Lelaki maut, bakal tunang parah nahas kenderaan bertembung | Info Malaysia

- Penulis

Sunday, 14 May 2023 - 06:30

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Kereta Proton Wira yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 105, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan. – Foto NSTP/Rosli Ilham

KEMAMAN: Seorang lelaki maut manakala bakal tunangnya parah selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 105, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Terminal Minyak Mentah (TCOT), dekat Kerteh, malam tadi.
Dalam kemalangan kira-kira jam 11 malam, Muhammad Alif Hafizzudin Samsul, yang beralamat di Kampung Bukit Kuang Kemaman, maut di tempat kejadian.
Bakal tunang mangsa, berusia 20-an dan berasal dari Kampung Seberang Pintasan Dungun cedera parah dan dihantar ke Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, berkata ketika kejadian, kedua-dua mangsa menaiki kereta jenis Proton Wira dari arah Kerteh menghala ke Dungun.
Menurutnya, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila sebuah kenderaan pelbagai guna, MPV jenis Mazda dari arah Dungun ke Kemaman dipercayai hilang kawalan sebelum melepasi pembahagi jalan.
“MPV terbabit kemudiannya memasuki laluan kanan jalan dan keadaan itu menyebabkan kereta yang dipandu
mangsa gagal mengelak lalu bertembung dengan MPV terbabit.
“Pertembungan kuat itu menyebabkan kereta Proton Wira yang dipandu mangsa remuk dan terbalik,” katanya.
Hanyan berkata, ketika kejadian, mangsa dikatakan dalam perjalanan menghantar tunangnya pulang ke Dungun selepas membeli cincin pertunangan mereka di Kemaman.
“Sepasukan anggota Bomba dari Balai Bomba Dan Penyelamat Kerteh dipanggil dan pasukan mengambil masa 30 minit bagi mengeluarkan mangsa tersepit.
“Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan disahkan meninggal oleh pegawai perubatan di tempat kejadian,” katanya.
Katanya, wanita terbabit yang parah di bahagian muka dan kepala kemudiannya, dibawa dengan ambulans ke Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut.
“Mayat mangsa dibawa ke Bilik Forensik, Hospital Kemaman untuk siasatan lanjut sebelum diserahkan kepada ahli keluarganya untuk urusan pengkebumian
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Sumber : Berita Harian Online
Baca Juga :  Suami isteri maut, dua parah kereta terbabas - Info Malaysia
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

[VIDEO] ‘Mencari Ketenangan & Kebahagiaan Adalah Dengan Solat’ – Tular Semula Video Kisah Penghijrahan Jojo One Nation Emcees
Suami isteri meninggal dalam kemalangan, keluarga mohon doa buat 2 anak mangsa cedera
Pengunjung tersekat di tengah gelongsor kaca, netizen seram lihat staf meniti beri bantuan
Wanita Gemar ‘Membawang’? Nora Danish Pesan Banyakkan Bersedekah & Bertaubat – ‘Nabi Pesan Supaya Tak Muflis Akhirat’
Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor
“Tak Sangka Seumur Hidup Dapat Pakai Kereta Baru”, Ayah Sebak, Anak Hadiahkan Proton X50
Main skuter di persimpangan, budak tiga tahun maut dirempuh pacuan empat roda
‘Uncle’ Cina amalkan surah Yasin, rahsia masih sihat pada usia 71 tahun
Berita ini 1 kali dibaca

Berita Terkait

Sunday, 2 February 2025 - 18:01

[VIDEO] ‘Mencari Ketenangan & Kebahagiaan Adalah Dengan Solat’ – Tular Semula Video Kisah Penghijrahan Jojo One Nation Emcees

Sunday, 2 February 2025 - 13:15

Suami isteri meninggal dalam kemalangan, keluarga mohon doa buat 2 anak mangsa cedera

Saturday, 1 February 2025 - 11:07

Pengunjung tersekat di tengah gelongsor kaca, netizen seram lihat staf meniti beri bantuan

Friday, 31 January 2025 - 10:22

Wanita Gemar ‘Membawang’? Nora Danish Pesan Banyakkan Bersedekah & Bertaubat – ‘Nabi Pesan Supaya Tak Muflis Akhirat’

Thursday, 7 December 2023 - 10:27

Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15