[V] Selepas 63 tahun bercerai, pasangan warga emas nikah semula… Siap lumur kek pada muka – “Mengalahkan orang muda”

- Penulis

Sunday, 30 October 2022 - 09:20

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



AJAL maut, jodoh pertemuan semuanya di tangan tuhan.
Begitulah kisahnya mengenai pasangan warga emas ini yang pernah bercerai pada tahun 1959, namun kembali disatukan sebagai suami isteri pada 16 Oktober lalu.
Kisah unik mengenai pengantin lelaki, Mahmood Mamat, 84, dan pengantin perempuan, Fatimah Mohd Nor, 80, diceritakan oleh cucu mereka iaitu Cik Wawa sehingga ia tular di media sosial.

View this post on Instagram

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Cerita dia macam ni, anak tok ayah (pengantin lelaki) ni bergambar dengan tok mek (pengantin perempuan). Lepas tu dia tunjuk gambar tok mek dekat tok ayah.

“Tok ayah apa lagi, terus call ayah aku minta nombor tok mek. Dia cakap dia nak get back balik dengan tok mek. So tok ayah aku pun call la tok mek, cakap dia nak get back balik apa semua.

“Tok mek aku pun setuju la. So mereka pun jumpa la kat rumah ayah aku. Macam cinta pandang pertama gitu. Bukan main suka lagi weh, mengalahkan orang muda.

Mereka pernah berkahwin dan dapat seorang anak. Berpisah pun atas sebab tok ayah berhijrah ke Pahang dan tinggal la tok mek di Kelantan. CIK WAWA

“Lepas mereka jumpa, tok ayah terus ajak nikah. So kami pun uruskan barang nikah apa yang patut semua. Apabila nak tunggu settle barang nikah tu, hari-hari call tok mek, sampai dia marah tok mek sebab tak angkat call dia,” jelas Cik Wawa di TikTok.

Menurut Cik Wawa lagi, pasangan itu mempunyai seorang anak hasil perkahwinan mereka, namun terpaksa berpisah kerana datuknya yang perlu berhijrah ke Pahang.

“Mereka pernah berkahwin dan dapat seorang anak. Berpisah pun atas sebab tok ayah berhijrah ke Pahang dan tinggal la tok mek di Kelantan.

“Selepas 63 tahun, baru tahun ini mereka bertemu,” jelas Cik Wawa lagi selepas disoal netizen di laman TikTok.

Menurut seorang lagi pelayar TikTok dikenali sebagai Sofeaa, pasangan itu juga pernah berkahwin dengan orang lain selepas mereka bercerai pada tahun 1959.

“Tok ayah saya kahwin lain. Tok mek pun sama. Lepas tu pasangan masing-masing meninggal, dan tak lama tu mereka bertemu kembali,” ujar Sofeaa.



Pengantin bersama ahli keluarga.

Selain video ketika upacara akad nikah dalam persalinan rona putih, Cik Wawa turut berkongsi video sekitar majlis persandingan yang mana mempelai menggayakan baju songket biru.

Dalam video berasingan, pengantin perempuan yang tersenyum comel dilihat melumurkan kek perkahwinan pada wajah suaminya.

Rata-rata netizen turut menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan agar pasangan itu terus bersama sehingga ke akhir hayat.



Pasangan warga emas itu segak menggayakan songket rona biru.

“Pengantin lelaki tok guru silat saya. Selamat pengantin baharu Ayah Mud.

“MasyaAllah Alhamdulillah semoga atok dan nenek bahagia selalu, sihat sentiasa, murah rezeki Amin.



Perkongsian gadis ini mengenai datuk dan neneknya tular di TikTok.

“Nenek ni mesti jelitawan masa mudanya kan. Moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

“Masih sihat fizikal keduanya. Moga sihat-sihat selalu,” tulis beberapa netizen.

Sumber: mStar

Baca Juga :  Sebab Terlambat Seminit, Ayah Berusaha Pecut Kejar Bas Anak Ingin Balik Universiti
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

[VIDEO] ‘Mencari Ketenangan & Kebahagiaan Adalah Dengan Solat’ – Tular Semula Video Kisah Penghijrahan Jojo One Nation Emcees
Suami isteri meninggal dalam kemalangan, keluarga mohon doa buat 2 anak mangsa cedera
Pengunjung tersekat di tengah gelongsor kaca, netizen seram lihat staf meniti beri bantuan
Wanita Gemar ‘Membawang’? Nora Danish Pesan Banyakkan Bersedekah & Bertaubat – ‘Nabi Pesan Supaya Tak Muflis Akhirat’
Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor
“Tak Sangka Seumur Hidup Dapat Pakai Kereta Baru”, Ayah Sebak, Anak Hadiahkan Proton X50
Main skuter di persimpangan, budak tiga tahun maut dirempuh pacuan empat roda
‘Uncle’ Cina amalkan surah Yasin, rahsia masih sihat pada usia 71 tahun
Berita ini 3 kali dibaca

Berita Terkait

Sunday, 2 February 2025 - 18:01

[VIDEO] ‘Mencari Ketenangan & Kebahagiaan Adalah Dengan Solat’ – Tular Semula Video Kisah Penghijrahan Jojo One Nation Emcees

Sunday, 2 February 2025 - 13:15

Suami isteri meninggal dalam kemalangan, keluarga mohon doa buat 2 anak mangsa cedera

Saturday, 1 February 2025 - 11:07

Pengunjung tersekat di tengah gelongsor kaca, netizen seram lihat staf meniti beri bantuan

Friday, 31 January 2025 - 10:22

Wanita Gemar ‘Membawang’? Nora Danish Pesan Banyakkan Bersedekah & Bertaubat – ‘Nabi Pesan Supaya Tak Muflis Akhirat’

Thursday, 7 December 2023 - 10:27

Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15