2.4 juta kenderaan dijangka memasuki Pulau Pinang sempena Tahun Baharu Cina

- Penulis

Saturday, 25 January 2025 - 21:11

facebook twitter whatsapp telegram line copy

URL berhasil dicopy

facebook icon twitter icon whatsapp icon telegram icon line icon copy

URL berhasil dicopy

GEORGETOWN: Lebih 2.4 juta kenderaan dijangka memasuki Pulau Pinang sepanjang sambutan Tahun Baharu Cina dengan purata 200,000 kenderaan sehari.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad, berkata kemuncak jumlah kenderaan dijangka bermula minggu depan dan pihaknya juga sudah mengenal pasti lapan lokasi ‘blackspot’ atau kawasan kerap berlaku kemalangan maut.

ADVERTISEMENT

SCROLL TO RESUME CONTENT

“Kawasan tersebut ialah Jalan Air Itam Paya Terubong dan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong di daerah Timur Laut, Jalan Sultan Azlan Shah dan Jalan Tun Dr Awang (Barat Daya), Jalan Teluk Air Tawar ke Jalan Bagan Luar (Seberang Perai Utara), Jalan Perusahaan Perai (Seberang Perai Tengah) dan Lebuhraya Utara Selatan serta Jalan Besar Simpang Ampat di daerah Seberang Perai Selatan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, anggota polis ditempatkan 24 jam sehari di lokasi ‘blackspot’ terbabit serta di beberapa ‘hotspot’ atau kawasan kesesakan trafik tinggi untuk mengawal pergerakan kenderaan.

Sementara itu, Pengerusi Gantian Jawatankuasa Tetap Penguatkuasaan dan Pendidikan Awam Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Shafiz Rahim Raja berkata, MBPP melancarkan Ops Cuti Sekolah bagi penguatkuasaan dan kawalan lalu lintas di beberapa kawasan tumpuan dan pelancongan.

Baca Juga :  Ismail Sabri sokong pengeluaran KWSP bersasar

Beliau berkata antara pelan pengurusan trafik yang dilaksanakan ialah penggunaan kamera litar tertutup yang bertindak sebagai mata risikan (intelligence eyes) untuk memantau serta melaporkan lokasi yang terlibat dengan kesesakan agar anggota dapat dikerahkan ke lokasi itu dengan segera.

MBPP, katanya, turut mengaktifkan Ops Payung di beberapa lokasi tumpuan utama antaranya Jalan Penang, Bukit Bendera, Ayer Itam dan Pesta Pulau Pinang secara berkala.

“Di Jalan Penang operasi itu bermula 11 pagi hingga 5 petang dari 18 Jan hingga 16 Feb manakala di Bukit Bendera, ia melibatkan dua tempat iaitu 12 tengah hari hingga 6 petang (25 Januari-16 Februari), di Ayer Itam pula, bermula 4 petang hingga 11 malam (29 Januari-5 Februari),” katanya dalam kenyataan.

Shafiz berkata, MBPP turut menutup laluan masuk dari Lebuh Light ke Jalan Padang Kota Lama iaitu berhadapan Town Hall bermula 18 Januari hingga 16 Februari bermula 6 petang setiap hari, bagi memastikan aliran trafik lancar bagi kenderaan keluar dari Padang Kota.

Baca Juga :  PM beri tempoh dua minggu, kaji implikasi subsidi

Selain itu katanya kerja-kerja dan projek pembinaan di jalan-jalan utama diberhentikan kecuali atas sebab kecemasan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas semasa musim cuti sekolah ini.

“MBPP juga menyediakan pasukan penyelenggaraan yang bersiap siaga 24 jam untuk menjalankan pembaikan dan menangani sebarang masalah yang mungkin timbul,” katanya.

Menurutnya MBPP, polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan juga membuat rondaan dan kawalan di kawasan lain yang dikenal pasti sesak semasa cuti sekolah seperti di Persiaran Gurney, Pulau Tikus, sekitar Komtar dan Persiaran Bayan Indah (Queensbay Mall).

“Semua pengunjung yang mengunjungi bahagian pulau juga diminta untuk meletakkan kenderaan di kawasan tempat letak kereta yang dibenarkan bagi mengelak kesesakan lalu lintas dan halangan kepada pengguna yang lain,” katanya. – BERNAMA

Follow WhatsApp Channel webmalaysia.info untuk update berita terbaru setiap hari Follow
Berita ini 11 kali dibaca

Berita Terkait

Saturday, 25 January 2025 - 21:11

2.4 juta kenderaan dijangka memasuki Pulau Pinang sempena Tahun Baharu Cina

Berita Terbaru

BANTUAN KERAJAAN

STR 2025 Tidak Lulus? Ini Kod Alasan dan Cara Rayuan

Wednesday, 29 Jan 2025 - 00:03

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2025: Panduan dan Cara Mohon

Tuesday, 28 Jan 2025 - 22:38

BANTUAN KERAJAAN

Bantuan RM300 Sebulan: Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah

Saturday, 25 Jan 2025 - 09:29