Home / Uncategorized

Proklamasi, Ordinan Darurat COVID-19 berkaitan pilihan raya dibatalkan berkuat kuasa semalam

- Penulis

Friday, 7 October 2022 - 01:25

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



KUALA LUMPUR: Enam proklamasi dan ordinan darurat yang diisytiharkan kerajaan bagi menangguhkan pilihan raya sepanjang tempoh usaha menangani penularan pandemik COVID-19 di negara ini, kini dibatalkan.
Perintah pembatalan proklamasi darurat itu dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, semalam.
Pembatalan itu membabitkan Proklamasi dan Ordinan Darurat di Parlimen P054 Gerik, Perak, yang dibuat pada 12 Disember 2020.
Turut dibatalkan ialah proklamasi dan ordinan darurat terhadap Parlimen P185 Batu Sapi, Sabah yang dibuat pada 18 November 2020.
Selain itu, pembatalan juga dibuat terhadap proklamasi serta ordinan darurat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N66 Bugaya, Sabah yang dibuat pada 12 Disember 2020.
Semua proklamasi darurat itu sebelum ini dikuatkuasakan kerana penularan pandemik COVID-19 yang mengancam keselamatan, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam.
Pembatalan proklamasi itu dibuat menerusi Warta Kerajaan Persekutuan yang disiarkan oleh Jabatan Peguam Negara.
Berdasarkan warta itu, Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa keperluan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) yang diisytiharkan susulan wabak Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) itu telah berakhir.
Susulan itu, tindakan pembatalan semua ordinan darurat berkenaan dikehendaki dan dimasyurkan menerusi suatu ordinan oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut Fasa (2B) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan yang dinamakan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu)(No 2)(Pembatalan) 2022. .
Difahamkan, susulan pembatalan ordinan dan proklamasi terbabit, pilihan raya kini boleh diadakan terhadap semua kawasan Parlimen di seluruh negara.
Sumber : Berita Harian Online
Baca Juga :  PM Anwar Dijangka Bentang Bajet Mini 2023 Di Parlimen Hari Ini
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

Bantuan Khas Kewangan 2025
Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas
Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus
BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia
Daging Goreng Ala Thai: Resepi Sedap dan Mudah untuk Pencinta Masakan Penuh Rasa
Tolong Adik Beradik atau Sedekah Pada Orang Lain – Ustaz Azhar Idrus
Resepi Claypot Chicken Rice ala Che Nom
Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus
Berita ini 5 kali dibaca
Tag :

Berita Terkait

Wednesday, 5 February 2025 - 11:51

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 February 2025 - 09:00

Hukum Solat Tapi Tak Dengar Bacaan Sendiri – Ustaz Azhar Idrus

Wednesday, 5 February 2025 - 09:00

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Tuesday, 4 February 2025 - 10:15

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 February 2025 - 09:00

Adakah Batal Solat Jika Ambil Wudhu Tidak Betul – Ustaz Azhar Idrus

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15