Home / Uncategorized

Sekolah akan agihkan Bantuan Awal Persekolahan kepada murid mulai 12 Januari

- Penulis

Sunday, 1 January 2023 - 02:40

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) akan diagihkan oleh sekolah kepada murid, secara tunai atau dikreditkan ke dalam akaun murid. – Foto hiasan
KUALA LUMPUR: Peruntukan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 kepada semua murid yang diumumkan kerajaan, Selasa lalu, akan disalurkan seawal 12 Januari depan.
Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan, peruntukan BAP itu dikreditkan ke akaun sekolah dan ia akan diagihkan secara tunai atau dikreditkan ke dalam akaun murid.
Katanya, sekolah diminta mengagihkan wang itu kepada murid sebaik sahaja menerima peruntukan itu.
“Tiada sebarang borang atau dokumen perlu diisi oleh murid atau ibu bapa sebelum menerima BAP.
“KPM juga tidak menyediakan sebarang talian khusus. Segala penjelasan lanjut berkaitan BAP boleh dirujuk melalui Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 20 Tahun 2020: Bantuan Awal Persekolahan di laman sesawang rasmi KPM,” kata KPM menerusi ciapan di Twitter, hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 di Dewan Rakyat memaklumkan, kerajaan bersetuju menyalurkan BAP bernilai RM150 kepada semua murid, tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa, pada Januari 2023.
Beliau berkata, langkah itu penting untuk mempersiapkan murid dengan kelengkapan sekolah yang sewajarnya, selain memberi perbelanjaan bagi Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan pembelian buku teks.
Dalam pada itu, menjawab soalan murid mana yang layak menerima BAP 2023, KPM memaklumkan, bantuan berkenaan akan diberikan kepada pelajar yang memenuhi kriteria seperti warganegara Malaysia dan murid Tahun Satu sehingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi sesi Persekolahan 2023/2024.
Kriteria lain adalah mereka pelajar di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama, Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan kerajaan, Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Sekolah Intergriti dan Sekolah Henry Gurney.
Sumber : Berita Harian
Baca Juga :  Bantuan RM 100 One Off – Mohon Sini
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Bantuan Khas Kewangan 2025
Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas
Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus
BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia
Tolong Adik Beradik atau Sedekah Pada Orang Lain – Ustaz Azhar Idrus
Resepi Claypot Chicken Rice ala Che Nom
Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus
Daging Goreng Ala Thai: Resepi Sedap dan Mudah untuk Pencinta Masakan Penuh Rasa
Berita ini 1 kali dibaca

Berita Terkait

Wednesday, 5 February 2025 - 11:51

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 February 2025 - 09:00

Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus

Wednesday, 5 February 2025 - 09:00

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Tuesday, 4 February 2025 - 10:15

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 February 2025 - 09:00

Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15