Home / Uncategorized

Bantuan Persekolahan KPM 2022 | Semakan Kelayakan RM150 One-off

- Penulis

Thursday, 6 October 2022 - 02:07

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan
Dalam Bajet 2022, Kerajaan bersetuju untuk menyediakan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 iaitu meningkat berbanding RM100 sebelum ini.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, sejumlah RM450 juta diperuntukkan yang dijangka memanfaatkan tiga juta murid yang layak.
Bantuan tersebut akan diberikan secara one-off kepada setiap murid yang layak.
Berikut dikongsikan syarat kelayakan dan bagaimana membuat semakan kelayakan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) KPM.




Apakah Bantuan Awal Persekolahan (BAP)?
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun. 
Bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000.00 dan ke bawah.
Kadar Bantuan
Murid yang menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM150.00 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off) mulai awal tahun 2022.
Syarat / Kriteria Kelayakan Bantuan Awal Persekolahan (BAP)
Pemberian BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:
– Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia) ;
– Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan KASAR sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah pada tahun semasa.  Pendapatan KASAR bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja.  Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan ;
– Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).
Kaedah Penyaluran Bayaran
– Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke ;
– Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
– Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK.
Tarikh Bayaran Bantuan Awal Persekolahan 2022
KPM telah menerima peruntukan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi tahun 2022 sepertimana yang diumumkan oleh Menteri Kewangan dalam Bajet 2022.
– Pemberian BAP bagi sesi persekolahan 2022/2023 kepada murid akan mula diagihkan pada 17 Januari 2022.
– Bayaran akan diberikan pada awal tahun 2022 kepada murid yang layak.
Agihan ini dibuat lebih awal bagi membolehkan persiapan untuk anak-anak dapat dibuat sebelum sesi persekolahan baharu bermula.
Berikut dikongsikan Kenyataan Media KPM mengenai pengagihan BAP bagi Kalendar Akademik Sesi 2022/2023.




Sila rujuk info lanjut melalui Garis Panduan berikut:
GARIS-PANDUAN-BANTUAN-AWAL-PERSEKOLAHAN-KEPADA-MURID-DI-SEKOLAH-KERAJAAN-DAN-SEKOLAH-BANTUAN-KERAJAAN-2019
Cara Permohonan
Pihak sekolah akan menetapkan cara permohonan dan kaedah pembayaran berdasarkan kelayakan.
Berikut disertakan borang permohonan bagi yang layak:




BORANG-PB1-BORANG-PERMOHONAN-BANTUAN-PERSEKOLAHAN

Bagi sesetengah sekolah, murid atau ibu bapa tidak perlu membuat permohonan kerana murid akan dipilih oleh pihak sekolah berdasarkan data pendapatan ibu bapa dalam APDM (Aplikasi Pangkalan Data Murid).
Oleh itu, ibu bapa atau penjaga perlulah mengemaskini data pendapatan terkini melalui sistem tersebut.
Jika anda belum pernah berbuat demikian, sila rujuk Login APDM KPM: Aplikasi Pangkalan Data Murid Online & Kehadiran
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang Bantuan Awal Persekolahan, sila rujuk laman web Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan berikut:
https://www.moe.gov.my/en/bantuan-pembelajaran-menu/bantuan-awal-persekolahan-bap
Sila rujuk rangkuman terkini Belanjawan 2022 melalui artikel Bajet 2022 : Senarai Bantuan Belanjawan Yang Diumumkan Untuk Rakyat.


Baca Juga :  eMADANI : Senarai Barang Yang Boleh Dibeli Guna kredit RM100
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Bantuan Khas Kewangan 2025
Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas
Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus
BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia
Daging Goreng Ala Thai: Resepi Sedap dan Mudah untuk Pencinta Masakan Penuh Rasa
Tolong Adik Beradik atau Sedekah Pada Orang Lain – Ustaz Azhar Idrus
Resepi Claypot Chicken Rice ala Che Nom
Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus
Berita ini 2 kali dibaca

Berita Terkait

Wednesday, 5 February 2025 - 11:51

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 February 2025 - 09:00

Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus

Wednesday, 5 February 2025 - 09:00

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Tuesday, 4 February 2025 - 10:15

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 February 2025 - 09:00

Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15