SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2023 : SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN STR FASA 3 & JUMLAH BAYARAN YANG DITERIMA
Dalam pembentangan Belanjawan 2023, Perdana Menteri telah mengumumkan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah, iaitu STR, di mana isi rumah dengan pendapatan kurang RM2,500 layak menerima sumbangan sehingga RM2,500 bergantung kepada bilangan anak.
STR adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.
Kerajaan juga akan memberi bantuan STR tambahan RM600 kepada isi rumah termiskin mengikut data e-Kasih.
Bayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2 telah diagihkan pada 17 Januari dan 5 April 2023.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bayaran STR Fasa 3.
Penerima STR Fasa 3
LHDN memaklumkan bahawa Penerima Bayaran Fasa 2 adalah merujuk kepada penerima Fasa 1 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 28 Februari.
Ini bermaksud, permohonan baharu dan kemaskini STR yang bukan penerima Fasa 1 dan Fasa 2, bayaran akan dilakukan pada Fasa 3 kepada penerima STR yang layak.
– Masukkan nombor MyKad 12 digit dan klik “Semak”.
– Masukkan e-mel yang didaftarkan & klik “Seterusnya”.
– Semak sekiranya kata kunci keselamatan adalah betul, kemudian klik “Ya”.
– Jawab soalan keselamatan yang diberikan dan klik “Seterusnya”.
– Masukkan kata laluan dan baru dan pengesahan kata laluan. Kemudian, klik “Tukar Kata Laluan”.
– Anda akan menerima notifikasi Penukaran ID pemohon telah berjaya.
Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.
Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :