Home / Uncategorized

Cara Mudah Semak Wang Tak Dituntut Daripada Akaun Lama | eGumis Secara Online

- Penulis

Monday, 9 January 2023 - 03:17

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan
Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) 2023
Pada tahun 2019, jumlah wang tak dituntut oleh rakyat Malaysia berjumlah lebih daripada RM10 bilion. Kalau sebelum ini, untuk semak wang tak dituntut anda perlu beratur panjang tanpa tahu sekiranya anda mempunyai sebarang wang yang tak dituntut.
Tetapi sejak tahun 2020, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM) telah membangunkan platform eGUMIS yang memudahkan orang ramai untuk semak sekiranya mereka ada sebarang wang tak dituntut.
Walaupun demikian, sekiranya anda mahu menuntut wang tersebut, anda perlu hadirkan diri ke pejabat ANM untuk menyerahkan borang fizikal bernama Borang Permohonan Bayaran Balik WTD “UMA-7”.
Saya masih ingat saya ada sejumlah kecil wang tak dituntut, tetapi disebabkan kepayahan serta jumlahnya yang kecil, saya pun berlengah dan membiarkannya begitu saja. Hanya menjelang hujung tahun 2020, saya terbaca artikel di The Star yang menyatakan bahawa kerajaan akan mempertimbangkan untuk menggunakan wang tak dituntut sebagai ‘sumber pendapatan’ – dan ini membuatkan saya ingin semak wang tak dituntut semula.
Saya diminta untuk membuat akaun baru kerana akaun lama saya telah tamat tempoh selepas enam bulan tidak aktif. Apabila saya mendaftar akaun baru, saya sedar bahawa antara muka laman web eGUMIS telah bertukar, dan saya juga sedar bahawa kita kini boleh menghantar borang secara dalam talian.
Berikut merupakan langkah-langkah untuk semak wang tak dituntut secara dalam talian. Pastikan anda baca sehingga ke penghujungnya dan saya akan terangkan bagaimana untuk mengatasi sebuah pepijat (setakat 28 November 2020) yang ada dalam sistem.
1. Daftar Akaun Baru
Layari https://egumis.anm.gov.my/ untuk daftar akaun baru. Kemudian klik ‘Pendaftaran’.


Anda perlu isi borang yang dipaparkan untuk daftar akaun baru.


Akaun anda akan menjadi tidak aktif sekiranya tiada aktiviti dalam tempoh enam bulan, sekiranya anda pernah daftar sebelum ini tetapi tak log masuk sepanjang enam bulan yang lalu, anda perlu daftar akaun baru.
2. Kemaskini Profail Anda
Seterusnya anda perlu kemaskini profail anda. Pastikan anda isi semua maklumat, terutamanya yang bertanda wajib (*).

3. Semak Wang Tak Dituntut

Klik ‘Klik Disini Untuk Carian Wang Tak Dituntut dan masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan yang disediakan. Sekiranya anda mempunyai sebarang wang tak dituntut, ianya akan dipaparkan di ruangan carian.


Dalam contoh ini, saya mempunyai lima bayaran yang boleh dituntut. Nilainya melebihi RM100 juga. Anda juga boleh semak untuk ibubapa dan pasangan anda, tetapi untuk proses tuntutan tersebut lebih baik anda buka akaun di bawah nama mereka bagi urusan untuk menuntut wang tak dituntut.
Anda hanya boleh menyemak maksimum sebanyak dua ID setiap hari.
I also helped my parents check their unclaimed money through my account. However, I’m not sure if I can actually process the claims using my account, so to be on the safe side, I registered new accounts for them to help them claim their money.
4. Borang Permohonan
Sekiranya anda mempunyai sebarang wang tak dituntut, jangan tekan apa-apa selain daripada dua langkah ini. Memandangkan sistem tidak akan save carian anda, sekiranya anda telah menggunakan kuota dua carian sehari, anda perlu menunggu hari berikutnya untuk membuat langkah seterusnya.


Tandakan semua kotak, pastinya anda nak tuntut kesemuanya kan?
Kemudian klik ‘Teruskan Dengan Permohonan’.
5. Masukkan Maklumat Penerima


Untuk memudahkan anda, boleh pilih Maklumat Penerima adalah sama dengan Pemohon. Segala maklumat akan diisi secara automatik.
Anda cuma perlu memasukkan Nama Bank dan Nombor Akaun Bank.
6. Muat Naik Dokumen Sokongan


Seterusnya, muat naik salinan Kad Pengenalan serta Salinan Penyata Bank sebagai bukti dan untuk proses pembayaran yang lancar.
Kalau sebelum ini anda perlu emel, tetapi sekarang ianya boleh dilakukan secara dalam talian saja.
7. Pengakuan / Pengesahan

Langkah terakhir adalah untuk anda membuat pengakuan dan pengesahan bahawa semua maklumat adalah tepat.
Itu saja yang anda perlu lakukan. Proses pembayaran akan bermula apabila pengesahan dokumen telah berjaya.
Boleh semak akaun bank anda dalam masa beberapa minggu untuk kepastian bahawa wang tak dituntut telah pun dibayar.
Baca Juga :  Pengeluaran KWSP yang dibenarkan pada tahun 2023
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Bantuan Khas Kewangan 2025
Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas
Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus
BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia
Tolong Adik Beradik atau Sedekah Pada Orang Lain – Ustaz Azhar Idrus
Resepi Claypot Chicken Rice ala Che Nom
Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus
Daging Goreng Ala Thai: Resepi Sedap dan Mudah untuk Pencinta Masakan Penuh Rasa
Berita ini 0 kali dibaca

Berita Terkait

Wednesday, 5 February 2025 - 11:51

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 February 2025 - 09:00

Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus

Wednesday, 5 February 2025 - 09:00

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Tuesday, 4 February 2025 - 10:15

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 February 2025 - 09:00

Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15