Tragis! Bapa sedih & terkilan, gagal selamatkan anak jadi mangsa ‘ratah’ buaya

- Penulis

Friday, 2 December 2022 - 14:03

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Siapa sahaja tidak sedih apabila kehilangan orang tersayang dalam keadaan tragis terutama ia melibatkan zuriat tercinta berdepan dengan maut di depan mata. Itulah yang terpaksa dilalui oleh seorang bapa apabila hanya mampu melihat anaknya dibaham oleh seekor buaya.
Menerusi video tular di akaun Facebook pada hari ini, lelaki berkenaan bersama anaknya dipercayai sedang berkayak. Malangnya, mereka disambar oleh seekor buaya sewaktu berada di kawasan kejadian.


Difahamkan, ketika kejadian yang mencemaskan itu sedang berlaku, si bapa cuba bergelut dengan reptilia berkenaan untuk menyelamatkan anaknya daripada menjadi mangsa ‘ratah’ buaya.

Malangnya, dia tewas bertindak sedemikian, sebaliknya mengalami kesan gigitan buaya sehingga menampakkan warna merah isi dagingnya.




Selain itu, tular sebuah video memaparkan lelaki berkenaan sedang menangis meratapi nasib anaknya sambil bertinggung di gigi air tasik berkenaan sambil meluahkan sesuatu.

Baca Juga :  Berjodoh Dengan Jiran Sebelah Rumah, 'Mulut Masin' Tak Nak Orang Jauh
Bagaimanapun, soalan yang dilontarkan oleh perakam berkenaan telah membuatkan ramai berang kerana dilihat tidak mempunyai keperikemanusiaan atas nasib yang dialami oleh lelaki berkenaan.
“Siapa suruh kau lari tadi? Kan dah kena makan buaya,”ujarnya.

Kejadian berkenaan disahkan oleh pihak berkuasa menerusi hantaran dibuat di laman Facebook Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, di mana ia berlaku sekitar jam 10.25 minit pagi pada hari ini.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK), Asmori bin Dahhiarsyah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengatakan mangsa dibaham buaya di alamat Markas Operasi Pasukan Gerakan Marin, Lahad Datu, Sabah.
“Menurut saksi, terdapat 2 orang mangsa terlibat sedang menjalankan aktiviti mendayung perahu di kawasan laut telah disambar buaya.
“Seorang mangsa berjaya diselamatkan oleh orang awam, manakala seorang lagi masih belum dijumpai,”ujarnya.
Mangsa yang diselamatkan dilaporkan mengalami kecederaan parah telah dihantar ke hospital mengguna ambulans bagi mendapatkan rawatan selanjutnya. Sementara itu, pihak boleh menjalankan operasi mencari dan menyelamat (Surface) bersama agensi bantuan Polis Marin dengan menggunakan bot di kawasan kejadian.

Selain itu, salah seorang daripada netizen memberitahu mereka telah menemui buaya berkenaan.


Sumber: OhMyMedia 
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

[VIDEO] ‘Mencari Ketenangan & Kebahagiaan Adalah Dengan Solat’ – Tular Semula Video Kisah Penghijrahan Jojo One Nation Emcees
Suami isteri meninggal dalam kemalangan, keluarga mohon doa buat 2 anak mangsa cedera
Pengunjung tersekat di tengah gelongsor kaca, netizen seram lihat staf meniti beri bantuan
Wanita Gemar ‘Membawang’? Nora Danish Pesan Banyakkan Bersedekah & Bertaubat – ‘Nabi Pesan Supaya Tak Muflis Akhirat’
Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor
“Tak Sangka Seumur Hidup Dapat Pakai Kereta Baru”, Ayah Sebak, Anak Hadiahkan Proton X50
Main skuter di persimpangan, budak tiga tahun maut dirempuh pacuan empat roda
‘Uncle’ Cina amalkan surah Yasin, rahsia masih sihat pada usia 71 tahun
Berita ini 0 kali dibaca

Berita Terkait

Sunday, 2 February 2025 - 18:01

[VIDEO] ‘Mencari Ketenangan & Kebahagiaan Adalah Dengan Solat’ – Tular Semula Video Kisah Penghijrahan Jojo One Nation Emcees

Sunday, 2 February 2025 - 13:15

Suami isteri meninggal dalam kemalangan, keluarga mohon doa buat 2 anak mangsa cedera

Saturday, 1 February 2025 - 11:07

Pengunjung tersekat di tengah gelongsor kaca, netizen seram lihat staf meniti beri bantuan

Friday, 31 January 2025 - 10:22

Wanita Gemar ‘Membawang’? Nora Danish Pesan Banyakkan Bersedekah & Bertaubat – ‘Nabi Pesan Supaya Tak Muflis Akhirat’

Thursday, 7 December 2023 - 10:27

Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15

RESEPI BARU

Resepi Claypot Chicken Rice ala Che Nom

Tuesday, 4 Feb 2025 - 09:00