@mummy_beauty buat kali terakhir umy ayu bersama abi😭😭😭satu dunia menangis keranamu😭##fypシ #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – officialgtvid
Anggap ini pertemuan terakhir untuk selesai masalah ini… Umy pun dah tokse keluarga dia ganggu Umy ke, mari dumoh ke(minit ke 9:30)
Setelah selesainya lafaz talak dari sang suami, Umy yang ditemani oleh rakan-rakan dan ahli keluarganya yang lain terus melangkah keluar. Walaupunbegitu, sempat lagi wanita itu memberi pesan kepada bekas suaminya agar menjaga diri buat kali yang terakhir. Ketika berada didalam kereta, dapat dilihat dengan jelas dia tidak dapat menagam sebak dan menegaskan bahawa selepas ini dia akan memulakan hidup baru dan berharap agar tiada lagi gangguan daripada pihak lain seperti sebelum ini.
Umy lagilah terkesan sebab dah jaga dia dari tiada harapan langsung sampai dia sembuh (minit ke 10:20)
Dalam nada yang teresak-esak, Umy berharap agar tiada yang membuat spekulasi yang bukan-bukan dan menuduhnya membuta tuli mengambil keputusan yang sedemikian. Jelasnya lagi, antara yang lebih terkesan dengan keputusan perpisahan ini adalah ibunya sendiri kerana dulu terlalu banyak membantu dalam menjaga menantu sehingga sihat.