Home / Uncategorized

Bantuan Kewangan RM60,000 Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Tahun 2022

- Penulis

Saturday, 29 October 2022 - 03:09

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan
SKIM BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI 2022 (PERMOHONAN BANTUAN RM60,000)
Untuk makluman anda, jika anda tergolong dalam kategori berpendapatan rendah, anda boleh memiliki rumah atas tanah sendiri dengan skim bantuan pinjaman yang begitu rendah iaitu RM198.76 sahaja sebulan.
Pihak kerajaan telah menyediakan Skim Pinjaman Perumahan (Bukan Kakitangan Kerajaan) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk golongan yang kurang berkemampuan yang mana ianya bertujuan untuk membantu golongan ini khususnya yang berpendapatan rendah memiliki rumah pertama idaman mereka dengan bayaran yang rendah dan tidak membebankan.
Bagaimanakah cara permohonan skim bina rumah atas tanah sendiri? Apakah syarat kelayakan bantuan bina rumah atas tanah sendiri RM60,000? Sila rujuk di bawah untuk memohon.
SYARAT BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI
Berikut adalah beberapa syarat kelayakan yang perlu untuk mendapatkan bantuan ini:
– Pemohon dan pasangan merupakan warganegara Malaysia.
– Berumur 21 – 71 tahun.
– Bekerja dan mempunyai pendapatan.
– Bukan kakitangan kerajaan atau pesara kerajaan.
– Belum mempunyai rumah.
– Jumlah pendapatan kasar isi rumah di antara RM1,000 hingga RM3,000 sebulan.
– Memiliki tanah sendiri atau milik ahli keluarga sendiri.
SYARAT PINJAMAN SKIM BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI
Ini merupakan syarat pinjaman yang diberikan:
– Had pinjaman maksimum adalah RM60,000 (tidak termasuk perlindungan insurans). 
– Tempoh maksimum bayaran balik pinjaman adalah 35 tahun atau sehingga umur 70 tahun.
– Caj perkhidmatan sebanyak 2% ke atas pinjaman.
– Perlu mengambil perlindungan insuran yang disediakan oleh Panel Insuran.
SYARAT PINJAMAN GENERASI 2
– Pilihan pinjaman 2 generasi bagi pemohon yang berumur di antara 45 – 70 tahun dengan syarat penama kedua berumur 21 – 35 tahun.
– Berpendapatan minimum RM1,000 dan bukan kakitangan kerajaan.
– Perlindungan insurans hanya untuk generasi kedua sahaja.
– Generasi kedua mestilah anak kandung kepada pemohon.
SYARAT CAGARAN TANAH
Mencagar tanah milik pinjaman atau tanah milik ahli keluarga terdekat dengan kebenaran bertulis pemilik tanah.
Nilai tanah (berdasarkan penilaian Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta) yang dicagar tidak kurang daripada jumlah pinjaman.
Bagi tanah milikan secara pajakan, perlu mematuhi syarat berikut:
– Baki tempoh pajakan tanah yang dicagar sekurang-kurangnya 40 tahun.
– Mendapat kebenaran mencagar tanah daripada Pihak Berkuasa Negeri.
SYARAT BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI
Berikut adalah syarat kelayakan bina rumah atas tanah sendiri yang perlu dipatuhi oleh pemohon untuk dapatkan bantuan skim RM60,000 ini:
Rumah teres sesebuah setingkat – keluasan lantai 700 – 1,000 kaki persegi, sekurang-kurangnya 3 bilik tidur dan 2 bilik air, ruang tamu dan dapur.
Diberi pilihan untuk menggunakan pelan-pelan yang disediakan oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN) SAHAJA.
Pemohon TIDAK boleh menggunakan pelan sendiri
Mendapatkan kelulusan Pelan Bangunan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jika diperlukan
Perlantikan kontraktor diuruskan oleh peminjam dan kontraktor tersebut:
– Kontraktor tempatan mengikut kawasan DUN. 
– Mempunyai Pendaftaran Syarikat dan Perakuan Pendaftaran CIDB yang masih sah. 
– Memiliki punca kewangan yang mencukupi dengan had minima kewangan adalah RM5,000. 
– Memiliki pengkhususan kerja berkaitan bidang pembinaan.
CARA MEMOHON SKIM BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI
Sila pastikan anda telah membaca dan memahami SYARAT-SYARAT PERMOHONAN yang telah ditetapkan sebelum mengisi borang dan mengemukakan permohonan.
TIADA sebarang bayaran yang dikenakan semasa mengemukakan permohonan.
Pihak Kementerian TIDAK pernah membuka mana-mana Pejabat atau Cawangan Daerah atau Negeri bagi menguruskan Skim Pinjaman Perumahan SPP ini.
Borang permohonan adalah PERCUMA dan ianya tidak boleh dijual beli atau dibuat salinan. Pemohon perlu mengemukakan permohonan menggunakan BORANG YANG ASAL SAHAJA yang boleh didapati di Jabatan Perumahan Negara, Putrajaya, Pejabat Wakil Rakyat, Pejabat Daerah/ Tanah yang terdekat, atau memuat turun borang daripada portal JPN di pautan http://ehome.kpkt.gov.my/.
Permohon boleh mengemukakan permohonan dengan menghantar Borang Permohonan SPP secara terus kepada Jabatan Perumahan Negara seperti di alamat yang tertera di muka hadapan borang.
Skim SPP ini menawarkan pinjaman bagi membiayai pembinaan perumahan dan pemohon perlu MELANTIK kontraktor bagi menguruskan pembinaan.
Pemohon perlu memilih Pelan Rumah dalam Borang ini dan dikemukakan kepada Syarikat Berdaftar/Kontraktor yang menawarkan kerja pembinaan bagi tujuan rundingan kos keseluruhan pembinaan rumah mengikut Pelan Rumah yang dipilih. Pemohon perlu mendapatkan kontraktor tempatan yang menawarkan kos pembinaan tidak melebihi nilai pinjaman yang dipohon.
BORANG-BANTUAN-BINA-RUMAH-ATAS-TANAH-SENDIRI

PANDUAN ISI BORANG MEMOHON BANTUAN BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI
Semua maklumat yang perlu diisi dalam Borang Permohonan Pinjaman hendaklah ditulis dengan terang menggunakan HURUF BESAR.
Pemohon juga perlu memastikan semua butiran dalam borang diisikan dengan lengkap. Sila potong mana-mana yang tidak berkenaan. Permohonan yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan ditolak.
Hanya satu (1) set borang permohonan sahaja yang perlu dikemukakan kepada Jabatan Perumahan Negara seperti alamat yang tertera di muka hadapan.
Pemohon WAJIB mengemukakan Lampiran Dokumen-Dokumen Sokongan yang diperlukan berdasarkan SENARAI SEMAK PINJAMAN yang disediakan di muka belakang borang. Lampiran yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan tidak akan diproses.
RUJUKAN
Sekiranya memerlukan penerangan lanjut, sila rujuk portal JPN di alamat: http://ehome.kpkt.gov.my/ atau berhubung dengan pegawai Bahagian Pembiayaan Perumahan, Jabatan Perumahan Negara di talian 03-88914049 / 4007/ 4033/ 4032.
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan
Baca Juga :  Permohonan Bantuan Ibu Bersalin RM450 Tahun 2022 | Semak Syarat Kelayakan
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Bantuan Khas Kewangan 2025
Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas
Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus
BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia
Daging Goreng Ala Thai: Resepi Sedap dan Mudah untuk Pencinta Masakan Penuh Rasa
Tolong Adik Beradik atau Sedekah Pada Orang Lain – Ustaz Azhar Idrus
Resepi Claypot Chicken Rice ala Che Nom
Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus
Berita ini 0 kali dibaca

Berita Terkait

Wednesday, 5 February 2025 - 11:51

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 February 2025 - 09:00

Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus

Wednesday, 5 February 2025 - 09:00

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Tuesday, 4 February 2025 - 10:15

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 February 2025 - 09:00

Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15