Resepi kali ni ialah mee udang. Tiba-tiba teringin nak makan mee udang Sg Dua, tapi jauh sangat kena lah buat sendiri. Bahan utama dalam kuah ialah udang yang direbus dan kisar halus, termasuk kisar kulit udang tuntuk air nya.
Untuk pekatkan kuah, kena guna 2 jenis ubi iaitu ubi keledek oren dan kentang. Tambah sedap pula dengan udang laut yang kita rebus sekejap je untuk dimakan bersama mee. Kalau dapat udang fresh, boleh lah cuba masak. Hidang pulak dengan bahan-bahan kondimen yang sedap dan menarik dari segi hidangan nya. Tengok pun dah membuka selera.
Rasa lemak manis udang tu kena sangat dengan kuah yang pedas, makan pula dengan perahan limau memang terbaik.