Bapaku kreatif! Lelaki ini lega bayinya percaya ‘susu ibu olok-olok’ rekaannya, kalau anak nangis terus pakai baju khas

- Penulis

Sunday, 11 December 2022 - 07:07

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



KASIH seorang bapa terhadap zuriatnya tidak ada penghujung.
Dalam memastikan keselesaan anak terutama yang kuat meragam, seorang individu bergelar bapa pasti akan memikirkan cara terbaik untuk mengatasi masalah ini.
Begitu juga dengan Shahrul Hafizi, 24, yang memerah otak mencari kaedah alternatif untuk menyusukan bayinya ketika si isteri sedang letih berpantang.

Dalam satu video tular di TikTok, Shah menggunakan baju T yang ditebuk lubang untuk meletakkan puting botol susu melalui lubang tersebut.
“Masa tu anak saya baru umur dua minggu dan selama ni dia biasa menyusu dengan ibu dia.
“Tapi bila isteri saya penat sebab berpantang, anak saya menangis sebab tak dapat menyusu dengan emaknya.
“Dia tak nak minum guna botol. Mungkin tak biasa lagi. Sebab itu tiba-tiba timbul idea macam ni,” kata Shah yang merupakan seorang pencipta kandungan di YouTube.
Ternyata buah fikiran yang tercetus itu mendatangkan hasil dan bayi comel itu percaya dia sedang menyusu badan dengan ibunya.
“Saya cuba dengan cara macam itu, koyakkan sikit baju, keluarkan botol susu ikut lubang supaya bayi rasa macam tengah menyusu dengan ibu.


“Teknik itu berjaya dan dia tak menangis. Tapi lama-lama dia sedar juga itu bukan susu ibu yang sebenar. Jadi kita kena tenangkan dia, pujuk dan bawa jalan-jalan.
“Lepas tu sambung balik menyusu guna teknik tu. Saya ulang-ulang, menyusu, rehat, menyusu, rehat sampai akhirnya ibu dia free nak menyusu sendiri,” cerita Shah.
Menurut Shah, dia merasakan tekniknya itu berjaya kerana ia mampu meniru postur ataupun posisi anak ketika sedang menyusu badan.


Baju yang telah diubah suai oleh Shah untuk menyusu anaknya.
Tambah Shah lagi, idea itu muncul spontan pada hari kejadian tetapi merupakan inspirasi daripada satu video di YouTube yang dilihat beberapa tahun lalu.
“Isteri saya yang rakam sebab dia suka idea saya tu. Saya pun saja-saja upload dekat TikTok, tak sangka boleh viral pula.
“Idea tu saya dapat lepas saya tengok video dekat YouTube, mat salih punya channel. Dah lama dah, beberapa tahun lalu, jadi berguna sekarang.
“Tapi mereka guna bahan lain, macam saya guna baju, tapi konsepnya masih sama. Nak bagi anak tu rasa macam tengah menyusu dengan ibunya,” ujar Shah.
Kini, baju putih yang mempunyai lubang itu telah menjadi baju khas yang akan dipakai ketika hendak menyusu anak.


Idea itu diinspirasikan dari satu video yang dilihat di YouTube.
Baru menimang cahaya mata pertama, Shah mengakui masih kurang pengalaman sebagai seorang bapa tetapi bertekad memberikan yang terbaik untuk anaknya.
“Anak saya tiap-tiap malam menangis. Risau juga takut ada sakit apa-apa. Tapi bila saya buat research, rupanya sebab dia nak menyusu.
“Itu yang saya fikirkan helah ini. Kita sebagai bapa ni akan buat apa sahaja untuk bagi anak tak menangis.
“Keep exploring, itu nasihat saya kepada bapa di luar sana. Struggle sebenarnya kehidupan sebagai seorang ayah ni.
“Susah macam mana pun, semua akan tetap dikorbankan demi yang terbaik untuk anak,” ujar Shah mengakhiri bicara.
Sumber : Mstar
Baca Juga :  Tak sempat lihat wajah anak, wanita minta edit gambar bersama suami cetus sebak
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

[VIDEO] ‘Mencari Ketenangan & Kebahagiaan Adalah Dengan Solat’ – Tular Semula Video Kisah Penghijrahan Jojo One Nation Emcees
Suami isteri meninggal dalam kemalangan, keluarga mohon doa buat 2 anak mangsa cedera
Pengunjung tersekat di tengah gelongsor kaca, netizen seram lihat staf meniti beri bantuan
Wanita Gemar ‘Membawang’? Nora Danish Pesan Banyakkan Bersedekah & Bertaubat – ‘Nabi Pesan Supaya Tak Muflis Akhirat’
Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor
“Tak Sangka Seumur Hidup Dapat Pakai Kereta Baru”, Ayah Sebak, Anak Hadiahkan Proton X50
Main skuter di persimpangan, budak tiga tahun maut dirempuh pacuan empat roda
‘Uncle’ Cina amalkan surah Yasin, rahsia masih sihat pada usia 71 tahun
Berita ini 7 kali dibaca

Berita Terkait

Sunday, 2 February 2025 - 18:01

[VIDEO] ‘Mencari Ketenangan & Kebahagiaan Adalah Dengan Solat’ – Tular Semula Video Kisah Penghijrahan Jojo One Nation Emcees

Sunday, 2 February 2025 - 13:15

Suami isteri meninggal dalam kemalangan, keluarga mohon doa buat 2 anak mangsa cedera

Saturday, 1 February 2025 - 11:07

Pengunjung tersekat di tengah gelongsor kaca, netizen seram lihat staf meniti beri bantuan

Friday, 31 January 2025 - 10:22

Wanita Gemar ‘Membawang’? Nora Danish Pesan Banyakkan Bersedekah & Bertaubat – ‘Nabi Pesan Supaya Tak Muflis Akhirat’

Thursday, 7 December 2023 - 10:27

Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15