Cuti-Cuti Cikgu ‘hadiah’ untuk guru rehatkan minda – Info Malaysia

- Penulis

Tuesday, 16 May 2023 - 07:23

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



MELAKA: Peluang guru merehatkan minda melalui Program Cuti-cuti Cikgu Mampu Milik adalah antara 10 prakarsa atau inisiatif yang diumumkan Kementerian Pendidikan (KPM) semalam, dalam usaha memperkasakan lagi aspek kebajikan golongan pendidik di negara ini.
Ia terkandung dalam penambahbaikan Standard Guru Malaysia 2.0 dan program itu akan dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik dengan menyediakan pakej percutian istimewa kepada guru.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata langkah itu sebagai usaha untuk memberi semangat baharu kepada guru, sekali gus dianggap hadiah kepada golongan itu sempena sambutan Hari Guru tahun ini.
Beliau berkata, sembilan prakarsa lain untuk guru di seluruh negara ialah penambahbaikan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 5/2002 berhubung Lawatan Sekolah Pada Hari Persekolahan, diikuti peluasan Sekolah Komprehensif K9 dengan pertambahan 10 sekolah lagi bagi mengatasi isu keciciran murid khususnya di kawasan pedalaman dan Orang Asli.
Katanya, Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) juga akan diperluaskan ke Sabah.
“Prakarsa lain ialah KPM bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) akan terus memperkasa pengurusan pengambilan pegawai perkhidmatan pendidikan, diikuti kebenaran dan kelonggaran pemakaian baju korporat rasmi KPM sewaktu bertugas serta pemansuhan kutipan sumbangan Hari Guru,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan Kali Ke-52 yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, KPM juga akan mempertingkatkan peranan kumpulan Guru Insani Malaysia dan Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO) bagi melonjakkan lagi profesionalisme guru, selain menjaga kebajikan guru.
Katanya, bagi prakarsa terakhir adalah bagi membantu mengurangkan kos sara hidup, merancakkan ekonomi negara dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Sumber – Berita Harian Online
Baca Juga :  Bell Ngasri dinobat Bintang Paling Popular, ini senarai pemenang ABPBH 35
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

[VIDEO] ‘Mencari Ketenangan & Kebahagiaan Adalah Dengan Solat’ – Tular Semula Video Kisah Penghijrahan Jojo One Nation Emcees
Suami isteri meninggal dalam kemalangan, keluarga mohon doa buat 2 anak mangsa cedera
Pengunjung tersekat di tengah gelongsor kaca, netizen seram lihat staf meniti beri bantuan
Wanita Gemar ‘Membawang’? Nora Danish Pesan Banyakkan Bersedekah & Bertaubat – ‘Nabi Pesan Supaya Tak Muflis Akhirat’
Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor
“Tak Sangka Seumur Hidup Dapat Pakai Kereta Baru”, Ayah Sebak, Anak Hadiahkan Proton X50
Main skuter di persimpangan, budak tiga tahun maut dirempuh pacuan empat roda
‘Uncle’ Cina amalkan surah Yasin, rahsia masih sihat pada usia 71 tahun
Berita ini 1 kali dibaca

Berita Terkait

Sunday, 2 February 2025 - 18:01

[VIDEO] ‘Mencari Ketenangan & Kebahagiaan Adalah Dengan Solat’ – Tular Semula Video Kisah Penghijrahan Jojo One Nation Emcees

Sunday, 2 February 2025 - 13:15

Suami isteri meninggal dalam kemalangan, keluarga mohon doa buat 2 anak mangsa cedera

Saturday, 1 February 2025 - 11:07

Pengunjung tersekat di tengah gelongsor kaca, netizen seram lihat staf meniti beri bantuan

Friday, 31 January 2025 - 10:22

Wanita Gemar ‘Membawang’? Nora Danish Pesan Banyakkan Bersedekah & Bertaubat – ‘Nabi Pesan Supaya Tak Muflis Akhirat’

Thursday, 7 December 2023 - 10:27

Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15