Tak sedar sedang hamil, ibu ‘bayi ajaib’ akui masih terkejut & gementar

- Penulis

Friday, 28 October 2022 - 02:56

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Kisah ibu muda yang bersalin anak perempuan tanpa menyedari yang dirinya sedang hamil beberapa hari lalu sememangnya menggemparkan negara.
Tular lahirkan ‘bayi ajaib’
Mana tidaknya, wanita dikenali sebagai Nur Atikah Mustafa, 24 memaklumkan yang dia sememangnya mengambil pil perancang kehamilan dan mengalami haid pada setiap bulan.
Dia juga tidak mengalami sebarang alahan dan langsung tidak merasai pergerakan dalam rahimnya seperti kehamilan pertama.

Akui masih terkejut dan gementar
Menerusi Utusan Malaysia, ibu muda itu mengakui masih terkejut dan gementar dengan kejadian tempoh hari walaupun menzahirkan rasa syukur apabila menimang cahaya mata kedua tanpa disedari.
“Sepanjang sembilan bulan, saya tidak menyedari keha­diran janin di dalam rahim saya kerana tidak merasa sebarang pergerakan dan perut tidak membuncit seperti pengalaman mengandung dan melahirkan anak pertama.
Walaupun tidak membuat sebarang rawatan mahupun pemeriksaan di hospital seperti ibu berbadan dua, saya bersyu­kur melihat bayi berada dalam keadaan sihat dan sempurna. Syukur Allah SWT melindungi dan menjaga anak dalam kan­dungan ini sehingga lahir ke dunia,” kata suri rumah tersebut.

Beranikan diri sambut anak lahir di rumah
Dalam pada itu, suami kepada Nur Atikah, Amirul Azizan, 26 yang menjadi ‘bidan’ menyambut kelahiran anak kedua mereka turut menambah yang tangannya menggigil ketika melihat isterinya melahirkan anak di sofa ruang tamu rumah mereka namun memberanikan diri walaupun tidak mempunyai pengalaman lagi.
Saya tidak tahu langsung isteri mengandung kerana dia dalam keadaan seperti biasa malah perut pun tidak besar seperti ibu mengandung lain. Bayi seberat 3.7 kilogram berada dalam keadaan sihat dan sempurna.
“Kami sudah memberi nama kepada bayi yang dikatakan ‘ajaib itu’ dengan nama Raiqa Hanania,” kata.


Terdahulu, posting yang dibuat ibu muda itu tular di media sosial apabila menceritakan situasi panik dihadapai mereka suami isteri apabila tiba-tiba sahaja dia berasa sakit perut dan melahirkan anak tanpa menyangka yang dirinya hamil sebelum ini.
Sumber: Utusan Malaysia (Mohd Hafiz Abd Mutalib), OhMyMedia
Baca Juga :  Cuti-Cuti Cikgu 'hadiah' untuk guru rehatkan minda - Info Malaysia
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

[VIDEO] ‘Mencari Ketenangan & Kebahagiaan Adalah Dengan Solat’ – Tular Semula Video Kisah Penghijrahan Jojo One Nation Emcees
Suami isteri meninggal dalam kemalangan, keluarga mohon doa buat 2 anak mangsa cedera
Pengunjung tersekat di tengah gelongsor kaca, netizen seram lihat staf meniti beri bantuan
Wanita Gemar ‘Membawang’? Nora Danish Pesan Banyakkan Bersedekah & Bertaubat – ‘Nabi Pesan Supaya Tak Muflis Akhirat’
Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor
“Tak Sangka Seumur Hidup Dapat Pakai Kereta Baru”, Ayah Sebak, Anak Hadiahkan Proton X50
Main skuter di persimpangan, budak tiga tahun maut dirempuh pacuan empat roda
‘Uncle’ Cina amalkan surah Yasin, rahsia masih sihat pada usia 71 tahun
Berita ini 0 kali dibaca

Berita Terkait

Sunday, 2 February 2025 - 18:01

[VIDEO] ‘Mencari Ketenangan & Kebahagiaan Adalah Dengan Solat’ – Tular Semula Video Kisah Penghijrahan Jojo One Nation Emcees

Sunday, 2 February 2025 - 13:15

Suami isteri meninggal dalam kemalangan, keluarga mohon doa buat 2 anak mangsa cedera

Saturday, 1 February 2025 - 11:07

Pengunjung tersekat di tengah gelongsor kaca, netizen seram lihat staf meniti beri bantuan

Friday, 31 January 2025 - 10:22

Wanita Gemar ‘Membawang’? Nora Danish Pesan Banyakkan Bersedekah & Bertaubat – ‘Nabi Pesan Supaya Tak Muflis Akhirat’

Thursday, 7 December 2023 - 10:27

Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15