Bantuan Awal Persekolahan (Rm150) Semak Syarat Kelayakan

- Penulis

Thursday, 2 January 2025 - 11:10

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy

Bantuan Awal Persekolahan 2025 (BAP) sebanyak RM 150 kini diperluaskan kepada semua pelajar Tingkatan 6 mulai sesi persekolahan 25/26.

Channel WhatsApp Bantuan Kerajaan 2025  : https://whatsapp.com/channel/STR

Bantuan Awal Persekolahan 2025 ( BAP ) untuk sesi persekolahan 2025 sebanyak RM 800 juta akan mula diedarkan selepas pertengahan bulan ini atau selewatnya-lewatnya awal Januari / Februari 2025.

Pihak sekolah kini dalam proses akhir memuktamadkan kaedah pembayaran melalui borang pengesahan pilihan kaedah terima BAP 2025 yang perlu diisi oleh waris ibu bapa.

Untuk makluman, ada 3 kaedah pembayaran untuk tahun 2024 ini iaitu pengkreditan ke akaun murid sendiri , pengkreditan ke akaun ibu atau bapa murid atau secara serahan tunai.

Selain itu Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin juga ditingkatkan kepada RM180 juta berbanding RM150 juta tahun ini.

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda perincian lanjut berkaitan dengan Bantuan Awal Persekolahan 2025.

 

Bantuan Awal Persekolahan 2025

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun.

Dalam Bajet 2023 terdahulu, Kerajaan telah mengumumkan menyediakan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 untuk semua murid, tanpa mengira had pendapatan dan usul ini diteruskan oleh Kerajaan Perpaduan pimpinan PM Anwar Ibrahim.

Bagi tahun hadapan, Bantuan Awal Persekolahan 2025 akan diteruskan dan diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya tanpa mengira pendapatan ibu bapa.

Baca Juga :  SARA 2025: Bayaran Disalurkan Melalui MyKad Bermula 15 Januari

 

 

 

Kadar Bantuan Awal Persekolahan 2025

Murid yang layak akan menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM150.00 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off).

Peluasan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) untuk pelajar Tingkatan 6 sebanyak RM150 setiap seorang bakal memberi manfaat kepada 100,000 orang pelajar dengan kos keseluruhan berjumlah RM15 juta.

Peluasan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) untuk pelajar Tingkatan 6 bermula pada Sesi Akademik 2025/2026 adalah cerminan keprihatinan Kerajaan MADANI untuk meringankan beban kewangan ibu bapa dan penjaga dalam melakukan persiapan persekolahan.

Ia juga dilihat sebagai usaha berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memperkasakan pendidikan Tingkatan 6.

Syarat Kelayakan Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Pemberian BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

  1. Murid warganegara Malaysia :
  2. Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 6 atau yang setaraf dengannya bagi Sesi Persekolahan 2025/2026; dan
  3. Murid bersekolah di :
    • Sekolah Kerajaan (SK)
    • Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)
    • Sekolah Agama
    • Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan
    • Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
    • Sekolah Integriti
    • Sekolah Henry Gurney

 

Kaedah Pengkreditan Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Mulai tahun 2025, KPM akan memperluas kaedah agihan BAP kepada kaedah kredit ke akaun ibu bapa atau penjaga yang sah. KPM juga tidak menetapkan sebarang bank tertentu bagi tujuan agihan BAP secara kredit ke akaun bank.

  • Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke ;
    • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
    • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK
  • Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan dibuat sama ada secara:
    1. Tunai; atau
    2. Disalurkan terus ke akaun bank murid
Baca Juga :  STR Fasa 1 Dah Masuk: Semak Status Permohonan & Bayaran Terkini

 

Tarikh Penyaluran BAP 2025

Tempoh agihan bagi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 sesi persekolahan 2024/2025 ialah 30 hari dari tarikh surat makluman penyaluran peruntukan dikeluarkan oleh Bahagian Kewangan, KPM.

Manakala tempoh agihan bagi murid Tahun 1 sesi persekolahan 2025/2026 ialah 30 hari dari tarikh sesi persekolahan bermula.

Sementara itu, Pihak Kementerian Pendidikan akan mengagihkan BAP kepada pelajar Tingkatan 6 sedia ada pada Februari 2025 dan untuk pelajar baharu Tingkatan 6 pula akan disalurkan pada Julai 2025.

*Maklumat terperinci berkenaan dengan tarikh penyaluran BAP 2025 akan dimaklumkan oleh sekolah masing-masing.

Borang Bantuan Awal Persekolahan (BAP 2025)

Pihak sekolah akan menetapkan kaedah pembayaran kepada setiap murid.

Bagi sesetengah sekolah, murid atau ibu bapa tidak perlu membuat permohonan kerana semua murid layak dan pemberian ini tidak berdasarkan data pendapatan ibu bapa dalam APDM (Aplikasi Pangkalan Data Murid).

Umumnya, pihak sekolah hanya akan mengedarkan borang pengesahan seperti berikut:

 

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan Bantuan Awal Persekolahan 2025 (BAP), anda boleh rujuk pada pautan berikut:

Rujuk juga : Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 20 Tahun 2020: Bantuan Awal Persekolahan di laman sesawang rasmi KPM.

Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Bantuan Khas Kewangan 2025
BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia
STR Fasa 2 2025: Semakan Status & Jumlah Bayaran Terkini
Bantuan MyKasih 2025: Fasa 1 & Tarikh Bayaran
STR 2025 Tidak Lulus? Ini Kod Alasan dan Cara Rayuan
Bantuan Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2025: Panduan dan Cara Mohon
Bantuan RM300 Sebulan: Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah
Lupa Kata Laluan STR 2025, Ini Cara Dapatkan Semula Password
Berita ini 30 kali dibaca

Berita Terkait

Wednesday, 5 February 2025 - 11:51

Bantuan Khas Kewangan 2025

Tuesday, 4 February 2025 - 10:15

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Sunday, 2 February 2025 - 11:54

STR Fasa 2 2025: Semakan Status & Jumlah Bayaran Terkini

Saturday, 1 February 2025 - 09:58

Bantuan MyKasih 2025: Fasa 1 & Tarikh Bayaran

Wednesday, 29 January 2025 - 00:03

STR 2025 Tidak Lulus? Ini Kod Alasan dan Cara Rayuan

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15