Home / Uncategorized

TERKINI BKM FASA 4 | Kemaskini Maklumat Bantuan Anda | Semak Sekarang

- Penulis

Thursday, 13 October 2022 - 03:21

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy





Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

Kerajaan komited membantu rakyat menerusi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan menyediakan peluang permohonan baharu dan kemaskini data pada Januari tahun depan.
Timbalan Menteri Kewangan, Mohd. Shahar Abdullah berkata, usaha itu bagi memastikan mereka yang layak dan tiada dalam pangkalan data kerajaan mempunyai peluang untuk memohon.
Bayaran BKM 4 Kali Setahun
Menurutnya, pembayaran BKM akan dilaksanakan empat kali setahun dan tarikh pembayaran yang pertama dijangka pada bulan Mac 2022.
Rujuk syarat kelayakan dan jumlah bayaran bantuan mengikut kategori yang akan diterima dalam infografik di bawah:


Infografik: BERNAMA
Tujuan Kemaskini BKM
Pembukaan skrin kemas kini maklumat Permohonan BKM 2022 adalah bagi membenarkan Permohonan BKM 2022 yang berstatus Lulus untuk membuat kemas kini maklumat asas terhad seperti maklumat berikut:
i. Nombor Telefon Rumah
ii. Nombor Telefon Bimbit
iii. Alamat e-Mel
iv. Nama dan Nombor Akaun Bank*
v. Maklumat Wakil
*Terhad kepada akaun bank pemohon sekiranya status bayaran BKM 2022 adalah Gagal Kredit atau Tunai sahaja


Tarikh Kemaskini Maklumat BKM
LHDN telah mengumumkan tarikh untuk para penerima Bantuan Keluarga Malaysia BKM membuat kemaskini. 
– Mulai 12 September 2022 sehingga 29 September 2022*.
– Mulai 10 Oktober 2022 sehingga 30 Oktober 2022*.
Kemaskini maklumat ini adalah bagi penerima yang mempunyai status lulus dan tidak membuat sebarang rayuan BKM.
Sila rujuk Soalan Lazim dalam lampiran di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut:
BKM-2022-FAQ-Kemas-Kini-Maklumat-Permohonan-BKM-2022
Panduan Permohonan Baharu & Kemaskini Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022)
Permohonan dan kemaskini maklumat boleh dibuat melalui laman web rasmi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di pautan berikut:
https://bkm.hasil.gov.my/


Cara Memohon / Kemaskini BKM 2022
– Layari https://bkm.hasil.gov.my/
– Klik Log Masuk. 
– Setelah berjaya log masuk, klik Kemaskini Permohonan. 
– Masukkan No. MyKad dan klik Semak Isikan semua maklumat bertanda *. 
– Klik Teruskan. 
– Isi Kod Captcha dan klik Sahkan Captcha. 
– Tandakan Perakuan Pemohon Berkenaan. 
– Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan. 
-Setelah permohonan berjaya dihantar, klik butang Cetak untuk simpan rekod permohonan. 
Rujuk langkah bergambar di bawah:


1. Klik Permohonan Baharu atau Log Masuk (Kemaskini)
2. Setelah berjaya log masuk, klik Kemaskini Permohonan


3. Masukkan No. MyKad dan klik Semak. Isikan semua maklumat bertanda *
4. Klik Teruskan
5. Isi Kod Captcha dan klik Sahkan Captcha
6. Tandakan Perakuan Pemohon Berkenaan


7. Klik Butang Hantar bagi meneruskan permohonan
8. Setelah permohonan berjaya dihantar, klik butang Cetak untuk simpan rekod permohonan


Cara Kemaskini Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022) Melalui Handphone
– Layari https://bkm.hasil.gov.my/
– Klik Permohonan Baharu atau Log Masuk (Kemaskini). 
– Setelah berjaya log masuk, klik Kemaskini Permohonan. 
– Masukkan No. MyKad dan klik Semak. Isikan semua maklumat bertanda *. 
– Klik Teruskan. 
– Isi Kod Captcha dan klik Sahkan Captcha. 
– Tandakan Perakuan Pemohon Berkenaan. 
– Klik Butang Hantar bagi meneruskan permohonan. 
– Setelah permohonan berjaya dihantar, klik butang Cetak untuk simpan rekod permohonan. 
Rujuk langkah bergambar di bawah:














Kemaskini Secara Manual
Kemas kini maklumat Permohonan BKM 2022 boleh dibuat secara manual iaitu:
Penghantaran borang kemas kini maklumat Permohonan BKM 2022 di Cawangan LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran.
Borang kemas kini boleh dimuat turun melalui Portal Rasmi BKM 2022 atau boleh didapati di Cawangan / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran.
KLIK PAUTAN BERIKUT UNTUK DOWNLOAD BORANG KEMASKINI MAKLUMAT BKM:
https://bkm.hasil.gov.my/Download/Borang/BK-02%20(Borang%20Kemas%20Kini%20Maklumat%20Permohonan%20BKM).pdf
Anda digalakkan untuk membuat kemas kini maklumat Permohonan BKM 2022 secara dalam talian supaya lebih mudah, cepat dan selamat.
Log Masuk BKM
Menu Log Masuk MyBKM merupakan kemudahan secara dalam talian untuk kemaskini permohonan dan semakan BKM 2022 bagi pemohon yang mempunyai rekod permohonan BKM 2022.
Log Masuk MyBKM memerlukan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan. Untuk makluman lanjut pendaftaran ID MyBKM, sila rujuk Soalan Lazim Pendaftaran MyBKM.
Bagi pemohon yang terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan). ID MyBKM akan disekat dan pemohon dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.
Sekiranya masih menghadapi masalah, pemohon boleh menghubungi Cawangan LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKM LHDNM 1-800-88-2747.
Semak Status Permohonan Diterima
Setelah selesai membuat kemaskini maklumat, sila semak semula status permohonan anda.
Caranya, sila login seperti biasa dan lihat pada status permohonan.


Pastikan ada dinyatakan Permohonan Diterima seperti dalam gambar di bawah.


Maklumat Lanjut
– Hotline BKK LHDNM : 1800 88 2747
– Hotline BKK MoF : 03 8882 4565
Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM
– e-Mel : bkm@treasury.gov.my
Borang
Borang_Permohonan BKM 2022
Borang Kemas Kini Maklumat Permohonan_BKM
Akuan Penerimaan Borang_Permohonan Berkelompok BKM
Borang Serahan Dokumen Sokongan BKM
Borang Pembatalan Permohonan_BKM
FAQ
– Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)
MyBKM
Permohonan Baharu dan Kemaskini BKM
Wakil BKM
Baca Juga :  Bantuan Awal Persekolahan 2025: RM150 One-Off Untuk Murid Tahun 1 Hingga Tingkatan 5
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Bantuan Khas Kewangan 2025
Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas
Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus
BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia
Daging Goreng Ala Thai: Resepi Sedap dan Mudah untuk Pencinta Masakan Penuh Rasa
Tolong Adik Beradik atau Sedekah Pada Orang Lain – Ustaz Azhar Idrus
Resepi Claypot Chicken Rice ala Che Nom
Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus
Berita ini 0 kali dibaca

Berita Terkait

Wednesday, 5 February 2025 - 11:51

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 February 2025 - 09:00

Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus

Wednesday, 5 February 2025 - 09:00

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Tuesday, 4 February 2025 - 10:15

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 February 2025 - 09:00

Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15