“Pembedahan besar pertama dilalui, saya akan ditidurkan..” – Zamani

- Penulis

Friday, 4 November 2022 - 06:03

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Penyanyi Zamani sudah bersedia untuk menjalani pembedahan bagi merawat penyakit skoliosis atau masalah tulang belakang melengkung yang dihadapinya sejak 2015 pada 7 November ini.
Menurut laporan BH Online, penyanyi berusia 51 tahun itu sudah melakukan persediaan terutama dari segi mental kerana membabitkan pembedahan besar.

Lihat siaran ini di Instagram

Siaran dikongsi oleh ZAMANI SLAM OFFICIAL (@zamanislam_official)

Zamani berkata, dia akan mengikut saran doktor bagi mengekalkan tahap kesihatan setelah selesai pembedahan sekitar tempoh dua jam setengah itu.

“Perasaan takut tetap ada, tetapi bukanlah disebabkan bimbang perkara buruk berlaku. Segala-galanya saya serahkan kepada ketentuan Allah.

“Saya agak takut kerana ini adalah pembedahan besar pertama yang dilalui. Saya dimaklumkan pembedahan akan mengambil masa selama dua setengah jam.

“Saya akan ditidurkan ketika pembedahan. Dari segi persiapan fizikal, saya mengikut saranan doktor mengamalkan diet dan mengambil banyak vitamin.

“Sebelum ini, saya hanya pernah melakukan pembedahan kecil membuang batu karang,” katanya memohon doa orang ramai agar urusan pembedahannya berjalan lancar.

 

Lihat siaran ini di Instagram

Siaran dikongsi oleh ZAMANI SLAM OFFICIAL (@zamanislam_official)

Zaman berkata demikian kepada media selepas majlis bacaan yasin dan doa selamat yang diadakan secara dalam talian baru-baru ini.

Malah penyanyi lagu Gerimis Mengundang itu memaklumkan, dia memerlukan tempoh rehat selama dua hingga enam minggu untuk kembali pulih dan bekerja seperti biasa. 

Lihat siaran ini di Instagram

Siaran dikongsi oleh ZAMANI SLAM OFFICIAL (@zamanislam_official)

“Sepanjang tempoh ini, saya perlu mendapatkan rawatan susulan dan menjalani latihan fisioterapi.

“Bagaimanapun, saya akan pulih hingga boleh kembali aktif mungkin memakan masa sehingga tiga bulan. Itupun bergantung pada kekuatan antibodi,” ujarnya.


Sumber: OhMyMedia 

Baca Juga :  Ajar qariah teknik pernafasan, peminat doa Datuk Syafinaz diberi pahala berganda
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

[VIDEO] ‘Mencari Ketenangan & Kebahagiaan Adalah Dengan Solat’ – Tular Semula Video Kisah Penghijrahan Jojo One Nation Emcees
Suami isteri meninggal dalam kemalangan, keluarga mohon doa buat 2 anak mangsa cedera
Pengunjung tersekat di tengah gelongsor kaca, netizen seram lihat staf meniti beri bantuan
Wanita Gemar ‘Membawang’? Nora Danish Pesan Banyakkan Bersedekah & Bertaubat – ‘Nabi Pesan Supaya Tak Muflis Akhirat’
Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor
“Tak Sangka Seumur Hidup Dapat Pakai Kereta Baru”, Ayah Sebak, Anak Hadiahkan Proton X50
Main skuter di persimpangan, budak tiga tahun maut dirempuh pacuan empat roda
‘Uncle’ Cina amalkan surah Yasin, rahsia masih sihat pada usia 71 tahun
Berita ini 0 kali dibaca

Berita Terkait

Sunday, 2 February 2025 - 18:01

[VIDEO] ‘Mencari Ketenangan & Kebahagiaan Adalah Dengan Solat’ – Tular Semula Video Kisah Penghijrahan Jojo One Nation Emcees

Sunday, 2 February 2025 - 13:15

Suami isteri meninggal dalam kemalangan, keluarga mohon doa buat 2 anak mangsa cedera

Saturday, 1 February 2025 - 11:07

Pengunjung tersekat di tengah gelongsor kaca, netizen seram lihat staf meniti beri bantuan

Friday, 31 January 2025 - 10:22

Wanita Gemar ‘Membawang’? Nora Danish Pesan Banyakkan Bersedekah & Bertaubat – ‘Nabi Pesan Supaya Tak Muflis Akhirat’

Thursday, 7 December 2023 - 10:27

Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15