Home / Uncategorized

Kejatuhan ringgit, negara perlukan pakar luar

- Penulis

Monday, 3 October 2022 - 00:43

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah. – NSTP/Mohd Yusni Ariffin
GUA MUSANG: Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah mencadangkan kerajaan melantik pakar ekonomi dari luar sekiranya kerajaan tidak mampu untuk mengekang kejatuhan ringgit.
Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, masalah kejatuhan ringgit harus diselesaikan segera kerana ia memberi kesan kepada rakyat yang terbeban dengan kenaikan harga barang.
Katanya, jika tiada usaha dilakukan oleh pihak kerajaan, ringgit dibimbangi akan terus merudum seperti jangkaan sebelum ini.
“Kerajaan mesti bertindak dengan segera, kalau kerajaan tak mampu kena carilah pakar dari luar untuk membantu, tidak boleh biar begitu sahaja.
“Ia membahayakan kedudukan bukan sahaja harta yang dimiliki rakyat Malaysia kerana nilainya jatuh, jadi boleh dibeli oleh orang asing dengan mudah dan murah kerana kejatuhan yang begitu banyak. Syarikat kepada pemodal luar yang datang beli dan jual (akan) ambil kesempatan dengan kejatuhan ringgit kita.
“Apatah lagi (kesan) kepada rakyat, kerana harga barangan sudah tentu meningkat. Kita memang takut satu hari ringgit tidak laku langsung dan saya dah ramal kemungkinan ringgit akan jatuh kepada lebih RM5 bagi satu dolar Amerika Syarikat (AS),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat PIBG Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Brooke Kali ke-21, di sini, semalam.
Tengku Razaleigh berkata, usaha penubuhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi oleh kerajaan dilihat hanya melaksanakan tugas untuk mengawal kenaikan harga barangan, namun tidak menyelamatkan mata wang ringgit daripada terus jatuh.
“Hari ini (semalam) RM4.63 jatuh daripada RM4.50. Saya dah cadang supaya adakan control (kawalan) supaya tidak menambatkan kepada dolar kerana kita mesti jaga reserve (simpanan) kita. Tak boleh nak guna dolar kita untuk pertahankan ringgit.
“Saya tak berani nak kata (Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi) tak berjaya, tetapi jelas sekali ia tak boleh memberi kesan apabila ringgit terus jatuh. Setiap pagi kita tengok ringgit makin rendah nilainya seolah-olah tak ada kesan.
“Saya percaya Bank Negara dan pegawai yang ada dalam jawatankuasa ditubuh oleh kerajaan untuk mengawal kejatuhan ringgit ada lagi langkah-langkah lain yang boleh buat. Tetapi hairannya nampak seolah-olah macam tak ada tindakan dan ringgit semakin jatuh,” katanya.
Sumber : Bharian
Baca Juga :  Agong, Raja Permaisuri lakukan kunjungan hormat ke atas Raja Charles III
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Bantuan Khas Kewangan 2025
Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas
Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus
BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia
Daging Goreng Ala Thai: Resepi Sedap dan Mudah untuk Pencinta Masakan Penuh Rasa
Tolong Adik Beradik atau Sedekah Pada Orang Lain – Ustaz Azhar Idrus
Resepi Claypot Chicken Rice ala Che Nom
Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus
Berita ini 1 kali dibaca
Tag :

Berita Terkait

Wednesday, 5 February 2025 - 11:51

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 February 2025 - 09:00

Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus

Wednesday, 5 February 2025 - 09:00

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Tuesday, 4 February 2025 - 10:15

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 February 2025 - 09:00

Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15