Home / Uncategorized

Daftar SSM Percuma – B40 & Pelajar | Bantuan Kerajaan

- Penulis

Saturday, 13 May 2023 - 02:49

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan
Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) : Daftar SSM Percuma secara online.
Tahukah anda program Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) menawarkan pendaftaran perniagaan PERCUMA selama setahun kepada usahawan golongan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa.
Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP)
Inisiatif SSM mendaftar perniagaan usahawan kumpulan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa secara percuma melalui Program Pendaftaran Perniagaan Bersekutu (SPPP).
Melalui program ini, pemohon yang layak akan menerima pengecualian yuran berikut:
Bil ​Perkara ​Pengecualian Fi
​1. ​Perniagaan milikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan; atau ​RM30
​2. ​Perniagaan milikan tunggal atau perniagaan perkongsian (rakan kongsi terdiri dari kategori kumpulan yang layak memohon skim ini) menggunakan nama tred; dan ​RM60
​3. ​Cetakan maklumat ​RM10
Baca Juga :  Bantuan Lesen Memandu Percuma B2, Teksi, Bas, eHailing – Bajet 2023


Syarat kelayakan
Kategori usahawan kategori B40
– Pemegang MyKad/MyPR;
– Berumur 18 tahun ke atas yang memenuhi syarat untuk pendaftaran perniagaan;
– Ada maklumat untuk kumpulan B40 dalam pangkalan data penerima BPN 2.0
– Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif dalam SSM
Kategori Pelajar IPTA/ IPTS
– Pemegang MyKad/MyPR;
– Berumur 18 tahun dan layak untuk pendaftaran perniagaan;
– Pengajian/ kursus sepenuh masa di mana-mana IPTA/IPTS/politeknik/maktab/institut kemahiran/pusat kemahiran dalam negara; dan
– Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif dalam SSM.
Cara Daftar SSM Percuma
Pemohon yang layak boleh menghantar permohonan mereka secara dalam talian melalui portal dalam talian ezbiz.ssm.com.my.
Berikut adalah langkah-langkahnya:
1) Untuk mendaftar sebagai pengguna EzBiz buat kali pertama, sila layari pautan berikut – http://ezbiz.ssm.com.my
2) Untuk pengaktifan ID ezbiz, anda boleh menggunakan Kaedah > Log Masuk Portal ezbiz > Profil Pengguna > Permintaan Pengesahan Pengguna > Tambah Baharu
3) Lampirkan fail seperti yang diminta
4) Untuk mendaftar perniagaan, anda mempunyai dua pilihan nama perniagaan.
Maklumat dan dokumen yang diperlukan
Lengkapkan maklumat perniagaan melalui Borang Pendaftaran Perniagaan Baharu (Borang A) dengan mengisi maklumat berikut:
a) Nama perniagaan
b) Tarikh mula perniagaan
c) Tempat utama perniagaan
d) Alamat kedai perniagaan (jika ada)
e) Maklumat Pemilik dan Rakan Kongsi
f) Jenis perniagaan yang akan dijalankan
g) Serahkan salinan perjanjian perkongsian (jika ada)
Info Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan SSM di 03-7721 4000 atau e-mel enquiry@ssm.com.my.
Sumber FB: Suruhanjaya Syarikat Malaysia
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Bantuan Khas Kewangan 2025
Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas
Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus
BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia
Tolong Adik Beradik atau Sedekah Pada Orang Lain – Ustaz Azhar Idrus
Resepi Claypot Chicken Rice ala Che Nom
Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus
Daging Goreng Ala Thai: Resepi Sedap dan Mudah untuk Pencinta Masakan Penuh Rasa
Berita ini 0 kali dibaca

Berita Terkait

Wednesday, 5 February 2025 - 11:51

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 February 2025 - 09:00

Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus

Wednesday, 5 February 2025 - 09:00

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Tuesday, 4 February 2025 - 10:15

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 February 2025 - 09:00

Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15