Semua anggota badan ada! Warga emas ditemui dalam perut buaya seberat 800kg

- Penulis

Sunday, 23 July 2023 - 11:14

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Seorang warga emas yang juga seorang nelayan yang dikhuatiri hilang sejak Rabu lalu akhirnya ditemui dalam perut seekor buaya di sungai Kampung Mas-Mas Nasib Kita, Tawau, Sabah pada hari ini.
Memetik laporan Sinar Harian, mayat warga emas dikenali Addi Bangsa, 60, ditemukan selepas perut reptilia tersebut dibelah oleh Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah.
Semua anggota badan ada dalam perut buaya!
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, mangsa disyaki dibaham buaya jantan selepas dilaporkan hilang dan ditemui pada hari keempat operasi mencari dan menyelamat (SAR), hari ini.
“Pada hari keempat, pihak kami dimaklumkan bahawa JHL telah menemui seekor buaya jantan yang dipercayai membaham mangsa dan haiwan itu ditembak kira-kira jam 3 pagi Ahad.
“Perut buaya itu kemudian dibelah sekitar jam 9 pagi sebaik ahli keluarga tiba. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat semua anggota badan berada di dalam perut haiwan itu namun dalam keadaan terpisah dan ahli keluarga telah mengesahkan mangsa,” katanya


Jemishin berkata, buaya jantan yang ditembak mati oleh JHL itu mempunyai berat kira-kira 800 kilogram dan memiliki panjang melebihi empat meter.
Sebaik sahaja mayat mangsa ditemui di dalam perut haiwan itu, operasi kemudiannya ditamatkan pada jam 11 pagi.


Salam takziah
Berita duka tersebut mendapat perhatian ramai dan mereka mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa terlibat.


Sumber: Sinar Harian (Asyikin Asmin), FB TawauKini, Ohmymedia.cc
Baca Juga :  “Bersihnya air muka!” -Peminat tenang lihat wajah Lisa Surihani ketika umrah
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

[VIDEO] ‘Mencari Ketenangan & Kebahagiaan Adalah Dengan Solat’ – Tular Semula Video Kisah Penghijrahan Jojo One Nation Emcees
Suami isteri meninggal dalam kemalangan, keluarga mohon doa buat 2 anak mangsa cedera
Pengunjung tersekat di tengah gelongsor kaca, netizen seram lihat staf meniti beri bantuan
Wanita Gemar ‘Membawang’? Nora Danish Pesan Banyakkan Bersedekah & Bertaubat – ‘Nabi Pesan Supaya Tak Muflis Akhirat’
Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor
“Tak Sangka Seumur Hidup Dapat Pakai Kereta Baru”, Ayah Sebak, Anak Hadiahkan Proton X50
Main skuter di persimpangan, budak tiga tahun maut dirempuh pacuan empat roda
‘Uncle’ Cina amalkan surah Yasin, rahsia masih sihat pada usia 71 tahun
Berita ini 1 kali dibaca

Berita Terkait

Sunday, 2 February 2025 - 18:01

[VIDEO] ‘Mencari Ketenangan & Kebahagiaan Adalah Dengan Solat’ – Tular Semula Video Kisah Penghijrahan Jojo One Nation Emcees

Sunday, 2 February 2025 - 13:15

Suami isteri meninggal dalam kemalangan, keluarga mohon doa buat 2 anak mangsa cedera

Saturday, 1 February 2025 - 11:07

Pengunjung tersekat di tengah gelongsor kaca, netizen seram lihat staf meniti beri bantuan

Friday, 31 January 2025 - 10:22

Wanita Gemar ‘Membawang’? Nora Danish Pesan Banyakkan Bersedekah & Bertaubat – ‘Nabi Pesan Supaya Tak Muflis Akhirat’

Thursday, 7 December 2023 - 10:27

Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15