“Anak2 okey, cuma Yem nampak mak dia naik ambulans” -Bekas suami Nad Zainal

- Penulis

Wednesday, 23 November 2022 - 13:34

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Berita tentang keadaan terkini pelakon, Nad Zainal yang dikhabarkan sedang kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) sememangnya mengejutkan banyak pihak.
Difahamkan, pemilik nama Farah Nadia Zainal Abidin berada dalam keadaan lemah selepas mengalami jangkitan kuman di paru-paru.
Tak tahu Nad sakit, tapi nampak dia lemah
Menerusi laporan dari Gempak, bekas suami kepada Nad iaitu Muhammad Faliq Amiruddin memaklumkan yang sempat bertemu dengan pelakon tersebut sebelum mengetahui dia dikejarkan ke hospital.
Walaupun belum berkesempatan untuk melawat selebriti berkenaan di hospital, dia mengatakan yang Nad sekarang sedang ditidurkan untuk membetulkan pernafasannya.
“Saya dimaklumkan sekarang ini Nad dah ditidurkan atas beberapa faktor dan salah satunya nak bagi dia, perbaiki pernafasan dia. Buat masa ini, saya melawat lagi dia di hospital.
“Tapi sebelum ini, saya sempat la berjumpa dia sebelum dimasukkan ke hospital, which is di rumah dia. Waktu itu pun saya tengok dia dalam keadaan lemah.
“Awalnya, saya tak tahu dia sakit apa sebab dia hanya beritahu ada gastrik saja dan dah pergi klinik. Waktu itu yang saya datang melawat. Malam itu juga digegaskan ke hospital dengan ambulan,” katanya.

Anak sulung seakan memahami

Ujarnya, ketika ini anak-anak mereka iaitu Ibrahim dan Khalsom telah dijaga oleh pembantu peribadi Nad dan dia ada bertemu mereka.
Menurut Faliq, anak sulungnya itu seolah memahami apa yang berlaku walaupun tidak begitu pasti dengan keadaan tersebut memandangkan melihat ibunya dibawa menaiki ambulans.
“Anak-anak okay, buat masa ini dibawah penjaga. Tapi saya ada juga melawat Yem dan Som. Walaupun kami tidak duduk serumah, tapi saya tetap akan pastikan mereka dalam keadan baik.
“Mereka pun tak berapa faham sangat… cuma Yem la ada rasa-rasa sebab dia nampak mak dia masuk ambulans,” ujarnya.

Lihat siaran ini di Instagram

Siaran dikongsi oleh NANAD (@nad.zainal)

 Nad Zainal kritikal

Pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu sebelum ini dimaklumkan sedang berada dalam keadaan kritikal apabila pelakon, Ungku Ismail memuat naik Insta Story memohon orang ramai mendoakan kesihatan pelakon itu.



Semoga bekas isteri kuat demi anak2

Bekas suami kepada Nad Zainal turut berkongsi berita yang sama dengan berharap supaya pelakon berkenaan kuat dan kembali sihat seperti sedia kala.



“Awak kuat. Saya tahu”




Sumber: OhMyMedia 

Baca Juga :  Meninggal selepas 35 hari dilahirkan, pasangan ini hias kubur anak bertemakan Hello Kitty
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

[VIDEO] ‘Mencari Ketenangan & Kebahagiaan Adalah Dengan Solat’ – Tular Semula Video Kisah Penghijrahan Jojo One Nation Emcees
Suami isteri meninggal dalam kemalangan, keluarga mohon doa buat 2 anak mangsa cedera
Pengunjung tersekat di tengah gelongsor kaca, netizen seram lihat staf meniti beri bantuan
Wanita Gemar ‘Membawang’? Nora Danish Pesan Banyakkan Bersedekah & Bertaubat – ‘Nabi Pesan Supaya Tak Muflis Akhirat’
Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor
“Tak Sangka Seumur Hidup Dapat Pakai Kereta Baru”, Ayah Sebak, Anak Hadiahkan Proton X50
Main skuter di persimpangan, budak tiga tahun maut dirempuh pacuan empat roda
‘Uncle’ Cina amalkan surah Yasin, rahsia masih sihat pada usia 71 tahun
Berita ini 0 kali dibaca

Berita Terkait

Sunday, 2 February 2025 - 18:01

[VIDEO] ‘Mencari Ketenangan & Kebahagiaan Adalah Dengan Solat’ – Tular Semula Video Kisah Penghijrahan Jojo One Nation Emcees

Sunday, 2 February 2025 - 13:15

Suami isteri meninggal dalam kemalangan, keluarga mohon doa buat 2 anak mangsa cedera

Saturday, 1 February 2025 - 11:07

Pengunjung tersekat di tengah gelongsor kaca, netizen seram lihat staf meniti beri bantuan

Friday, 31 January 2025 - 10:22

Wanita Gemar ‘Membawang’? Nora Danish Pesan Banyakkan Bersedekah & Bertaubat – ‘Nabi Pesan Supaya Tak Muflis Akhirat’

Thursday, 7 December 2023 - 10:27

Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15