Buat peminat masakan berasakan mee dan berkuah, juga kepada viewers yg sukakan menu ringkas, cepat dan mudah disediakan…jom ikut cara Che Nom sediakan Mee Hailam yg sangat sedap rasanya.Ciri-ciri utama mee hailam ialah kuahnya mesti banyak, atau banjir kata orang. Warna kuahnya juga gelap dan sedikit pekat, serta meriah dengan isi ayam, seafood dan pelbagai jenis sayur-sayuran.
Bahan untuk mee yang dicelur:
air secukupnya
1 pek /450g mee kuning
Bahan-bahan untuk kuah mee hailam:
sedikit minyak, untuk menumis
2 ulas bawang putih
1 biji bawang merah kecil
1 sudu besar cili kisar
1 ketul isi ayam, hiris kecil
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
1/2 batang karot
batang sayur sawi
2 keping fishcake
3 cawan air (anggaran)
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
4-5 ekor udang besar
kicap manis secukupnya, sehingga warna kuah jadi gelap