Kali ni Che Nom nak masak hidangan yang mudah tapi sedap sangat. Menu yang wajib ada di pasar malam, iaitu kuetiau kerang goreng, atau char kue tiau kerang ala2 chinese style pun ada juga .Kerang rebus memang sedap sangat kalau kita goreng dengan kuey teow, dan rahsia kesedapan nya ialah, masakan ni perlu digoreng atas api yang besar, dan masak dengan cepat. Baru lah da rasa char tu. Satu lagi, kita perlu gunakan stok rebusan. Dalam video ni Che Nom guna stok rebusan kerang, boleh juga ganti dengan stok rebusan udang. Tabur pulak dengan sayur taugeh dan kuchai, memang pelengkap rasa.
Che Nom share juga di sini cara untuk buat cili jeruk yg mudah dan tahan lama. Cili jeruk yg masam, pedas dan rangup tu memang kombinasi yang terbaik untuk dihidangkan bersama kuetiau Kerang.