Remaja Bangladesh terperangkap dalam kontena, mati lemas | Info Malaysia

- Penulis

Monday, 1 May 2023 - 03:30

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bersama Ratul Islam Fahim pada 21 Februari lalu sebelum remaja itu pulang ke Bangladesh. – Foto Twitter Saifuddin Nasution
CHITTAGONG: Remaja lelaki warga Bangladesh yang dihantar pulang Februari lalu oleh Kerajaan Malaysia selepas ditemui dalam sebuah kontena di Pelabuhan Klang, meninggal dunia.
Mengikut laporan Bdnews24.Com hari ini, yang memetik kenyataan polis tempatan, Ratul Islam Fahim, lemas ketika mandi seorang diri di kolam berhampiran rumahnya di Monohargonj di daerah Cumilla semalam.
Bapanya Faruk Mia memberitahu polis anak sulungnya daripada tiga adik beradik lelaki menghidap masalah mental, selain tidak tahu berenang.
Menurut Faruk Mia yang bekerja sebagai buruh, Ratul Islam sedang mandi seorang diri kerana semua orang berada di sawah untuk menuai padi.
“Saya sangat sedih,” katanya.
Memetik laporan sama, Ratul Islam dikebumikan tanpa pemeriksaan bedah siasat selepas keluarganya mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan.
Polis tempatan dilaporkan berjanji menjalankan siasatan menyeluruh kejadian itu.
Sebelum ini, kisah remaja berusia 16 tahun itu menarik perhatian media antarabangsa selepas ditemui dalam sebuah kontena selama enam hari tanpa makanan dan minuman.
Ratul Islam ditemui dalam kontena di sebuah dermaga di Pelabuhan Klang pada 17 Januari lalu.
Dia memberitahu pihak berkuasa, dia bermain dalam kontena berkenaan dengan rakannya di Chittagong, sehingga menyedari dirinya terkunci di dalam.
Remaja itu mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang, sebelum ditempatkan sementara di bawah jagaan Yayasan Chow Kit.
Dia kemudiannya dihantar pulang pada 22 Februari lalu selepas Kementerian Dalam Negeri mengatur untuk mendapatkan dokumennya daripada Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Malaysia. – AGENSI
Sumber :  Berita Harian Online
Baca Juga :  Rindu Suara Isteri Memanggil ‘Abang’, 18 Tahun Suami Setia Jaga Isteri Koma!
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

[VIDEO] ‘Mencari Ketenangan & Kebahagiaan Adalah Dengan Solat’ – Tular Semula Video Kisah Penghijrahan Jojo One Nation Emcees
Suami isteri meninggal dalam kemalangan, keluarga mohon doa buat 2 anak mangsa cedera
Pengunjung tersekat di tengah gelongsor kaca, netizen seram lihat staf meniti beri bantuan
Wanita Gemar ‘Membawang’? Nora Danish Pesan Banyakkan Bersedekah & Bertaubat – ‘Nabi Pesan Supaya Tak Muflis Akhirat’
Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor
“Tak Sangka Seumur Hidup Dapat Pakai Kereta Baru”, Ayah Sebak, Anak Hadiahkan Proton X50
Main skuter di persimpangan, budak tiga tahun maut dirempuh pacuan empat roda
‘Uncle’ Cina amalkan surah Yasin, rahsia masih sihat pada usia 71 tahun
Berita ini 1 kali dibaca

Berita Terkait

Sunday, 2 February 2025 - 18:01

[VIDEO] ‘Mencari Ketenangan & Kebahagiaan Adalah Dengan Solat’ – Tular Semula Video Kisah Penghijrahan Jojo One Nation Emcees

Sunday, 2 February 2025 - 13:15

Suami isteri meninggal dalam kemalangan, keluarga mohon doa buat 2 anak mangsa cedera

Saturday, 1 February 2025 - 11:07

Pengunjung tersekat di tengah gelongsor kaca, netizen seram lihat staf meniti beri bantuan

Friday, 31 January 2025 - 10:22

Wanita Gemar ‘Membawang’? Nora Danish Pesan Banyakkan Bersedekah & Bertaubat – ‘Nabi Pesan Supaya Tak Muflis Akhirat’

Thursday, 7 December 2023 - 10:27

Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15

RESEPI BARU

Resepi Claypot Chicken Rice ala Che Nom

Tuesday, 4 Feb 2025 - 09:00