Rajin, manis pula tu! Pemuda kacak rancak cari rezeki di pasar malam, terkejut mak buat ‘spot check’… doa ibu segalanya

- Penulis

Sunday, 4 December 2022 - 04:04

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



KEGIGIHAN anak-anak berusaha mencari rezeki pastinya membuatkan ibu bapa terharu.
Ibu bapa pula seharusnya memainkan peranan penting dalam memberi sokongan dan semangat kepada anak-anak dalam apa jua bidang.
Begitulah yang dilakukan oleh seorang ibu yang membuat kejutan ketika anak lelakinya sedang berniaga di sebuah pasar malam.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok milik Norlina Alawi, kelihatan anaknya tekun membungkus makanan dengan beberapa pelanggan sedang menunggu di hadapan gerai.

Lihat siaran ini di Instagram

Siaran dikongsi oleh mStar (@mstaronlineofficial)

Tidak dinyatakan lokasi pasar malam, keadaan cuaca mendung kemungkinan baru selesai hujan apabila pelanggan yang berlegar-legar datang membawa payung.

Bagaimanapun, gerainya tetap masih mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai yang sedia beratur untuk membeli beraneka juadah.

 Menurut ibunya, anak lelakinya yang menjual masakan Kelantan itu bercita-cita untuk bergelar usahawan berjaya.

“Petang ni prank anak bujang mama, Syazwan sedang berniaga di pasar malam.

” Syabas sayang kerana gigih bekerja sebagai peniaga makanan menu Kelantan. Semoga Wan terus berjaya dalam mengejar cita-cita dan menjadi ahli perniagaan makanan yang berjaya dan cemerlang, amin.

“Mama tetap berteguh dibelakang Wan. Sokong apa yang anak-anak suka” tulis si ibu pada video tersebut.

Dalam rakaman video tersebut, si ibu cuba menghampiri sehingga berjaya berdiri di tepi anaknya namun masih lagi tidak disedari kehadirannya.



Tekun mengambil nasi untuk dibungkus, reaksi Syazwan terkejut sebaik melihat ibunya sendiri datang ke gerai bagi menyokong perniagaannya.

Kesungguhan pemuda itu bekerja mencari rezeki dengan titik peluh sendiri itu turut menyentuh hati netizen.
Menerusi ruangan komen, hubungan anak beranak ini menjadi bualan netizen kerana ibunya menunjukkan teladan yang baik dengan memberi sokongan kepada anak-anak.


Komen netizen di TikTok
“Rajin…manis pula tu. Semoga berjaya dunia akhirat. Teruskan usaha dalam bisnes. Insyaallah banyak keberkatannya.
” Muka dia pun dah macam muka penarik rezeki. Muka tenang. Semoga terus berjaya bro. Doa ibu adalah segalanya.
“Manis senyum. Berseri wajah anak bila nampak muka ibu biarpun terkejut.
“Handsomenya anak mama, eh anak makcik. Rajin. Moga berjaya dalam perniagaan, “seloroh seorang netizen dipercayai bergurau.
Untuk rekod, video dikongsikan Norlina meraih lebih 200,000 jumlah tontonan setelah disiarkan.


Sumber: mStar
Baca Juga :  Kakak direman enam hari, tiada ahli keluarga hadir di mahkamah
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

[VIDEO] ‘Mencari Ketenangan & Kebahagiaan Adalah Dengan Solat’ – Tular Semula Video Kisah Penghijrahan Jojo One Nation Emcees
Suami isteri meninggal dalam kemalangan, keluarga mohon doa buat 2 anak mangsa cedera
Pengunjung tersekat di tengah gelongsor kaca, netizen seram lihat staf meniti beri bantuan
Wanita Gemar ‘Membawang’? Nora Danish Pesan Banyakkan Bersedekah & Bertaubat – ‘Nabi Pesan Supaya Tak Muflis Akhirat’
Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor
“Tak Sangka Seumur Hidup Dapat Pakai Kereta Baru”, Ayah Sebak, Anak Hadiahkan Proton X50
Main skuter di persimpangan, budak tiga tahun maut dirempuh pacuan empat roda
‘Uncle’ Cina amalkan surah Yasin, rahsia masih sihat pada usia 71 tahun
Berita ini 0 kali dibaca

Berita Terkait

Sunday, 2 February 2025 - 18:01

[VIDEO] ‘Mencari Ketenangan & Kebahagiaan Adalah Dengan Solat’ – Tular Semula Video Kisah Penghijrahan Jojo One Nation Emcees

Sunday, 2 February 2025 - 13:15

Suami isteri meninggal dalam kemalangan, keluarga mohon doa buat 2 anak mangsa cedera

Saturday, 1 February 2025 - 11:07

Pengunjung tersekat di tengah gelongsor kaca, netizen seram lihat staf meniti beri bantuan

Friday, 31 January 2025 - 10:22

Wanita Gemar ‘Membawang’? Nora Danish Pesan Banyakkan Bersedekah & Bertaubat – ‘Nabi Pesan Supaya Tak Muflis Akhirat’

Thursday, 7 December 2023 - 10:27

Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15