Ini Cara Buat Aduan Kepada KPDN Jika Menghadapi Masalah Pembelian ONLINE

- Penulis

Monday, 26 June 2023 - 21:19

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan
Cara Buat Aduan Kepada KPDN apabila terdapat apa-apa isu berkaitan kerugian sedang hangat pada ketika ini. Sekarang ini mesti ramai yang gemar membeli belah secara dalam talian (online) sahaja kan? Ialah semua hanya di hujung jari dan ia mudah, menjimatkan masa dan cepat. Selain itu, sesetengah masyarakat berpendapat bahawa lebih mudah dan jimat jika membeli belah secara online kerana pembeli boleh mendapatkan lebih banyak diskaun dan juga promosi.
Lebih-lebih lagi sempena lebaran yang bakal tiba ini, lagi lah ramai yang sedang mencari baju raya. Namun, membeli secara atas talian ini juga mengundang kerugian jika kita tidak berhati-hati.
Cara Buat Aduan Kepada KPDN
Semalam tular di media sosial tentang seorang lelaki yang berkongsi pengalaman untuk menuntut duit refund daripada penjual baju raya. Pengguna Twitter @Ezad Amir, memaklumkan bahawa baju raya yang dibeli tidak diterima olehnya mengikut tempoh yang ditetapkan.
Menurutnya, dia telah membuat aduan mengenai isu tersebut kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN). Hasilnya dia telah mendapat refund tersebut secara penuh.
Sementara itu, dia turut berkongsi cara untuk membuat aduan di laman web KPDN https://www.kpdn.gov.my/ms/ dan sehingga kini, perkongsian tersebut telah mendapat sebanyak 11.2 ribu ulang ciap dan lebih 16 ribu tanda suka. Jom ikuti perkongsian tersebut di bawah ini.


>>Aduan Boleh Buat Disini<<

Langkah-langkah Cara Buat Aduan Kepada KPDN adalah seperti berikut:
– Klik ADUAN KEPENGGUNAAN (Jika belum ada akaun, anda perlu mendaftar terlebih dahulu)
– Kemudian, pilih Aduan Kepenggunaan dan tekan Aduan Baru
– Setelah itu, anda perlu mengisi maklumat aduan tentang masalah pembelian
Antara aduan yang boleh dibuat adalah mengenai
– barang tiruan
– bengkel kenderaan
– harga
– iklan mengelirukan
– jualan murah
– perkhidmatan mengelirukan
– skim piramid
– timbang dan sukat
– transaksi dalam talian dan jualan langsung
Oleh itu, apabila melakukan sebarang urusan jual-beli secara dalam talian (online) jadilah pengguna yang bijak dan anda mestilah tahu Cara Buat Aduan Kepada KPDN. Laporkan segera kepada KPDN jika mengalami masalah berkaitan pembelian.
Terdahulu, KPDN mengingatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada apabila membeli baju raya secara dalam talian.
“Hati-hati ketika membeli secara dalam talian, jangan biarkan anda dikaburi dengan harga murah tanpa melakukan usul periksa latar belakang dan maklumat peniaga,” kata KPDN.
Fungsi KPDN
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) berfungsi untuk menggubal dasar, strategi dan mengkaji perkara-perkara yang berkaitan dengan pembangunan perdagangan dalam negeri, khususnya dalam Sektor Perdagangan Pengedaran dan Kepenggunaan.
Sektor perdagangan pengedaran adalah antara penyumbang utama KDNK negara dan ia bertindak sebagai benteng kestabilan ekonomi, terutama semasa situasi ekonomi luaran berada di dalam keadaan ketidak tentuan. Perdagangan pengedaran perlu kukuh bagi menampan sebarang ketidakstabilan dalam ekonomi negara.
Dalam masa yang sama, Kementerian juga komited dalam melindungi kepentingan dan hak-hak pengguna. Ini termasuk membangunkan ekosistem pengguna dan peniaga yang bersifat melengkapi dan ke arah self-regulated, seiring dengan aspirasi ke arah masyarakat negara maju. Ia diharapkan akan melahirkan pengguna dan peniaga yang matang dan beretika dalam berurusniaga, dan hasilnya adalah negara yang seimbang dari segi ekonomi dan sosial.
Bidang tugas KPDN adalah:
1) Membangunkan peluang perniagaan dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat melalui profil pemborongan dan peruncitan, francais, jualan langsung, dan sektor hiliran petroleum.
2) Menentukan dan memantau harga barang-barang perlu.
3) Mengawalselia penjualan dan pengedaran barang-barang perlu, barangan petroleum dan petrokimia, dan urusniaga jualan langsung.
4) Melaksanakan peraturan timbang dan sukat.
5) Menyelaras perkara mengenai perbadanan, syarikat dan perniagaan mengikut akta berkaitan.
6) Menggalakkan amalan tadbir urus korporat yang baik.
7) Mentadbir dan membangunkan Sistem Perlindungan Harta Intelek.
Manakala, bidang tugas Kementerian Kepenggunaan adalah:
– Melaksanakan program pendidikan pengguna.
– Memperkukuhkan program kesedaran pengguna dan perlindungan pengguna.
– Menggalakkan dan membantu gerakan kepenggunaan.
Justeru, jika anda mengalami sebarang masalah yang berkaitan dengan perdagangan dan kepenggunaan, anda mestilah tahu Cara Buat Aduan Kepada KPDN.
Maklumat Lanjut
Sebarang masalah berkaitan Cara Buat Aduan Kepada KPDN ini, anda boleh menghubungi Hotline KPDN di talian 1800-886-800.
Baca Juga :  Pinjaman KWSP FSA2 | Semak Status Terkini / Duit Masuk
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Cara Buka Akaun ASNB Online & Cara Tambah Duit ASB online, Tak Perlu Ke Kaunter
2 CARA MUDAH TUKAR KAD MAYBANK SECARA ONLINE DAN DI KIOSK
Cara Daftar AKPK : Bantu Keluar Dari Kemelut Hutang & Pinjaman
eGumis ANM: Daftar Login Semakan Wang Tidak Dituntut Online
Duit Koyak? Rosak? Kat Mana Nak Tukar? Ini Cara Nak Tukar
Cara Terminate ASB Loan, Tempoh & Penalti ASBF (CIMB, RHB, Maybank)
Cara Kira DSR Untuk Ketahui Kelayakan Pinjaman Rumah
Pinjaman KWSP FSA2 : Semak Status Terkini / Duit Masuk
Berita ini 0 kali dibaca

Berita Terkait

Friday, 3 January 2025 - 11:47

Cara Buka Akaun ASNB Online & Cara Tambah Duit ASB online, Tak Perlu Ke Kaunter

Friday, 3 November 2023 - 07:15

2 CARA MUDAH TUKAR KAD MAYBANK SECARA ONLINE DAN DI KIOSK

Thursday, 2 November 2023 - 06:35

Cara Daftar AKPK : Bantu Keluar Dari Kemelut Hutang & Pinjaman

Wednesday, 1 November 2023 - 06:27

eGumis ANM: Daftar Login Semakan Wang Tidak Dituntut Online

Thursday, 10 August 2023 - 06:23

Duit Koyak? Rosak? Kat Mana Nak Tukar? Ini Cara Nak Tukar

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15