Home / Uncategorized

Senarai Bantuan Kewangan RM600 – RM1,200 Yang Dibayar Pada Bulan Disember Ini

- Penulis

Wednesday, 14 December 2022 - 01:49

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan
Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.
Bantuan ini termasuklah bantuan kewangan, geran dan sebagainya kepada mereka yang berkelayakan serta memerlukan.
Berikut adalah senarai bantuan-bantuan kewangan yang akan disalurkan pada bulan ini: –
Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)
BMT adalah bantuan kewangan sebanyak RM600 dari RISDA yang diberikan kepada pekebun kecil dan penoreh getah.
 Pembayarannya akan dilaksanakan secara dua fasa (RM300 setiap fasa) pada bulan November dan Disember 2022. Semak Sini :
https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/
Bantuan Khas Kewangan minimum RM1,200
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah meluluskan Bantuan Khas Kewangan sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,200 kepada semua kakitangan awam Kerajaan Negeri dan Persekutuan yang dibayar gaji oleh kerajaan negeri.
Bayaran itu nanti akan melibatkan 3,920 penjawat awam negeri dengan implikasi kewangan berjumlah RM6.13 juta pada bulan Disember 2022.
Bantuan Khas Kewangan RM1,500
Kerajaan Negeri Kedah juga ada meluluskan Bantuan Khas Kewangan dengan jumah sebanyak RM1,500 kepada setiap penerima. Ia akan disalurkan kepada setiap kakitangan awam negeri berkenaan dengan peruntukan sebanyak RM8 juta.
Bantuan Khas Kewangan minimum RM1,000
Seperti mana yang diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, pihak Kerajaan Negeri itu bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan atau bonus sebanyak sebulan gaji atau sekurang-kurangnya RM1,000 kepada sekitar 13,400 penjawat awam di negeri berkenaan.
Pembayaran bonus itu akan dibuat secara dua kali, iaitu pada akhir bulan Disember 2022 dan sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun depan.
Bantuan Zakat Selangor Peduli
Bantuan di bawah Lembaga Zakat Selangor (LZS) ini diwujudkan bagi menyantuni golongan fakir, miskin dan muallaf serta orang awam (selain asnaf fakir, miskin dan muallaf) yang terjejas akibat banjir.
Kadar bantuan yang ditetapkan adalah sebanyak RM600 bagi setiap pemohon yang layak. Permohonan bantuan ini boleh dikemukakan secara atas talian di Portal Khas Bantuan Bencana LZS – DI SINI.
Baca Juga :  Bantuan Kewangan Asasi RM3920 Untuk Keluarga B40 Dan M40
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Bantuan Khas Kewangan 2025
Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas
Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus
BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia
Daging Goreng Ala Thai: Resepi Sedap dan Mudah untuk Pencinta Masakan Penuh Rasa
Tolong Adik Beradik atau Sedekah Pada Orang Lain – Ustaz Azhar Idrus
Resepi Claypot Chicken Rice ala Che Nom
Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus
Berita ini 0 kali dibaca

Berita Terkait

Wednesday, 5 February 2025 - 11:51

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 February 2025 - 09:00

Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus

Wednesday, 5 February 2025 - 09:00

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Tuesday, 4 February 2025 - 10:15

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 February 2025 - 09:00

Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15