Home / Uncategorized

MyCRS | Semakan Subsidi Pembelian Carseat Kanak-kanak | Tahun 2023

- Penulis

Wednesday, 21 June 2023 - 02:54

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan
SUBSIDI PEMBELIAN CARSEAT KANAK-KANAK BAGI TAHUN 2023 (MYCRS)
Insentif MyCRS 2023 merupakan satu program pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) terbuka kepada KUMPULAN B40 dan M40.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang subsidi pembelian carseat ini bagi tahun 2023 ini untuk makluman bersama.
Pengenalan Subsidi Pembelian Kerusi Keselamatan Kanak-kanak (Carseat) Melalui Program MyCRS 2023
Kerajaan meneruskan keprihatinan terhadap keselamatan jalan raya kepada kanak-kanak menerusi program MyCRS 2023.
Berdasarkan statistik tahun 2019, sebanyak 19% golongan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya adalah golongan kanak-kanak.
Daripada jumlah ini, sebanyak 1,276 kes adalah melibatkan kematian.
Oleh itu, diharapkan dengan program ini, penggunaan carseat dapat ditingkatkan di kalangan orang awam melalui insentif.
Jumlah Subsidi MyCRS 2023
Melalui program ini, jumlah insentif yang diberikan di bawah program ini adalah maksimum sehingga RM150.
CRS yang berharga RM150 dan ke bawah boleh dibeli secara percuma, manakala bagi CRS yang berharga RM150 keatas, bayaran tambahan perlu dibuat oleh penerima insentif.


Syarat Kelayakan
Berikut adalah kriteria kelayakan penerima subsidi carseat (CRS) 2023:
1) Penerima insentif adalah daripada kategori pendapatan isi rumah B40 dan M40
2) Mempunyai anak yang berusia kurang daripada 12 tahun termasuk ibu yang sedang mengandung.
3) Warganegara yang menetap di Malaysia
4) Peruntukan yang dibenarkan adalah satu (1) CRS untuk satu (1) isi rumah.


Cara Semakan Kelayakan MyCRS 2023
Anda boleh membuat seemakan kelayakan secara online melalui Portal MyCRS di bahagian Semakan Kelayakan (rujuk gambar di bawah):
Semakan kelayakan boleh dibuat melalui laman sesawang http://www.mycrs.gov.my/ bermula 19 Jun 2023.
Penerima yang disenarai layak boleh terus menebus insentif MyCRS 2023 dengan membuat pembelian CRS di mana-mana kedai bayi yang telah berdaftar seperti di laman sesawang MyCRS.
Bagi individu yang belum pernah memohon, mereka boleh membuat permohonan baharu di laman sesawang www.mycrs.gov.my bermula 1 Julai 2023 sehingga 15 September 2023.
Cara Penebusan
Anda boleh menebus insentif MyCRS 2023 dengan membuat pembelian CRS di mana-mana kedai bayi yang telah berdaftar seperti yang tersenarai di laman sesawang MyCRS (www.mycrs.gov.my).
Dokumen yang perlu dibawa semasa membuat penebusan adalah seperti berikut:
– Salinan MyKad pemohon; DAN
– MyKid/Sijil Lahir untuk anak yang berusia kurang daripada 12 tahun; ATAU
– Buku Rekod Kesihatan Ibu Mengandung @ Buku Pink (untuk anak yang masih dalam kandungan)
Tarikh Semakan Kelayakan
Semakan kelayakan bermula 19 Jun 2023, di mana pembelian boleh mula dibuat bagi pemohon yang lulus.
Tempoh penebusan insentif MyCRS 2023 adalah sehingga 30 September 2023 atau sehingga peruntukan RM12 juta habis ditebus.
Senarai Kedai / Wakil Penjual Berdaftar Dengan Program MyCRS 2023
Pembelian boleh dibuat secara online atau terus ke kedai yang berdaftar.
Sila bawa 1 salinan kad pengenalan (IC) pemohon, depan dan belakang, untuk diserahkan kepada wakil penjual.
Kegagalan untuk mengemukakan salinan kad pengenalan kepada jurujual boleh menyebabkan tuntutan subsidi tidak dapat dibuat.
Pembelian boleh dibuat di kedai-kedai barangan bayi yang berdaftar bagi program MyCRS. Senarai wakil penjual boleh di dapati di (http://www.mycrs.gov.my/orangawam/retailerlistp).
Baca Juga :  Jadual Jangkaan Masuk Duit STR Fasa 2 | Maybank, CIMB, BSN | Semak Ini
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Bantuan Khas Kewangan 2025
Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas
Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus
BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia
Tolong Adik Beradik atau Sedekah Pada Orang Lain – Ustaz Azhar Idrus
Resepi Claypot Chicken Rice ala Che Nom
Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus
Daging Goreng Ala Thai: Resepi Sedap dan Mudah untuk Pencinta Masakan Penuh Rasa
Berita ini 0 kali dibaca

Berita Terkait

Wednesday, 5 February 2025 - 11:51

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 February 2025 - 09:00

Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus

Wednesday, 5 February 2025 - 09:00

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Tuesday, 4 February 2025 - 10:15

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 February 2025 - 09:00

Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15