Home / Uncategorized

Terkini : Pendaftaran Bantuan RM200 eBelia Rahmah Bermula 26 Jun 2023

- Penulis

Thursday, 22 June 2023 - 02:09

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

Kementerian Kewangan mengumumkan pendaftaran eBeliaRahmah akan dibuka mulai 26 Jun 2023 jam 8 pagi. 

Kemaskini terbaru itu susulan kenyataan rasmi Kementerian Kewangan hari ini. Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengumumkan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR Fasa 3) diawalkan sebelum Aidiladha.
Penebusan RM200 kredit e-Tunai Belia Rahmah boleh dilakukan oleh belia dan mahasiswa berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa di institusi pendidikan di Malaysia. Berikut dikongsikan maklumat penuh eBeliaRahmah.
Pengenalan eBeliaRahmah
Program eBeliaRahmah merupakan satu inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Kementerian Kewangan.
Program ini bertujuan untuk terus mempupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia selain meringankan beban kewangan golongan belia dan pelajar IPT sepenuh masa.
Program ini dijangka memanfaatkan sekitar 2 juta belia Malaysia, menerusi tawaran kredit e-dompet bernilai RM200 yang boleh digunakan bagi pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih.
Pada masa yang sama, penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian akan turut menawarkan insentif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun atau mata ganjaran (rewards points).


eBeliaRahmah : Tebus RM200 Boost, Setel & TouchNGo 3
*Nota: Sila semak kriteria kelayakan seperti yang berikut.
Syarat Kelayakan
– Warganegara Malaysia; dan
– Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2023 (lahir pada tahun 2003 sehingga 2005);
ATAU
– Merupakan pelajar aktif sepenuh masa sebelum 30 April 2023, tanpa had umur di peringkat setara diploma atau SKM4 dan ke atas di Institusi Pengajian Tinggi (“IPT”) berdaftar dengan salah satu kementerian berikut (yang dirujuk sebagai Kementerian Pengawal) :
– Kementerian Pendidikan Tinggi;
– Kementerian Pendidikan;
– Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan;
– Kementerian Pertahanan;
– Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah;
– Kementerian Belia dan Sukan;
– Kementerian Sumber Manusia;
– Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya; dan
– Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
– Data pemohon akan disemak silang dengan institusi pendidikan yang berdaftar dan pangkalan data Kerajaan yang berkenaan.
Cara Memohon eBeliaRahmah
Permohonan boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
Penebusan kredit eBeliaRahmah boleh dibuat dengan memuat turun salah satu platform e-dompet berikut dari Apple Store, Google Playstore atau Huawei AppGallery :
– Boost
– Setel
– Touch ‘n Go eWallet
Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-dompet tersebut. Penyedia perkhidmatan e-dompet akan membuat verifikasi identiti secara electronic Know-Your-Customer (eKYC)
Isi maklumat yang diperlukan pada paparan penebusan dan tekan “Hantar” di aplikasi e-dompet yang telah dimuat turun. Status tuntutan akan dimaklumkan dalam masa 3 hari
Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit eBeliaRahmah sekali daripada 1 penyedia perkhidmatan e-dompet sahaja. Sila rujuk aplikasi e-dompet masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan bantuan ini.
Tempoh Pendaftaran & Tuntutan
Tempoh pendaftaran dan tuntutan eBeliaRahmah adalah mulai 26 Jun 2023 sehingga 22 Ogos 2023, manakala kredit eBeliaRahmah serta manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat boleh dibelanjakan secara ‘offline’ sehingga 31 Ogos 2023.
Kredit RM200 ini juga boleh dimanfaatkan di peruncit/peniaga yang menerima pembayaran melalui kod QR DuitNow dengan menggunakan.
Soalan Lazim
sila rujuk Soalan Lazim eBeliaRahmah.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila peka akan hebahan terkini melalui laman web rasmi Kementerian Kewangan https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/ebeliarahmah.html.
Baca Juga :  STR Fasa 3 | Semakan Status & Jumlah Bayaran | Sumbangan Tunai Rahmah
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Bantuan Khas Kewangan 2025
Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas
Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus
BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia
Tolong Adik Beradik atau Sedekah Pada Orang Lain – Ustaz Azhar Idrus
Resepi Claypot Chicken Rice ala Che Nom
Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus
Daging Goreng Ala Thai: Resepi Sedap dan Mudah untuk Pencinta Masakan Penuh Rasa
Berita ini 0 kali dibaca

Berita Terkait

Wednesday, 5 February 2025 - 11:51

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 February 2025 - 09:00

Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus

Wednesday, 5 February 2025 - 09:00

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Tuesday, 4 February 2025 - 10:15

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 February 2025 - 09:00

Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15