Mayat anak saudara dalam mesin basuh – Info

- Penulis

Saturday, 3 June 2023 - 03:59

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



PRINCE Grey Mondero mati dan disumbat dalam mesin basuh. FOTO Agensi
Manila: Kanak-kanak lelaki Filipina ditemukan maut di dalam mesin basuh di rumahnya selepas dipercayai didera bapa saudaranya.
Prince Grey Mondero, 4, sebelum ini dilaporkan hilang selepas bermain dengan sepupunya di rumah mereka di sini, petang Jumaat lalu.
Bapa saudaranya, Patrick Sucgang yang ditugaskan mengawasi kanak-kanak itu mendakwa tidak mengetahui di mana anak saudaranya itu berada sebelum keluarga membuat laporan polis.
Namun, ibu Sucgang terhidu bau busuk dari bilik Sucgang dua hari selepas kehilangan Mondero.
Wanita itu mengesan bau itu datang dari mesin basuh yang sudah tidak digunakan dan ditutup dengan kain serta susunan buku di atasnya.
Dia menemukan mayat kanak-kanak itu disumbat dalam mesin berkenaan.
Polis kemudian menyoal siasat Sucgang yang didakwa membunuh di bawah Akta Antipenderaan dan Eksploitasi Kanak-kanak.
Namun, disebabkan usianya, prosiding undang-undang terpaksa digantung sehingga umurnya mencapai 18 tahun.
Remaja itu dihantar ke Pejabat Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Bandar.
Ketua Polis Las Pinas, Jaime Santos berkata, hasil siasatan mendapati suspek gemar menonton Dahmer, sebuah drama bersiri asing mengenai kisah pembunuhan bersiri dan kesalahan seksual.
“Dia yang diserahkan ibunya mengaku melakukan perbuatan itu,” katanya.
Sucgang dikatakan seorang peminat pembunuh bersiri Amerika, Jeffrey Dahmer yang pernah membunuh dan mengerat 17 mangsa lelaki antara 1978 hingga 1991.
Sebelum itu, polis menerima laporan dan satu gambar yang dihantar seorang individu.
Gambar yang didakwa dirakam pada hari kanak-kanak itu dilaporkan hilang sebenarnya dihantar Sucgang dalam platform sembang kumpulan.
Gambar itu menunjukkan kanak-kanak itu tidak sedarkan diri dan diletakkan di dalam baldi.
Sucgang turut mengeluarkan kenyataan kesalnya dalam sebuah mesej yang dipadamkannya selepas itu.
Sucgang turut mengeluarkan kenyataan kesalnya dalam sebuah mesej yang dipadamkannya selepas itu.
“Saya sudah melakukan sesuatu yang amat saya kesali dan saya perlu buat yang terbaik untuk menebusnya.
“Saya perlu menerima akibatnya,” katanya.
Datuk kepada kanak-kanak itu, mahu Sucgang dihukum kerana perbuatannya.
Sumber : Harian Metro
Baca Juga :  " Kalau Mula Berenang Sejak Bayi, Prestasi Lebih Baik Dalam Matematik & Sains". Elfira Teruja Anak Masuk Kelas Renang
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

[VIDEO] ‘Mencari Ketenangan & Kebahagiaan Adalah Dengan Solat’ – Tular Semula Video Kisah Penghijrahan Jojo One Nation Emcees
Suami isteri meninggal dalam kemalangan, keluarga mohon doa buat 2 anak mangsa cedera
Pengunjung tersekat di tengah gelongsor kaca, netizen seram lihat staf meniti beri bantuan
Wanita Gemar ‘Membawang’? Nora Danish Pesan Banyakkan Bersedekah & Bertaubat – ‘Nabi Pesan Supaya Tak Muflis Akhirat’
Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor
“Tak Sangka Seumur Hidup Dapat Pakai Kereta Baru”, Ayah Sebak, Anak Hadiahkan Proton X50
Main skuter di persimpangan, budak tiga tahun maut dirempuh pacuan empat roda
‘Uncle’ Cina amalkan surah Yasin, rahsia masih sihat pada usia 71 tahun
Berita ini 1 kali dibaca

Berita Terkait

Sunday, 2 February 2025 - 18:01

[VIDEO] ‘Mencari Ketenangan & Kebahagiaan Adalah Dengan Solat’ – Tular Semula Video Kisah Penghijrahan Jojo One Nation Emcees

Sunday, 2 February 2025 - 13:15

Suami isteri meninggal dalam kemalangan, keluarga mohon doa buat 2 anak mangsa cedera

Saturday, 1 February 2025 - 11:07

Pengunjung tersekat di tengah gelongsor kaca, netizen seram lihat staf meniti beri bantuan

Friday, 31 January 2025 - 10:22

Wanita Gemar ‘Membawang’? Nora Danish Pesan Banyakkan Bersedekah & Bertaubat – ‘Nabi Pesan Supaya Tak Muflis Akhirat’

Thursday, 7 December 2023 - 10:27

Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15