Cara Check Scammer Online Melalui Portal PDRM (Semakmule)

- Penulis

Sunday, 16 July 2023 - 06:04

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Telegram Rasmi πŸ‘†
Dengan melonjaknya perbankan online dan e-commerce, makin ramai yang berurusan secara atas talian. Scammer pula makin licik memperdayakan pengguna. Jadi, bagaimana cara nak check scammer online?
Sebenarnya, ada cara mudah nak buat semakan iaitu melalui sebuah portal khas PDRM https://ccid.rmp.gov.my/semakmule/.
Secara khususnya, portal ini berada di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) atau dalam Bahasa Inggeris dipanggil Commercial Crime Investigation Department (CCID).
Portal CCID Semak Mule ini membolehkan seseorang buat semakan scammer online atau apa-apa bentuk penipuan.
Kita boleh masukkan maklumat ini untuk mengesan scammer:
– No Akaun Bank. 
– Nombor Telefon.
Laman Web CCID / Semak Mule
Sebelum anda membuat bayaran atau meneruskan urusniaga, terutamanya dalam jumlah yang besar, anda boleh buat semakan nombor akaun atau nombor telefon.
Cara nak check scammer online ni mudah sahaja dan hanya ambil masa beberapa saat sahaja!
Di sini kami kongsikan langkahnya:
1) Layari laman web rasmi CCID (Commercial Crime Investigation Department) aka Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) di pautan berikut:
http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/
ATAU buka aplikasi Semak Mule melalui Google Playstore.
2) Terdapat 2 kategori yang boleh anda pilih untuk membuat semakan iaitu : 
– Nombor akaun bank
– Nombor telefon. 
3) Pilih salah satu daripada kategori di atas.
4) Kemudian, masukkan nombor telefon atau nombor akaun bank individu yang disyaki tersebut.
5) Masukkan maklumat Captcha. 
6) Tekan butang β€˜Semak Maklumat’. 
7) Maklumat akaun bank atau nombor telefon akan dipaparkan sama ada ia pernah dilaporkan sebagai scammer.
Rujuk panduan bergambar di bawah:
1. Semakan No Telefon / No Akaun Scammer Online (Melalui Laman Web CCID)

Kalau anda buat carian melalui laman web, akan keluar page macam di bawah ini.
Hanya perlu masukkan nombor telefo atau nombor akaun orang yang kita nak check dalam ruang di bawah.
Lepas tu, tekan butang SEMAK MAKLUMAT.
Semakan akan memberitahu kita sama ada ada orang yang dah pernah laporkan nombor telefon tersebut sebagai scammer.

Selain itu, carian maklumat juga akan menyatakan sama ada ramai orang telah membuat semakan terhadap nombor telefon atau nombor akaun yang dimasukkan tadi.
2. Cara Check No Telefon / No Akaun Scammer Melalui Apps
Jika anda sentiasa berurusniaga dengan orang ramai, bolehlah terus install aplikasi CCID Semak Mule di Google Play Store ini:

Caranya sama juga, cuma perlu masukkan nombor akaun atau nombor telefon.

Sekiranya nombor tersebut tidak selamat, anda akan menerima notifikasi dan amaran seperti ini:

Jika mendapat amaran ini, anda boleh mengelakkan daripada meneruskan urusniaga dan membuat laporan terus melalui pihak PDRM.
Jadi dengan maklumat ini, kita bolehlah meneruskan urusniaga dengan lebih yakin dan selamat.
Oh ya, selain perkhidmatan online ini, anda juga boleh membuat pertanyaan, semakan atau laporan melalui 3 lagi saluran berikut:
– Whatsapp CCID Infoline : 013- 211 1222
– CCId Scam Response Center : 03- 2610. 1559 / 03- 2610 1599. 
– Facebook: @JSJKPDRM atau @CyberCrimeAlertRMP.
Baca Juga :  Cara Terminate ASB Loan, Tempoh & Penalti ASBF (CIMB, RHB, Maybank)
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Cara Buka Akaun ASNB Online & Cara Tambah Duit ASB online, Tak Perlu Ke Kaunter
2 CARA MUDAH TUKAR KAD MAYBANK SECARA ONLINE DAN DI KIOSK
Cara Daftar AKPK : Bantu Keluar Dari Kemelut Hutang & Pinjaman
eGumis ANM: Daftar Login Semakan Wang Tidak Dituntut Online
Duit Koyak? Rosak? Kat Mana Nak Tukar? Ini Cara Nak Tukar
Cara Terminate ASB Loan, Tempoh & Penalti ASBF (CIMB, RHB, Maybank)
Cara Kira DSR Untuk Ketahui Kelayakan Pinjaman Rumah
Pinjaman KWSP FSA2 : Semak Status Terkini / Duit Masuk
Berita ini 0 kali dibaca

Berita Terkait

Friday, 3 January 2025 - 11:47

Cara Buka Akaun ASNB Online & Cara Tambah Duit ASB online, Tak Perlu Ke Kaunter

Friday, 3 November 2023 - 07:15

2 CARA MUDAH TUKAR KAD MAYBANK SECARA ONLINE DAN DI KIOSK

Thursday, 2 November 2023 - 06:35

Cara Daftar AKPK : Bantu Keluar Dari Kemelut Hutang & Pinjaman

Wednesday, 1 November 2023 - 06:27

eGumis ANM: Daftar Login Semakan Wang Tidak Dituntut Online

Thursday, 10 August 2023 - 06:23

Duit Koyak? Rosak? Kat Mana Nak Tukar? Ini Cara Nak Tukar

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15