Isteri dakwa Zamani tak dapat bayaran, penganjur konsert kata untung hanya RM4,635

- Penulis

Wednesday, 2 November 2022 - 14:01

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy



Isteri penyanyi Zamani, Nur Juliana Abd Rani mendakwa suaminya tidak menerima bayaran ketika menjayakan Konsert Doa Buat Zamani yang berlangsung pada 30 September lalu.
Menurut laporan Harian Metro, penganjur konsert Aalan Ahmad bagaimanapun tampil menjelaskan bahawa kemungkinan wanita itu tersalah faham.

Lihat siaran ini di Instagram

Siaran dikongsi oleh ZAMANI SLAM OFFICIAL (@zamanislam_official)

 “Dia mungkin tidak tahu perkara sebenar berkenaan tiket yang tidak habis dijual, tetapi pada masa sama penonton dilihat memenuhi tempat duduk yang disediakan.

“Saya anggap ini hanyalah salah faham kecil dalam satu keluarga dan tidak menyalahkan dia sepenuhnya atas apa yang berlaku. Masalah ini sepatutnya boleh diselesaikan sesama kami dan bukan membawanya keluar.

“Mungkin dia tertekan memikirkan keadaan suaminya yang bakal menjalani pembedahan serta pelbagai masalah lain sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian,” kata Aalan.


Lihat siaran ini di Instagram

Siaran dikongsi oleh ZAMANI SLAM OFFICIAL (@zamanislam_official)

Aalan berkata, kategori tempat duduk Rindiani dijual sebanyak 72 keping, Nur Kasih (214), Maria Mariana (31), Kurnia (48) dengan kutipan keseluruhan berjumlah RM107,120.

“Jumlah itu kemudiannya dicampur dengan tiket pembelian Tuanku Permaisuri Selangor menjadikan jumlah terkumpul sebanyak RM116,120.

“Dari situ saya bayar segala kos berkaitan antaranya sewa pentas, pemuzik, artis undangan dan permit DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) yang jumlahnya mencecah RM111,485.

“Selepas ditolak kos itu, baki yang tinggal di tangan ialah RM4,635. Itulah pendapatan yang kami dapat. Wang itu akan diberikan kepada Zamani mengikut rundingan asal 70/30.

“Jadi tidak benarlah kenyataan yang dia tidak dapat sesen pun dari konsert terbabit. Saya masih ingat kenyataan Zamani tak kisah jika tiada untung besar asalkan kami tidak berhutang,” ujarnya.

 

Lihat siaran ini di Instagram

Siaran dikongsi oleh Aalan Ahmad (@aalan_ahmad)

Sementara itu, Harian Metro juga telah melaporkan bahawa perkara berkenaan sudah diselesaikan secara baik di antara Aalan dan Zamani pada Sabtu lalu dan menjelaskan semua tiket memang tidak dijual.

Meskipun tiket tidak laris, pihaknya mengundang ahli kelab peminat untuk menyaksikannya agar dapat memenuhkan tempat duduk yang kosong.

“Kita akan penuhkan supaya nampak keadaan cantik. Waktu jumpa Zamani Sabtu lalu, saya buat penjelasan dan keadaannya ketika itu okey. Dia dah jelas semuanya.

“Sebelum berpisah kami bersalaman dan berpelukan. Dia kata tak mengapa dia nak selesaikan pembedahan dan selepas itu kita mula kerja semula macam biasa.

“Saya tak faham kenapa perkara ini berbangkit,” kata Aalan lagi.

Terdahulu, Juliana seolah-olah meluahkan rasa terkilan di status WhatsApp dipercayai ditujukan kepada individu tertentu.



“Aku ni hanya ada dia je dalam hidup aku tau, apa dosa dia sampai korang tergamak buat dia macam tu. Sampai sekarang dia masih percaya korang kawan dia.

“Lagi seminggu nak operate ni. Apa niat baru nak bagitahu benda ni semalam. Memang dia tengah down sekarang. Korang happy kan?

“Kalau dia decide putus harapan untuk hidup atau apa-apa jadi kat dia nanti lepas operation, sumpah aku cari korang sampai lubang cacing la se**n…cctv semua ade,” tulisnya.


Sumber: OhMyMedia 

 

Baca Juga :  Belum sebulan kahwin, lelaki tular bersanding atas katil meninggal dunia
Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow

Berita Terkait

[VIDEO] ‘Mencari Ketenangan & Kebahagiaan Adalah Dengan Solat’ – Tular Semula Video Kisah Penghijrahan Jojo One Nation Emcees
Suami isteri meninggal dalam kemalangan, keluarga mohon doa buat 2 anak mangsa cedera
Pengunjung tersekat di tengah gelongsor kaca, netizen seram lihat staf meniti beri bantuan
Wanita Gemar ‘Membawang’? Nora Danish Pesan Banyakkan Bersedekah & Bertaubat – ‘Nabi Pesan Supaya Tak Muflis Akhirat’
Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor
“Tak Sangka Seumur Hidup Dapat Pakai Kereta Baru”, Ayah Sebak, Anak Hadiahkan Proton X50
Main skuter di persimpangan, budak tiga tahun maut dirempuh pacuan empat roda
‘Uncle’ Cina amalkan surah Yasin, rahsia masih sihat pada usia 71 tahun
Berita ini 0 kali dibaca

Berita Terkait

Sunday, 2 February 2025 - 18:01

[VIDEO] ‘Mencari Ketenangan & Kebahagiaan Adalah Dengan Solat’ – Tular Semula Video Kisah Penghijrahan Jojo One Nation Emcees

Sunday, 2 February 2025 - 13:15

Suami isteri meninggal dalam kemalangan, keluarga mohon doa buat 2 anak mangsa cedera

Saturday, 1 February 2025 - 11:07

Pengunjung tersekat di tengah gelongsor kaca, netizen seram lihat staf meniti beri bantuan

Friday, 31 January 2025 - 10:22

Wanita Gemar ‘Membawang’? Nora Danish Pesan Banyakkan Bersedekah & Bertaubat – ‘Nabi Pesan Supaya Tak Muflis Akhirat’

Thursday, 7 December 2023 - 10:27

Kematian Zayn Rayyan Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh – Ketua Polis Selangor

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Khas Kewangan 2025

Wednesday, 5 Feb 2025 - 11:51

RESEPI BARU

Kuetiau Sup dengan Sambal Kicap Pedas

Wednesday, 5 Feb 2025 - 09:00

BANTUAN KERAJAAN

BUDI Madani: Bantuan Subsidi Diesel RM200 untuk Rakyat Malaysia

Tuesday, 4 Feb 2025 - 10:15