Home / Uncategorized

Borang Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2023 : RMR SPNB Online

- Penulis

Tuesday, 18 July 2023 - 01:37

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan
Telegram Rasmi 👆
Program Rumah Mesra Rakyat telah dibuka oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bagi membantu rakyat yang memerlukan.
SPNB adalah sebuah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) yang menawarkan Skim Rumah Mesra Rakyat (RMR).
Sejajar dengan Dasar Perumahan Negara, SPNB yang diletakkan di bawah pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyediakan rumah mampu milik berkualiti dan mampan kepada setiap keluarga di Malaysia.
Program Rumah Mesra Rakyat
Program ini diwujudkan oleh Syarikat Pembangunan Nasional Berhad (SPNB) bagi membantu golongan berpendapatan isi rumah sehingga RM5,000 yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

SPNB akan membina Rumah Mesra Rakyat (RMR) mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan seperti lampiran berikut:

Konsep binaan RMR adalah rumah sesebuah 1 tingkat dengan 3 bilik dan 2 bilik air. Harga RMR adalah seperti berikut:

Syarat Kelayakan 
Syarat-syarat kelayakan untuk membuat permohonan RMR ini adalah seperti ketetapan berikut:
– Warganegara Malaysia.
– Pemohon mestilah berumur 18 sehingga 65 tahun.
– Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM 5,000.
– Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna.
– Tanah / tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian / bebanan / sekatan ke atasnya.
– Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
– Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,000 kps (tertakluk kepada rekabentuk).
Tertakluk kepada peruntukan kewangan.
Keperluan penama kedua berumur 18-43 tahun bagi pemohon yang berumur melebihi 42 tahun di seluruh Malaysia.
Bagi permohonan penama kedua, pemohon perlu memberikan maklumat pasangan serta jumlah tanggungan.
Cara Memohon
Pemohonan Program Rumah Mesra Rakyat ini boleh dibuat secara online atau manual.
Bagi membuat permohonan online, sila rujuk cara berikut:
1) Layari Laman Web Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) untuk membuat permohonan https://rmr.spnbonline.com.my/
2) Klik Pendaftaran Baru – Isi Borang Pendaftaran Login dengan lengkap
3) Penerimaan Login ID dan kata laluan – Kata laluan akan dihantar kepada pemohon
4) Log Masuk ke Laman Utama – Gunakan Login ID (email) dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan RMR
5) Melengkapkan Borang Online – Isi maklumat ke dalam sistem
6) Selesai Mengisi Borang Online – Klik Selesai Pendaftaran Borang dan Cetak Borang
7) Majukan Borang Dan Dokumen Kepada SPNB – Memajukan borang berserta dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan
Borang permohonan manual boleh didapati di Cawangan SPNB dan dimajukan kembali kepada SPNB selepas permohonan dilengkapkan.
Borang permohonan Program Rumah Mesra Rakyat secara manual adalah seperti contoh gambar berikut:

Dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan adalah:
1) Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan Pasangan (Jika Berkaitan)
2) Salinan Kad Pengenalan Tuan Punya Tanah
3) Salinan Kad Pengenalan Pemohon Kedua (Jika Berkaitan)
4) Salinan Geran Hakmilik Tanah Terbaru
5) Sijil Carian Rasmi yang terbaru dari Pejabat Tanah
6) Salinan Slip Gaji (3 Bulan Terkini) / Surat Akuan Sumpah Pendapatan / Surat Pengesahan Pendapatan Bagi Pemohon / Pemohon Kedua*
7) Surat Akuan Sumpah / Surat Pengesahan Tidak Memiliki Rumah Atau Memiliki Rumah Usang
8) Surat Akuan Kebenaran Pelepasan Tuan Punya Tanah
9) Salinan Sijil Nikah Pemohon
10) Borang Laporan Tapak Bergambar
Sila rujuk Manual Lengkap Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) untuk Program Rumah Mesra Rakyat https://rmr.spnbonline.com.my/Manual_Pengguna_RMR.pdf
Semakan Status Kelulusan
Mengikut prosedur, maklum balas akan diberikan dalam tempoh tiga (3) bulan.
Manakala kelulusan hanya dibuat tertakluk kepada peruntukan kewangan tahunan.
Bagi pembinaan rumah pula, tempoh yang diperuntukan adalah selama lapan belas (18) bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong / perjanjian tertakluk kepada terma dan syarat.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang Program Rumah Mesra Rakyat, sila hubungi:
IBU PEJABAT
Syarikat Perumahan Negara Berhad
Tingkat 8, Wisma Perkeso
Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur.
Telefon: 03-2618 5555 / 03-2618 5556 (Talian Am)
E-mel: aduan@spnb.com.my
Semoga perkongsian tentang Program Rumah Mesra Rakyat ini dapat membantu anda yang memerlukan.
Baca Juga :  Bantuan Internet | Pakej Perpaduan Prabayar Internet 2023 | Cara Langgan, Harga
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Bantuan Khas Kewangan 2025
Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas
Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus
BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia
Resepi Claypot Chicken Rice ala Che Nom
Tolong Adik Beradik atau Sedekah Pada Orang Lain – Ustaz Azhar Idrus
Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus
Daging Goreng Ala Thai: Resepi Sedap dan Mudah untuk Pencinta Masakan Penuh Rasa
Berita ini 0 kali dibaca

Berita Terkait

Wednesday, 5 February 2025 - 11:51

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 February 2025 - 09:00

Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus

Wednesday, 5 February 2025 - 09:00

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Tuesday, 4 February 2025 - 10:15

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 February 2025 - 09:00

Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15