat kelayakan yang telah ditetapkan.
Setiap bantuan adalah berbeza dari segi kriteria kelayakan
penerima. Rayuan boleh dibuat sekiranya menepati syarat kelayakan BKM 2022.
Saya ingin membuat semakan pada MyBKM dan bagaimanakah saya boleh mengetahui pembayaran Rayuan BKM 2022 dibayar kepada akaun bank saya atau pasangan?
Anda boleh membuat semakan pada MyBKM > Semakan Status > Maklumat Pembayaran bagi Rayuan BKM 2022.
Maklumat yang dipaparkan adalah seperti berikut:
i. Nombor Pengenalan Akaun dikredit
ii. Nama Penerima
iii. Fasa Pembayaran
iv. Jumlah dikredit
v. Status Kredit
vi. Nama Bank
vii. Nombor Akaun Bank
Baca Juga :  SARA 2024 – Bantuan Tunai Tambahan One-off Mulai 9 Disember
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Bantuan Khas Kewangan 2025
Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas
Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus
BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia
Daging Goreng Ala Thai: Resepi Sedap dan Mudah untuk Pencinta Masakan Penuh Rasa
Tolong Adik Beradik atau Sedekah Pada Orang Lain – Ustaz Azhar Idrus
Resepi Claypot Chicken Rice ala Che Nom
Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus
Berita ini 1 kali dibaca

Berita Terkait

Wednesday, 5 February 2025 - 11:51

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 February 2025 - 09:00

Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus

Wednesday, 5 February 2025 - 09:00

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Tuesday, 4 February 2025 - 10:15

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 February 2025 - 09:00

Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15