Untuk video masak kali ini, Che Nom nak sediakan menu goreng-goreng yang ringkas tapi sedap, iaitu Nasi Goreng Kerabu yang pedas, dan wangi sangat dari hasil ramuan herba segar yg kita masukkan.
Bagi Che Nom perlu ada 3 bahan wajib ada kalau nak masak Nasi Goreng Kerabu yang sedap iaitu bunga kantan dan daun kesum yang biasa kita guna untuk masak asam pedas ataupun laksa, dan juga serai.. Kemudian baru boleh olah dengan tambah bahan-bahan lain.