Home / Uncategorized

Insentif Kerjaya Madani 2023 | Cara Memohon & Syarat Kelayakan

- Penulis

Thursday, 18 May 2023 - 01:54

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Gambar : Harian Post
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan
Insentif Kerjaya Madani ~ Untuk pengetahuan anda, Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah melancarkan satu program yang dikenali sebagai Insentif Kerjaya Madani 2023 sebagai langkah memperkukuh 10 inisiatif perlindungan keselamatan sosial dan pemerkasaan pasaran buruh tempatan.
Penyediaan insentif ini adalah melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan membabitkan peruntukan lebih kurang RM 313 juta.
Insentif Kerjaya Madani PERKESO


Insentif Kerjaya Madani adalah merupakan kesinambungan kepada inisiatif di bawah Belanjawan 2023 yang menumpukan usaha meningkatkan peluang serta penempatan pekerjaan kepada pelbagai kumpulan sasar.
Insentif ini akan dapat mewujudkan ekonomi yang lebih berdaya tahan dan inklusif, di mana semua rakyat Malaysia mempunyai akses kepada peluang pekerjaan dan perlindungan sosial.
Tarikh Permohonan Dibuka
Permohonan dibuka mulai 1 Mei 2023 sehingga 31 Disember 2023.
Elemen Insentif Kerjaya Madani


Ia menumpukan kepada tiga elemen iaitu Program Daya Kerjaya, Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) serta Program Bina Kerjaya.
1. Program Daya Kerjaya


Program Daya Kerja ialah bantuan kepada majikan yang membuat pengambilan pekerja baharu daripada golongan mudah terjejas mulai 1 Januari 2023. 
Syarat kelayakan yang ditetapkan adalah:
– Individu menganggur tegar/Belia yang menganggur secara berpanjangan.
– Wanita/Ibu Tunggal atau suri rumah yang tidak aktif bekerja.
– Tempoh menganggur sebelum pengambilan sekurang-kurangnya 2 bulan.
Kadar dan tempoh insentif yang ditawarkan adalah:
– RM600 kepada majikan bagi setiap pekerja.
– Maksima 3 bulan kepada majikan.
2. Daya Kerjaya TVET


Program Daya Kerjaya TVET ialah program Transisi Pekerjaan untuk Perantisan TVET & Lepasan Sekolah merupakan satu insentif latihan yang merupakan Program Latihan Peningkatan Kemahiran (Upskilling) menerusi tanggungan bayaran latihan sehingga RM4,000.
Syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:
– Graduan institusi awam dan swasta yang diiktiraf oleh agensi seperti Malaysia Qualification Agency (MQA), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) atau setaraf.
– Taraf pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia dan ke bawah.
– Berumur 16 sehingga 40 tahun.
Tempoh menganggur sebelum pengambilan sekurang-kurangnya 2 bulan.
Kadar dan tempoh insentif yang ditawarkan adalah:
– Yuran Latihan Kompetensi dan RPEL – sehingga RM2,500
– Yuran Latihan Profesional dan Microcredential – sehingga RM4,000
3. Program Bina Kerjaya


Program Bina Kerjaya diwujudkan untuk meningkatkan potensi individu bekerja di bawah Sektor Tidak Formal memperoleh pekerjaan formal melalui pengajian RP pengiktirafan pencapaian terdahulu (RPEL), microcredential atau pensijilan profesional atau kompetensi yang diiktiraf IPTA/IPTS/JPK/MQA/badan ikhtisas/pusat bertauliah yang diiktiraf oleh badan peneraju industri seperti ACCA, BOE, dan MIA.
Syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:
– Pekerja gig, bekerja sendiri, petani, nelayan, atau seumpamanya serta peniaga sambilan kecil-kecilan di pasar malam atau sebagainya.
– Berumur 16 tahun hingga 40 tahun.
Kadar dan tempoh insentif yang ditawarkan adalah:
– Kadar bayaran latihan sehingga RM4,000.
– Elaun sebanyak RM300 sebulan untuk 3 bulan.
Cara Memohon
Sekiranya anda berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang disenaraikan, anda boleh buat permohonan melalui pautan berikut: https://kerjayamadani.perkeso.gov.my/.
Terdapat 4 kategori pemohon yang boleh dipilih mengikut kesesuaian pemohon. 
Maklumat Lanjut & Pertanyaan 
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai insentif ini, sila layari laman web PERKESO di pautan berikut: https://www.perkeso.gov.my/.
Sumber : Harian Post
Baca Juga :  BTR FASA 1 | Bantuan Tunai Rakyat Dah Masuk! Semak Sekarang!
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Bantuan Khas Kewangan 2025
Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas
Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus
BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia
Tolong Adik Beradik atau Sedekah Pada Orang Lain – Ustaz Azhar Idrus
Resepi Claypot Chicken Rice ala Che Nom
Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus
Daging Goreng Ala Thai: Resepi Sedap dan Mudah untuk Pencinta Masakan Penuh Rasa
Berita ini 2 kali dibaca

Berita Terkait

Wednesday, 5 February 2025 - 11:51

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 February 2025 - 09:00

Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus

Wednesday, 5 February 2025 - 09:00

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Tuesday, 4 February 2025 - 10:15

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 February 2025 - 09:00

Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15